GEMPAR!! Kurang Ajar Betul!!!

Semalam, ketika penulis beraya dirumah sahabat penulis di Kondominium Mutiara Bandar Perda, penulis tergamam dan terkejut sekali melihat bendera kebanggaan kita, Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Geram bercampur marah, penulis terus bertanya kepada sahabat yang tinggal di kondominium berkenaan.

Sahabat penulis berkata "Aku pun tak tau. Terkejut jugak aku tengok bendera terbalik. Keja sapa ni.."
Begitu rendahnya mentaliti gerangan yang gantung bendera terbalik ni. Geram dibuatnya.Penulis nak buat pandai pun tak berani, sebab ni bukan tempat kita. Tapi, apa yang penulis harap, mintak AJK Kondominium Mutiara Bandar Perda ambil tindakan untuk menurunkan bendera tu, pasang bagi elok.

P/S: Tak silap penulis, kawasan tu adalah kawasan tadika kemas, sebab ada bendera kemas yang buruk dan dah terkoyak kat situ. Wallahualam..

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

9 Responses to GEMPAR!! Kurang Ajar Betul!!!

  1. Salam,

    Mungkin tuan punya diri tak sedar kot bila bendera ini dinaikkan... dalam kata lain memang tak sengaja..

    BalasPadam
  2. Ada orang tersalah letak bendera kot .. :)

    BalasPadam
  3. Adalah individu yang nak mencabar kepimpinan negara... Tak habis-habis kat Permatang Pauh ni... Sayang sungguh Sumandak kat penghuni Kondominium ni....ada akal entah letak kat mana....bendera adalah lambang ketuanan negara kita kalo itu pun tak dapat nak jaga....susahlah kalo dah dibagi peluang jaga kawasan Parlimen......LU PIIRLAH SANDIRI.

    BalasPadam
  4. nobisha "Ada orang tersalah letak bendera kot .. :"

    mcm mane la ko bley senyum gik..hrm, payah la kalu org amik mudah jek pasal kedaulatan negara....

    BalasPadam
  5. pihak yang kurang ajar tu memang nak mempermainkan simbol kemegahan negara...mereka menganggap perkara sebegini boleh dipermainkan....memang kurang ajar......!

    BalasPadam
  6. Aiyo, bendera sudah kibar terbalikkah? Awat depa butakah oi?

    BalasPadam
  7. Ibarat si tolol mengibarkan bendera!! Tak reti nak respek simbol negara!!

    BalasPadam
  8. Depa ni, kena hukum potong kepalalah encik.

    BalasPadam
  9. Salam,
    Memang kecewa dengan sikap kebanyakan Rakyat Malaysia yang semakin hari tidak lagi menghormati Bendera Jalur Gemilang(Negara).Kecuaian ini adalah disebabkan kurang pengetahuan mengenai tata-cara dan kod kegunaan bendera Jalur Gemilang.Secara terus-terang ramai rakyat negara ini tidak tahu bagaimana kegunaan bendera dan adakah Undang-undang atau enakemen tentang cara menghormatinya.Kerajaan terutama kementerian penerangan perlu mengadakan tata susila kegunaan bendera negara!.Bukan sekadar untuk mempromosikan mengibar bendera yang lakukan setiap kali Hari Kemerdekaan!.Ini salah siapa?.

    Mengikut Kod tata-susila kegunaan Bendera Negara Amerika:

    1.Bendera tidak boleh dipasang terbalik kecuali sebagai Isyarat iaitu semasa kecemasan.

    2.Tidak dibenarkan mengibarkan bendera koyak,lusuh atau rosak.

    3.Semua bendera yang rosak tidak dibenarkan buang tetapi semoleknya dibakar ditempat yang selamat.

    4.Bendera tidak boleh diconteng,melukis,menanda taupun membuat apa-apa bentuk perubahan.

    5.Bendera tidak boleh digunakan dalan pengiklanan dan bendera iklan dilarang dipasang di tiang bendera yang disediakan.

    6.Bendera perlu diturunkan sewaktu tenggelam matahari kecuali terdapat lampu untuk menerangi bendera tersebut.

    7.Semasa menurunkan bendera,bendera tidak boleh mengenai bumi dan perlu diampu dengan tangan atau bahu.

    8.Diwajibkan bendera perlu dikibarkan pada semua di hari-hari terpenting negara.

    p/s:Mamak kurang faham pulak undang kegunaan bendera di negara ini.Sesiapa yang tahu mengenainya tolong siarkan untuk bacaan ramai.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .