PAS: Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai?

Harakah, Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

Pas hanya tahu mengkritik sahaja, janji pilihan
raya tak lagi ditunaikan oleh abang dan adiknya dalam pakatan rakyat. Rasuah berlaku dimana-mana negara didunia dan merupakan penyakit biasa dalam politik dan seharian. Rasuah UMNO tidak berlaku secara terang terangan macam parti politik yang lain.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

Penulis percaya, hanya UMNO sahajalah yang bertungkus lumus memastikan kedaulatan ISLAM dan ketuanan Melayu di Malaysia, bukanya macam pas, terang-terangan menghilangkan ISLAM dalam matlamat politiknya dan hanya mahu kuasa sahaja. Tiada ISLAM dalam perjuangan pas hari ini, buktinya, Slogan "negara berkebajikan" yang disebut pas dan menghilangkan negara ISLAM yang dimahu masa PRU11 dahulu.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

Penyelamat BANGSA MELAYU? Benarkah?? Bersekongkol dengan Bapa Rasuah Malaysia dan Si Gila Bontot, yang menghapuskan ketuanan Melayu dengan menggantikan Ketuanan rakyat, yang jelas amat seperti dasar British dahulu, "Malaysian Malaysia" sama 100% seperti Malayan Union yang ditentang UMNO.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

Sebelum ini, adakah tiada kepimpinan yang baik dalam UMNO? Apakah matlamat UMNO bertentangan dengan keinginan pas yang mahu Melayu dijaga??

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

Itulah sebabnya UMNO memainkan peranan dalam Barisan Nasional yang sangat sama-rata kepada rakyat Malaysia, yang selama 50tahun memberikan kepercayaan untuk mentadbir dan memerintah negara. Lihatlah pembangunan yang pesat di Malaysia sekarang.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

Lumrah manusia, ada manusia baik, ada yang tidak. Baik, buruk biasalah, adat permainan politik.

Ulasan: Penulis bersetuju dengan Pas jika ia tidak menyertai si gila bontot dan pemuja tokong yang mahu rakyat Malaysia disama-ratakan. Kita Melayu, tuan pada Tanah Melayu yang dipijak sekarang, kami tidak mahu diperleceh dibumi sendiri. Lihatlah Melayu Singapura yang ditindas serta hilang kebebasan bersuara lantas menjadi mioriti. ayuhla Melayu, bangkitlah menentang orang yang mahu menjatuhkan raja, menghilangkan keistimewaan Melayu di Malaysia.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .