Muhyiddin nafi dakwaan tak setia kepada ketua, parti

artikel asal disini

MUAR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak dakwaan beliau tidak setia kepada parti dan pucuk pimpinan kerana pernah menyuarakan hasrat akar umbi supaya peralihan kuasa dipercepatkan, sebaliknya menyifatkan hasrat itu untuk kebaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin lemah sehingga dipertikaikan banyak pihak.

Katanya, bukan niat beliau untuk menyinggung barisan pimpinan negara, tetapi ia dilakukan dengan ikhlas supaya dapat mempertahankan kedudukan dan perjuangan parti, walaupun tindakan itu mungkin dipandang serong dan tidak disenangi segelintir pihak.

“Apa yang saya suarakan bukannya untuk mencabar pucuk pimpinan atau tidak setia pada pimpinan dan parti, tetapi ia untuk kebaikan dan perlu diluahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kesetiaan pada parti ditentukan atas dasar niat membantu parti dengan tidak berdiam diri sehingga boleh dikatakan sekadar kesetiaan membuta tuli.

Muhyiddin berkata, Umno Pagoh menyokong seratus peratus Datuk Seri Najib Razak bertanding jawatan Presiden parti dan beliau juga sanggup bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana yakin mampu membantunya menghadapi cabaran.

Katanya, untuk kembali teguh, parti memerlukan sokongan padu seluruh ahli dan rakyat, termasuk sanggup melakukan perubahan.
Beliau turut menggariskan tiga cabaran besar Umno, iaitu cabaran politik untuk terus mendapat sokongan dan keyakinan masyarakat bagi terus memimpin negara pada masa akan datang, cabaran untuk membentuk rupa bangsa yang lebih bersatu padu yang berfikiran secara rasional.

Selain itu, katanya, Umno juga menghadapi cabaran arus globalisasi ekonomi yang turut berlaku di Amerika Syarikat, Eropah dan negara maju lain.

PewarisMelayu kata:
Haritu bukan main lantang lagi suruh Pak Lah turun.. Kan sekarang orang dah pertikaikan perbuatan dia balik. Apa-apa pun, semoga berjaya dalam pemilihan UMNO nanti.. Penulis tak mahu komen dan ulas pasal pemilihan agung UMNO.. 

P/s: Tak berapa berkenan dengan calon timba-presiden

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to Muhyiddin nafi dakwaan tak setia kepada ketua, parti

  1. Salam Tuan,

    Rakyat pun kurang berkenaan juga dengan calon preseiden, tetapi mereka tiada pilihan ... banyak kes2 berkaitan dengan calon preseden telah keluar sejak semalam..

    BalasPadam
  2. betul ke muhyidin ? semalam aku dengar kau datang open house rumah 'funder pkr' kat seksyen 8 shah alam. azmin dan khalid ibrahim ada skali !

    BalasPadam
  3. calon timba tu kan orang kuar al-jub..
    ada la kot ura-ura cerita macam tuh..
    aku tak gemar dia GAP...

    meluat..

    BalasPadam
  4. Salam Gap,

    Sumandak rasa kalo pasal kunjung mengunjung masa raya tak salah la Bro takkan pasal berlainan ideologi politik kita nak putuskan hubungan silaturahim sesama Islam....

    Lain la macam Bro Anwar terang-terang 'buang batu' ngan sesetangah pemimpin Islam sanggup buah keluarga dan buang bangsa demi capai cita-cita dia.....

    Ape pun Bro kita tunggu dan lihat keadaan pemimpin kita orang politik kata dalam sekelip mata kita boleh jadi kawan atau musuh... Senangkan Nabi Muhammad pun a.s akan mendekati musuhnya barulah sampai mesej kita walaupun musuh Bro....

    BalasPadam
  5. Ha, tak apalah. Kita doalah semoga semuanya ok.

    BalasPadam
  6. betul tu faizal ,

    calon presiden pun kena tembak dh oleh helikopter yg dibelinya .hehe Surat Kapten Zahar telah tersebar luas dlm internet ttg skandal eurocopter menggantikan Nuri itu .Aku tidak percaya langsung surat kapten zahar itu ..ada niat buruk utk jatuhkan Najib

    aku sependapat dgn pewaris bangsa..muhyidin dianggap oleh sesetengah pihak dlm UMNO sbg petualang dan penderhaka dlm UMNO .sbg Ketua peralihan kuasa da jurucakap kem mahathir ,kesetiaannya kpd pemimpin dan parti diragui ..pendiriannya sentiasa berubah2

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .