Alhamdulillah! Turun lagi!

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.
Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.
“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.
Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.
Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.


PEWARISMELAYU kata:
Alhamdulilah.. Kalau macam ni, tiap-tiap bulan kan bagus.. Kalau turun lagi banyak kan OK? tapi tak apa, sebagai rakyat yang memahami dan prihatin, kita tak patut nak ragui lagi apa yang kerajaan buat. Sekali naik memang banyak, tapi turun sikit-sikit. Syukur, turun la juga harga minyak sikit daripada 
P/s:Apa reaksi Anwar Al-****? Gelabah bewak lagi ka?



Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

9 Responses to Alhamdulillah! Turun lagi!

  1. Bro anwar akan cari kaedah baru lagi nak pengaruh rakyat dah...Janji dia tak pernah tertunai dulu kata masuk je Dewan Rakyat harga minyak akan turun....

    Tapi Bro harga minyak tetap turun.... yang turunkan kerajaan jugak... LU PIKIRLA SANDIRI....

    BalasPadam
  2. DSAI al J@B@RI ni boleh turunkan minyak pelincir utk sapu pada si anu sebelum operasi desert storm beliau je. Kepada penyokong PKR sekarang ni memang besar betul "KEMALUAN" kerana kerajaan al-j@b@ri tak menjadi, yang si al-j@b@ri n pulak buat muka tak malu je,,, so kepada penyokong Parti Keling Radikal,muhasabahlah diri anda semua

    BalasPadam
  3. Si Anwar ni .....sering akan mencari salah yang lain pulak. Ingin memporak-perandakan Malaysia ni supaya beliau dapat mencapai cita-cita peribadinya. Anwar Pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara.

    BalasPadam
  4. rilekla....b:end tak lama lagi dapat malaysia baru tau nak buat apa....dalam perbincangan....apa2 pun kita swing najib dulu...harap khairy bawak keluar lagi intipati najib..keh...keh... kehh...

    BalasPadam
  5. biasa la tu....bila minyak naik...ramai lak yang bising......
    yang aku heran...bila minyak dah turun harga....terima je...tapi ada gak suara kata..."turun sikit, naik banyak"....tapi dia beli gak kinyak yang turun harga sikit tu...cheh!!!

    BalasPadam
  6. nape bloggers melayu x sensitif pada isu Melayu sendiri..

    xde pun komen pasal ketua wanita gerakan, Lian Hoe yang jelas berniat mengalihkan sejarah dengan mengatakan Melayu pendatang di wilayah lingkungannye sendiri..

    Kenapa x sensitif??

    Semua blog sibuk cerita pasal pemilihan UMNO..
    Semua blog sibuk melobi calon2 yang rasa layak..

    Sampai masa macam ni, orang melayu punya terancam, ada yang ambik kesempatan kutuk pemimpin melayu ni, pemimpin tu.. sampai tak nampak pemimpin kaum lain kutuk Melayu..

    Masa ahmad Ismail kutuk cina dulu, semua cina leh bersatu, DAP, MCA dengan GERAKAN desak diambil tindakan pada ahmad Ismail..

    Tapi kita.. harap pada utusan je laporkan.. Blog2 semua.. Takde pun..

    (dihantar ke kebanyakkan blog utama)
    - - - - - - - - - - - - - - - -
    Anyway komen untuk post ni..

    Harga minyak turun, sikit lagi nak capai sasaran Al-Juburi masa debat isu minyak dulu = RM2.20..

    Tapi pada aku dah memadai sangat2..
    Alhamdulillah... Itulah, kalau kita sentiasa bersyukur, walaupun turun sikit, rahmat akan sentiasa ada dengan kita..

    Masa harga minyak RM1.92 seliter dulu, dok lawan kerajaan especially hindraf.. Sampai harga minyak dunia melambung naik, terkena kat kita sekali..

    Sekarang lepas tsunami politik, bila semua dah bermuhasabah balik, barulaa hidup kat Malaysia ni jadi elok sikit..


    Mantan Presiden Kelab Rukun Negara
    UiTM Pahang

    BalasPadam
  7. inilah yang seharusnya, dilakukan oleh kerajaan. bertanggungjawab.

    BalasPadam
  8. ha encik, dah turun dah. Jadi, DSAI dah kata dah, 8 Disember.

    Ok, tentang ketua wanita gerakan tu, kita semua jangan gelabah. Kita buat cara profesional. Api, tak boleh dilawan dengan api. Api, mesti dilawan dengan air dan benda yang api kalah. kalau api dilawan dengan api, nanti habeh punah semua encik. Sekarang, kita cari sejarah untuk diletakkan di blog. Tak boleh main tibai.

    BalasPadam
  9. Betul tu Mantan Presiden Kelab Rukun negara, Teman sokong. Mereka telah mengungkit Ketuanan Melayu. Jangan cuba main api nescaya akan memakan diri.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .