Alahai Thailand..

Lapangan terbang Thailand terus ditutup

26/11/2008 5:11pm

BANGKOK 26 Nov. — Lapangan Terbang Suvarnabhu mi hari ini terus ditutup menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dibatalkan, berikutan penunjuk perasaan antikerajaan menyekat semua jalan menuju ke pintu masuk utama negara ini.

Lapangan Terbang Thailand (AOT), sebelum itu menya takan bahawa lapangan terbang itu akan dibuka pada tengah hari tetapi tidak dapat dilakukan kerana penyo kong antikerajaan tersebut telah mengambil alih lapangan terbang berkenaan.

Penyokong Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) telah mengisytiharkan hasrat mereka untuk menutup lapangan terbang itu sehingga Perdana Menteri Somchai Wongsa wat meletak jawatan.

Beliau dijangka pulang dari Peru hari ini setelah meng hadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima. Bagaimanapun pesawat yang membawa beliau pulang dilencongkan ke Chiang Mai.
Ketika beribu-ribu penyokong PAD masih berada di dalam dan luar terminal penumpang, beberapa penunjuk perasaan dilihat cuba memasuki radio aeronautikal dan menara kawalan trafik udara sementara satu lagi kumpu lan sedang menuju ke kawasan menempatkan pesawat.

Walaupun pihak berkuasa Thai memberikan jaminan keselamatan kepada lebih 3,000 penumpang yang terkan das di lapangan terbang itu, tetapi kelihatan hanya segelin tir anggota polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang me nyatakan bahawa sebuah pesawat Iranian Airline yang membawa 416 Muslim Thai ke Mekah untuk menunaikan haji dibenarkan berlepas.

Lapangan terbang itu ditutup pada pukul 9 malam tadi bagi penerbangan keluar sementara ada beberapa pener bangan yang sepatutnya mendarat dilencongkan ke lapa ngan terbang antarabangsa lain di negera ini serta Lapa ngan Terbang Utapao di Chun Buri.

Salah sebuah pesawat yang dilencongkan itu ialah Indi an Airline yang mendarat di Lapangan Terbang Utapao tetapi penumpangnya terkandas kerana tidak ada kemu dahan untuk menempatkan penumpang asing.
Antara penerbangan yang dibatalkan ialah empat pener bangan Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, serta tujuh penerbangan Air Asia juga ke Kuala Lumpur, dan beberapa lagi ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Pengurus Kawasan MAS bagi Thailand, A. Vijayakuma ran berkata, penumpang dengan tiket Bangkok-Kuala Lumpur boleh menggunakan tiket itu untuk berlepas dari Phuket.
Beliau berkata, syarikat penerbangan juga menubuhkan pusat krisis kecemasan di mana penumpang boleh meng hubunginya untuk mendapatkan perkembangan terkini dengan menelefon 6622630565-71 atau 6621343184. — Bernama

PEWARISMELAYU KATA - 
Keadaan Thailand semakin lama semakin parah.. Mujurlah Malaysia tak jadi macam mereka. Allah, selamatkanlah negaraku yang tercinta ini. Aku mahukan kedamaian dinegaraku ini. 

Ya Allah, kau bukakanlah hati hamba - hambamu yang angkuh, tamak, busuk hati dan segala penyakit hati yang lain, semoga kami dapat melaksanakan syiarmu dan mengamalkan ajaran agamamu dengan aman. AMIN 

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Alahai Thailand..

  1. Apakah kita nak tunggu Pakatan Rakyat nak buat macam ni .Masa tu nuar dah pergi melarikan diri di negara yahudi dah. tinggal la melayu cacai dengan ular sawa keling kat sini dibaham dek cina babi

    BalasPadam
  2. betoi betoi.. ni la yang die orang nak jadikan contoh... naudzubillah tak nak la... apa yang die orang dapat nak buat rusuhan macam ni? korban nyawa tak tentu pasal ada la...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .