RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )


Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.


Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.


Sekian terima kasih dari saya.


Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

  1. Nampaknya akhir-akhir ini semangat api perkauman semakin menyala di Malaysia. Bermula demo di Pulau Pinang merebak di Selangor dan terkini di Kuala Lumpur. Yang peliknya semua dilulus dan diberi permit oleh polis. Bahkan semacam dialu-alukan oleh polis. Tiada topi kepala merah. Tiada water cannon. Kalau boleh polis hendak hamparkan permaidani merah buat mereka. Maaf...layanan ini istimewa khas buat UMNO dan "hantu raya" peliharaan mereka seperti PEKIDA, Prowaris, PERKASA dan terbaru Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)pimpinan Dr Maamor Mansor. Semoga Teras Melayu pimpinan Cikgu Azmi Hamid tidak tersesat seperti PPIM !



    Sasaran utama golongan ala Klu Klux Klan ini adalah orang Cina dan India. Dengan menggunakan atas nama Melayu, Raja Melayu dan Islam, mereka mengapi-apikan fahaman perkauman. Di ambang UMNO sedang nazak dan sedia ditalqinkan, mereka lepaskan "hantu raya" untuk mengalihkan tumpuan isu nazak UMNO kepada isu perkauman.



    Perjuangan hantu raya peliharaan UMNO ini ialah untuk memastikan azab siksa UMNO menghadapi saat kematian yang jelik lagi jijik tidak dilihat dan tidak disedari oleh rakyat Malaysia. Maka hantu raya UMNO ini akan merayau-rayau sambil melolong perkauman.



    Untuk menghadapi gangguan hantu raya peliharaan UMNO ini, Rakyat Malaysia perlu berbuat sesuatu. Gunakan "bomoh" dan "jampi" yang berkesan. Di sini kita melihat "bomoh" paling ampuh untuk hadapi gangguan hantu raya UMNO ialah DS Anwar, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dan "jampi" paling berkesan menghapuskan hantu raya ini ialah setiap perhimpunan mesti libatkan semua kaum.


    Tunjukkan semakin kuat gangguan hantu raya UMNO semakin kuat perpaduan rakyat Melayu, Cina dan India.


    Semua pimpinan PR perlu turun padang bersama rakyat. DS Anwar, TG Hadi Awang dan Lim Kit Siang mesti senantiasa bersama di setiap program dan perhimpunan rakyat. Ingat ! rakyat Malaysia ingin melihat perpaduan semua parti PR. Selaraskan setiap kenyataan tentang isu perkauman dan agama.


    Semakin banyak gangguan hantu raya UMNO, semakin benci dan jelik orang Cina dan India kepada UMNO. Sebenarnya orang Cina dan India tidak benci Melayu bahkan mereka semakin dekat dan sayang kepada PAS. Hanya UMNO lambang kejahatan bagi mereka.
    Dr Mahathir berkata beliau tetap dengan pendirian untuk mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang terbabit dalam politik wang menjelang perhimpunan parti Mac tahun depan.

    Tiga hari tiga malam beb nak senaraikan nama tu. Dari Perlis sampai ke Sabah. Kalaulah yang terbabit politik wang dalam UMNO tidak dibenarkan bertanding, memang takde seorang pun yang layak bertanding. Batal perhimpunan agung beb. Semua G7 buaya. Habis semuanya rasuah beb.


    Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa politik wang juga berlaku semasa Dr Mahathir menjadi Presiden Umno, Dr Mahathir berkata:

    “Rasuah berlaku dalam zaman saya dan saya sentiasa mengaku mengenai perkara itu tetapi bukan dalam skala yang anda lihat sekarang.”

    Betul. Betul. Betul. Skala sekarang ni kecil beb, skala zaman maha firaun dulu besar. Dulu G7 pergi Haadyai. Sekarang dapat gi Golok je. Dulu G7 dapat pelincir. Sekarang dapat peluru.

    BalasPadam
  2. Kifli sah anda orang Malaysia,berani dan lantang.
    Kifli anda sorang aje yang marah kat orang Melayu.
    Anda hurus kempen dalam blog agar 12 juta orang Melayu berseteju sepandapat dengan anda.
    Saya sokong 17 ahli parlimen blogger yang bantah kerajaan PR di PP.
    Yang pi marah PPIM PEKIDA PERWARIS dll ape hal nya ?
    Salam dari orang Melayu.
    arjuna waspada

    BalasPadam
  3. UMNO singkatan bahasa Inggeris, Sains Matematik dalam bahasa Inggeris, tulisan Jawi/Melayu dibiarkan menderita,papan tanda dibiarkan dalam bahasa apa saja.

    Apa nak jadi dengan Melayu. Mudah sangat dijajah dan dijadikan tali barut asing. Mentaliti Melayu yang terlibat amat mudah dibangangkan, dibaculkan dan dibaruakan.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .