Dr M lagi?

Tertarik pula penulis membaca berita terbaru di Malaysiakini yang bertajuk Dr M nafi dalang di belakang Najib. Apa yang penulis tertarik ialah kenyataan Dr.M ini:

"Saya juga fikir bahawa apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilantik (perdana menteri), beliau mungkin akan merundingi saya mengenai sesetengah isu, tetapi seperti yang anda lihat beliau tidak pernah meminta apa-apa pandangan daripada saya. Malahan, beliau mengubah semua yang saya telah lakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum di Universiti Teknologi Petronas, di Tronoh hari ini.

  1. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Dr.M amat kecewa apabila Pak Lah memerintah tanpa merujuk kepadanya.
  2. Pak Lah telah memusnahkan harapan dan plan Dr.M setelah beliau melepaskan jawatan, yakni Dr.M beranggapan Pak Lah akan meneruskan projek meganya seperti Jambatan Lengok Malaysia-Singapura yang terpaksa dibatalkan akibat masalah tertentu.
  3. DS Abdullah tidak menjadikan Dr.M mentor semasa pemerintahannya. Oleh sebab itulah Dr.M terasa hati seperti dipinggirkan semasa pemerintahan Pak Lah
  4. Bagi penulis, jika Dr.M mahu menjadi Penasihat PM sekalipun, ia sepatutnya tidak akan menjadi isu. Ini kerana Dr.M lebih berpengalaman daripada DS Najib. So, tidak ada masalah jika Dr.M menjadi Penasihat kepada DS Najib.Mungkin, rakyat pasti akan menerima kemunculan semula Dr.M diera pemerintahan DS Najib.
  5. Penulis mengharapkan, apabila DS Najib memerintah kelak, tragedi yang menimpa DS Abdullah tidak akan berlaku kepada DS Najib. Penulis tidak mahu skrip drama yang sama digunakan pada episod yang akan datang.
P/s: Mungkin calon timba-presiden Umno akan cepat jadi PM?

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Dr M lagi?

  1. I would'nt mind the idea that TSMY ambil alih dari DSNTR secepat mungkin. Lagipun banyak sangat kem kem askar pembangkang yang dah bersedia nak menembak DSN. Belum apa pa lagi dah kena hentam kiri kana. Kes yang lama tak habis lagi ni yang baru pulak dah...EUROCOPTER.

    Yang paling ngeri sekali dik kerana hal hal begini PakLah tak jadi turun lagi sambung pulak lagi mampus.

    Myabe the idea that DSN bawak parti sampai PRU 13 je pun bagus. Dia ni pun bukan bright sangat la jugak. TSM tu bole tahan gak putor nye. Kalau jadi salesman No1 Malaysia agak agak laku kot. Takpun bagi la balik saleswoman of the years TSRA....

    Ok jugak kot. Lita sekarang ni dalam era membangkit semula. Jadi kalu ikut nak cepat guna pakai yang lama dan berkesan dulu kita stabilkan dan kita pinda sedikit demi sedikit dimasa akan datang ok jugak kot.

    BalasPadam
  2. harap tok Najib akan lebih bersedialah encik.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .