'Saya tidak serang peribadi Anwar'

DEBAT antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek malam kelmarin mendapat sambutan yang luar biasa daripada kalangan rakyat serta ahli politik.

Kosmo! menemubual Ahmad Shabery Cheek bagi mendapatkan pandangannya mengenai sejauh mana kejayaan beliau di dalam debat anjuran Agendadaily.com yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kelmarin.

Kosmo!:Ada cakap-cakap mengatakan di dalam siri debat semalam, Datuk mengambil kesempatan dengan menyerang Anwar secara peribadi?

Ahmad Shebery: Serangan peribadi yang bagaimana itu? Cuba beritahu saya. Bagi saya, ia bukan serangan peribadi tapi kalau saya cerita pasal perangai awak dan kegemaran awak itu mungkin serangan peribadi. Tapi kalau saya nak mengukuhkan hujah, saya perlu melihat kepada rekod peribadinya (track record) sebelum ini dan itulah yang saya lakukan semalam.

Sehingga sekarang bagaimana reaksi yang diberikan oleh rakan-rakan ahli Dewan Rakyat serta orang ramai?

Sangat baik. Saya terima beratus khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyokong saya. Tetapi apa yang lebih penting saya dapat menangkis ilusi beberapa pihak yang menganggap tak ada yang berani untuk berdebat dengan Anwar.

Bagaimana Datuk melihat perjalanan pidato semalam?

Saya amat berpuas hati. Sekurang-kurangnya ini merupakan satu langkah ke hadapan terutamanya bagi kementerian saya dan kerajaan.

Adakah ini bermakna trend debat akan diteruskan berbanding pendekatan ceramah politik?

Kita belum menginstitusikan perkara itu di negara ini. Terpulang kepada orang ramai sama ada bersedia untuk menginstitusikannya. Misalnya kalau di Amerika Syarikat (AS), setiap kali pilihan raya debat itu adalah sebagai satu institusi yang wajib.

Maknanya adakah Datuk kini bercadang untuk aplikasikan kaedah debat di negara ini bagi membincangkan isu-isu nasional?

Saya tak cadangkan tapi saya rasa saya telah memulakan satu langkah baru dalam urusan kita menangani beberapa isu termasuklah isu global seperti yang dibahaskan semalam (kelmarin). Mengenai adakah ini langkah terbaik untuk bincang isu nasional, bagi saya ini merupakan antara langkah baik berbanding kita buat perhimpunan dan adakan konsert yang tak senonoh.

KOSMO

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .