Pengerusi DAP Karpal Singh diancam bunuh oleh pihak yang tidak dikenali hari ini, lapornya kepada polis.

Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!

"Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa Raja-raja Melayu!

"Kalau kau tak berhenti!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau!" isi kandungan nota itu dipetik (foto bawah).

"Ini adalah amaran pertama."

Beliau, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, melaporkan kejadian itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini.

Katanya selepas aduan polis tersebut, beliau tidak berada di pejabat sewaktu kejadian dan sampul itu diterima oleh seorang keraninya.

"Sebagai seorang manusia tentulah saya berasa takut," katanya apabila ditanya tentang perasaannya selepas menerima ugutan tersebut.

Menurutnya, kejadian terbaru ini kali kedua beliau diancam dengan peluru hidup - kali pertama pada 1981.

Jika nyawanya terus terancam, katanya, beliau akan meminta perlindungan polis.

Mengulas aduan beberapa pihak tentang kenyataan beliau berhubung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu, Karpal berkata beliau menunggu siasatan polis.

"Biar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Turut hadir di balai ialah tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan anak peguam itu, Gobind Singh Deo.

Petikan dari Malaysiakini.com

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .