Khalid nafi lantik ahli keluarga Anwar terajui KDEB

SHAH ALAM 18 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri mengamalkan nepostisme apabila seorang lagi ahli keluarga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik memegang jawatan tertinggi dalam anak syarikatnya, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Beliau berkata, tidak wujud mana-mana ahli keluarga Anwar memegang jawatan dalam mana-mana anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

"Tidak ada... tidak ada lagi ahli keluarga beliau (Anwar) dilantik dalam anak syarikat kerajaan negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang disiarkan melalui sebuah laman blog mendakwa kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang melantik suami kepada anak saudara Anwar, Badrul Hisham Shaharin memegang jawatan tertinggi dalam KDEB.

Menurut laporan berkenaan, Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR dikatakan sebagai salah satu rantaian amalan kronisme Anwar bagi mengaut segala projek yang dilaksanakan di bawah KDEB.

Ini kerana, KDEB mempunyai rantaian sumber ekonomi yang amat kukuh di Selangor dalam pelbagai bidang meliputi rangkaian perhotelan, institusi pendidikan dan sebagainya yang dikatakan mampu membawa pulangan jutaan ringgit.

Sebelum ini, adik Anwar, Rusli turut dilantik sebagai Penasihat Khas KDEB. Bagaimanapun, kerajaan negeri pada 29 Jun lalu mengumumkan peletakan jawatan Rusli.

Pengumuman berkenaan dibuat kerana kerajaan negeri mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Rusli tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat kerajaan negeri selain mengelak wujudnya sebarang konflik kepentingan mengenai perkara tersebut walaupun Rusli memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .