Minggu lepas, seorang taukeh Cina dan pekerjanya (Melayu) datang kerumah penulis untuk membaiki peralatan dirumah penulis
Pada ketika itu, isu yang hangat dan diperkatakan ialah keputusan DS Abdullah sama ada untuk mempertahankan atau melepaskan jawatan Presiden UMNO. Taukeh tersebut datang kemeja dihadapan TV ditemani oleh penulis. Pekerjanya sedang membuat kerja.
"Itu Badawi sudah turun ka?" tanya taukeh tersebut kepada penulis.
"Ya, dia tak mau tanding jawatan presiden UMNO bulan Mac nanti.Nanti Najib la ganti dia pula" jelas penulis
"Itu Badawi ar tak pandai jadi PM woo.. Dia tak baguih" ujar Taukeh tu."Habistu sapa yang bagus? Dr. Mahatir ok tak?" tanya penulis.
"Dr. Mahathir banyak baguih woo.. Dia jadi PM, negara banyak maju. Bisnes pun ok.."
"Oh, kalau macam tu tak pa la. ye la tu taukeh. DS Najib layak tak jadi PM?"
"Tak lak..Dia tak baguih. Orang UMNO tak baguih"
"Apa pasal? Cerita la sikit taukeh"
"Itu UMNO ah, banyak makan duit rakyat. Banyak korap. Banyak jahat punya orang"
"Oh.. sebab tu ka? Abis tu taukeh, sapa yang layak jadi PM?"
"Anwar Ibrahim"
"wa.. dia tu memang banyak famous punya orang. Dia baguih ka?"
"Ya la. Dia pandai bisnes punya. Lagipun, dia dulu jadi Menteri Kewangan, jaga duit. itu kes liwat, tarak butui punya"
"Yeke.. Apasal pulak taukeh cakap tak betul?"
"Ya la.. itu Saiful orang muda. Anwar itu orang tua. Sudah jadi datok. Lagi senang mau liwat itu Saiful orang muda ka?? You tau ka liwat tu apa? itu belakang punya woo"
"Saya tau la taukeh. Tapi kan, kalau macam tu, kes liwat Anwar masa tahun 1998 kan dah bukti Anwar salah? Kenapa kata yang liwat Saiful tu bohong?"
"Itu saja mauu bikin Anwar jatuh. Kes dia memang orang tipu. Hakim tipu"
"Hai, hakim mana boleh tipu. Ini kes banyak besar. Kalau tak betul, kenapa Anwar kena penjara?"
Taukeh diam...
"Haritu punya by - election sini pun ada undi ka?"
"Ya, sini kan kawasan Permatang Pauh juga. Banyak hot kawasan sini."
"Bagus la itu Anwar. Lagi cepat dia jadi PM lagi baguih.."
"Dulu punya generel election, lu undi sapa?"
"Oh, saya punya tempat Sungai Petani. PKR punya tempat"
Tak paham bahasa betul taukeh ni, penulis tanya lain, lain pula yang dijawap.
Panjang sebenarnya perbualan diantara penulis dengan si Taukeh tu. Nantikan sambungannya dalam Dialog dengan Taukeh 2.
Tuan sila gerakkan usaha menyedarkan bangsa melayu kerana DAP sekrang secara terang-terangan ingin menghapuskan hak dan keistemwaan melayu,Yg Di pertuan Agong dan Raja-Raja MElayu.. baca blog LIM KIT SIANG... bukankah hak melantik(memperkenankan) KETUA HAKIM NEGARA adalah HAK YANG DI PERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA_RAJA MELAYU??? KEnapa perlu dipertikaikan lagi?? Walaupun PM yg mencadang tidak semestinya KEbawah DUli akan merestuinya.. cadangan penubuhan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN oleh ZAID IBRAHIM yg sebenarnya menjurus dan dipermainkan DAP.. cadangan itu seolah-olah KESEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU BODOH dan BANGGANG..
BalasPadamPertahankanlah bangsa dan hak anda...
Salam,
BalasPadamAnwar dpenjarakan bukan kes liwat tapi ke salah guna kuasa.Kes liwat di gugurkan.
Cina malaysia ni betoi tak sedak lagi. pasai DSAI lah operasi lalang 1987. Apa dia buat? Masa dia jadi menteri pendidikan, dia cuba nak bubuh orang melayu jadi gurubesar di SJKC. Dia cuba nak tutup SJKC dan SJKT. Tu pun cina-cina ni nak sokong dia lagi.
BalasPadam