berita asal disini..
MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tin kosong kerana terus menabur janji Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat daripada Barisan Nasional (BN).
Katanya, Anwar perlu hentikan segera pembohongan kepada rakyat mengenai perkara itu.
“Ketua Pembangkang menabur terlalu banyak janji membabitkan reformasi dalam bidang kehakiman, kepolisan dan rasuah, termasuk ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikan,” katanya selepas istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Di Kota Bahru, kelmarin, Anwar memberi tempoh baru sebelum Aidiladha untuk mengambil alih kepimpinan negara selepas gagal berbuat demikian pada 16 September lalu. Aidiladha dijangka disambut pada 8 Disember.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta Anwar, tidak lagi menguji kesabaran rakyat yang tidak lagi mempercayai rancangan terbaru Pakatan Rakyat.
p/s: Penjilat PKR.. Taubat lah..
Rasanya Bro anwar guna ayat pelarislah sampai pengikut dia begitu taksub dengan diri dia sememangnya tin kosong hanya bunyi ja kuat tapi habuk pun tarak.........
BalasPadamSALAM,
BalasPadamPASTI BERDUYUN LAGI YANG MEMPERCAYAI, KERANA RAMAI LAGI YANG BENDUL BIN TIANG.
nuaq....tolong la jgn menipu lg.huru hara nnt.aku nak kawen nak dkat2 raye aji nnt.berehat je kat umah lg bgus.buat org menyampah je
BalasPadam-bekas ahli pkr-
Teruk betoilah orang tua ni. Kena jaga o. Kena pikiak o pasai apa yang kemeruk sangat nak kuasa. kena pikiak habeh-habeh o. Bahaya betoi.
BalasPadam