SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi panas seketika apabila seorang penyokong kerajaan bertikam lidah dengan wakil pembangkang berhubung dakwaan rasuah.
Ia berlaku berikutan kenyataan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorangpun termasuk pembangkang yang tidak terbabit dengan gejala rasuah.
“Saya tidak menuduh mana-mana parti. Masalah rasuah ini bukan masalah Barisan Nasional saja malah dunia. Rasuah ini membabitkan semua pihak tak kira ahli politik, swasta atau orang kampung,” katanya. - BernamaPEWARISMELAYU - Macam mana ni, depa dok tuduh ahli BN saja yang korap, ahli PKR PAS DAP depa puji kata tak ada rasuah. Mana adil macam ini, suka suka hati saja label orang lain benda yang buruk buruk. Cermin diri tu dulu, baru la sesedap hati dan mulut mengata orang lain.
CUBA TENGOK DAN RENUNGKAN DENGAN MATAHATI ELOK2..............KOTA BHARU, 16 Dis (Hrkh) - Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan.
BalasPadamBegitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan.
Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas.
"Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya.
Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduhan tidak berasas sebelum ini.
"Terima kasih di atas sokongan dan doa beterusan Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri serta kawan-kawan yang mengikuti kes ini.
"Saya memang menghadapi kes ini dengan tenang dan yakin ia akan selesai dengan baik.Terima kasih kepada pengarah dan pegawai BPR yang memberi layanan baik semasa siasatan dilakukan.
"Saya tetap komited dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri iaitu ubudiah, masuliah dan itqan yang mana ia memberi panduan manual kerja kepada saya untuk dunia dan akhirat," katanya.
Beliau juga memanjatkan doa supaya Allah swt memberikan hidayah, kemudahan, keberkatan dan kekuatan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.
Menurut beliau dengan selesainya kes tersebut, membolehkannya bekerja dengan lebih gigih bagi menjayakan misi dan agenda PMBK.
Katanya juga beliau mengalu-alukan sebarang teguran bagi kebaikan PMBK yang diterajuinya sekarang.
Sebelum ini ada beberapa kes yang cuba dibabitkan pemimpin kerajaan negeri dan pegawai dengan membuat laporan kepada BPR serta polis, namun belum ada yang mampu diketengahkan ke peringkat pendakwaan.
Begitu juga dengan siasatan polis terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataan pernah cuba dirasuah tauke balak ketika baru mengambilalih teraju pentadbiran kerajaan negeri, namun ia senyap sepi sehingga sekarang.- Harakahdaily
KUALA LUMPUR 16 Dis – Dalam usaha kerajaan yang penuh dosa ini membersihkan kesalahan-kesalahan mereka di bidang kehakiman, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membentangkan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008. Mengikut rang undang-undang berkenaan, hakim yang melanggar Kod Etika Hakim 2008 boleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Etika Hakim, jika Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berpendapat hakim berkenaan tidak wajar dirujuk kepada tribunal yang dilantik mengikut Fasal (4) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
BalasPadamBerdasarkan rang undang-undang itu, jawatankuasa terbabit mempunyai bidang kuasa dalam perkara berkaitan kelakuan dan tatatertib semua hakim, selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya mengikut Fasal (3) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan [Berita Harian 16/12/08].
Jika rang undang-undang ini diluluskan nanti, ini bermakna hakim-hakim yang berkenaan semuanya akan tertakluk dan mesti mematuhi kod etika yang ditetapkan. Jika mereka melanggarnya, maka mereka tertakluk kepada perbicaraan dan hukuman khusus yang diperuntukkan.
Bagi golongan sekular seperti kerajaan yang memerintah, kod etika ini dilihat perlu untuk menjaga ’tingkah laku’ para hakim. Sekali pandang tidak ada salahnya dengan kod etika ini kerana ia dibuat bagi menjaga ’tinglah laku’ seseorang agar sentiasa terbentuk dengan baik.
Hakikatnya di dalam Islam, orang Islam langsung tidak memerlukan ’kod etika’. Ini kerana, tinglah laku orang Islam adalah wajib dipandu mengikut syarak. Dengan kata lain, setiap Muslim wajib bertingkah laku sebagaimana yang diizinkan syarak dan tidak boleh bertingkahlaku yang diharamkan.
Persoalan kod etika atau tingkah laku sebenarnya adalah persoalan berhubung akhlak seseorang. Dan Islam telah pun menyempurnakan persoalan akhlak di mana akhlak adalah sebagahagian dari syariat. Seseorang Muslim itu wajib berakhlak mulia sebagaimana dituntut oleh syarak. Dengan kata lain, seorang Muslim langsung tidak memerlukan kod etika di dalam kehidupannya, kerana tingkah laku atau akhlaknya adalah dipandu oleh syarak dan persoalan akhlak ini telah pun sempurna hukumnya di dalam Islam.
Bagi golongan sekular yang tingkah laku mereka tidak dipandu oleh agama, memanglah mereka memerlukan kod etika untuk ’memandu’ dan memelihara perbuatan mereka. Contohnya, jujur dan amanah adalah persoalan akhlak yang wajib ada pada seseorang Muslim. Dan setiap Muslim tahu bahawa jika dia tidak jujur dan amanah, maka dia akan berdosa. Menipu pula adalah satu perbuatan dosa yang akan dikenakan takzir. Dalam hal ini, tingkah laku seseorang Muslim itu dipandu oleh hukum dan ketakwaan. Halal dan haram serta dosa dan pahala menjadi panduan di dalam setiap perbuatannya.
Bagi golongan sekular yang tidak menjadikan halal dan haram serta dosa dan pahala sebagai panduan hidup, maka mereka perlu dipandu oleh kod etika.
Inilah perbezaan di antara kehidupan sekular dan Islam. Justeru, golongan kerajaan dan juga hakim-hakim yang sekular, mereka perlu ada kod etika untuk mengatur tingkah laku mereka. Ini kerana, mereka tidak pernah menjadikan syarak sebagai hukum untuk mengatur tingkah laku. Mereka perlu dipandu oleh kod etika di bawah sistem sekular untuk menjadikan mereka seorang yang ’baik’.
Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, jika mereka melanggar kod etika yang dibuat, maka mereka boleh dikenakan tindakan, sebagaimana di dalam peruntukan rang undang-undang yang bakal diluluskan itu.
Para pemerintah kita yang sekular, sekali lagi buta dan tersasar jauh dari wahyu. Mereka membuat undang-undang dan mengenakan tindakan jika hakim melanggar kod etika, namun persoalan yang jauh lebih besar iaitu hakim-hakim yang berhukum dengan hukum kufur, tidak di anggap salah dan di ambil apa-apa tindakan! Melaksanakan hukum kufur tidak salah, tetapi melanggar kod etika adalah salah. Inilah hukum sekular yang diajalankan oleh pemerintah sekarang.
Kerja para hakim sebagai badan pelaksana kepada undang-undang kufur dan memutuskan setiap kes dengan undang-undang kufur, langsung tidak dipandang salah oleh kerajaan. Apa tidaknya, kerajaan sendiri sebagai badan yang membuat undang-undang kufur tersebut, dan setelah dibuat, para hakim pula adalah pelaksananya sahaja. Kedua golongan ini adalah dua kali lima sahaja di dalam kesekularan dan dosa-dosa mereka.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib sedar bahawa sesungguhnya sistem kehakiman yang ada sekarang adalah sistem kufur. Ia adalah sistem yang diwarisi dari British dan ia bertentangan seratus lapan puluh darjah dengan Islam. Sistem kehakiman kufur yang diamalkan di Malaysia sejak ratusan tahun lamanya ini sewajarnyalah mempunyai 1001 jenis keburukan dan kejahatan di dalamnya. Buatlah perubahan apa pun, selama mana ia bukan perubahan kepada Islam, maka keburukan dan dosa tetap mengelilingi badan kehakiman, dan juga badan pemerintahan.
Bagi para hakim yang ada, sungguh buta mereka dari hadis Rasulullah dan sungguh berani mereka menjadi hakim yang memutuskan bukan berdasarkan hukum Allah. Sabda Rasulullah SAW,
“Qadhi/Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan, dua golongan berada dalam neraka dan satu golongan lagi berada dalam syurga. Adapun (golongan) yang berada di syurga adalah (hakim/qadhi) yang mengetahui akan haq/kebenaran dan memutuskan dengannya (haq). Adapun (hakim/qadhi) yang mengetahui akan haq tetapi tidak menghukum dengannya, malah bertindak zalim dalam memutuskan hukum, maka dia ke neraka. Dan (hakim/qadhi) yang tidak mengetahui akan haq dan memutuskan hukum di antara manusia berdasarkan kejahilan, maka dia (juga) ke neraka” [HR Abu Daud].
Fikirlah wahai saudaraku sekelian, di manakah kebaikannya dengan sistem kehakiman yang ada, apabila hakim/qadhi yang memutuskan hukum itu tidak pernah memutuskan hukum berdasarkan yang haq (hukum Islam) dan mereka bakal menjadi penghuni neraka? Para Menteri sekular yang ada pula sedang sibuk ingin membuat kod etika untuk mereka ini...sedangkan para Menteri itu sendiri belum tentu selamat dari neraka Allah dengan semua hukum kufur yang mereka gubal selama ini. Na’uzubillah min zalik
UMNO ITU RASUAH
BalasPadamRASUAH ITU UMNO
UMNO MEMANG AGAK SEBATI DAN SINONIM DENGAN RASUAH.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersyukur Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.
“Alhamdulillah,” katanya dalam satu taklimat bersama editor di Bangunan Parlimen di sini.
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan rang undang-undang itu dengan pindaan kecil pada Fasal 36(1)(b), bagi meminda perkataan Pendakwa Raya kepada Pegawai Pesuruhjaya.
Abdullah berkata pelaksanaan SPRM itu merupakan hasratnya untuk menunaikan janji yang terkandung dalam manisfesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2004.
Beliau berharap SPRM akan berfungsi dengan lebih berkesan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana bilangan anggotanya akan melebihi 5,000 orang selain mereka akan diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah.
Gaji yang lebih menarik akan ditawarkan bagi menarik orang yang berwibawa dan berkebolehan untuk menjalankan tugas di bawah SPRM, kata Abdullah.
Dengan kelulusan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini, maka bakal tercatat satu lagi fenomena baru dalam sejarah Malaysia. Ini kerana, banyak kes-kes rasuah berprofail tinggi akan didedahkan semula kepada rakyat. Justeru itu kita amatlah berharap agar keadilan undang-undang akan dapat ditegakkan.
Kerana inilah juga satu perkara yang pernah dibangkitkan oleh Zahid Hamidi di parlimen tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama 3 bulan satu ketika dulu. Dimana, biarpun mana-mana Menteri atau pemimpin politik yang sudah bersara 10 tahun jika ada kes rasuah yang melibatkan mereka, ia akan disiasat dan didakwa.
Sepatutnya akta ini telah diluluskan dulu lagi. Namun dek kerana campurtangan politik, maka akhirnya Anwar yang dihumbankan selepas musuh-musuhnya nampak akta itu akan menjerut leher masing-masing.
- SPRM.. SILA SIASAT UMNO/BN, MAHATHIR, NAJIB, PAKLAH DAN SEMUA ORANG2 UMNO!!!! JANGAN JADI KUDA KAYU YER!!!!! PERABIHKAN DUIT RAKYAT UNTUK BAYAR GAJI KAMU!!! !!!!Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini dari Perbendaharaan Negeri Selangor di semasa Pemerintahan UMNO/Barisan Nasional di Negeri Selangor.
Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.
Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.
Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.
Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.
Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.
Dalam persidangan pertama dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran pemborosan tersebut (lihat carta) yang ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.
Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.
Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Datuk Seri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.
Jawatankuasa khas Selcat ditubuhkan tahun ini bagi memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan Selangor.
Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.
Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).
http://www.malaysiakini.com
Komen Web Panas : 2 Bulan je dah lesap RM26 juta tu dilarikan toyol UMNO kot...wkahkhakahka..memang dajal la UMNO/BN ni..pakar samun/rampok duit rakyat.
Di terengganu..lagi la lesap billion2...
Apalah nak jadi dengan bangsaku ni, masih lagi tak mahu bersyukur.
BalasPadamumno tu perasuah yang rakyat semua dah tau , tak perlu pertikaikan lagi wahai umno pendatang tanpa izin pun tau umno tu korapsi kuat
BalasPadam