Memaparkan catatan dengan label bn.pakatan rakyat. Papar semua catatan

Pakatan Rakyat cuba nak gula - gula dan memperbodohkan rakyat!

PAKATAN CUBA NAK PANCING! Hello rakyat, ingatla air percuma di selangor dan pulau pinang. Nak jadi macam tu lagi ke?

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar puji diri sendiri, Nizar jilat Anwar!

Sedutan Ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, semalam


Nizar jilat Anwar berhubung Kes Liwat Anwar - Saiful




Anwar puji diri sendiri dan masih gila bayang sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI :


"Sekarang mereka panggil saya peliwat," katanya sambil menambah, beliau kini setentunya diberikan gelaran 'Tun' jika terus bersama Umno

PEWARIS MELAYU KATA :

2x5 : Nizar gila meroyan kuasa MB Perak, si Anwar Al - Juburi ni masih lagi gila kuasa dan gila meroyan Timabalan PM 10 tahun dulu. Alahai dua ekor gila kuasa ni.

Posted in , , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Belakang tabir kegagalan Kerajaan Perpaduan UMNO - Pas

Tok garu Nik Ajis telah mengumumkan tiada perpaduan Melayu antara Pas dan UMNO. Sebelum ni pun, Nik Ajis dah laungkan, tidak ada sebarang rundingan berasaskan perpaduan Melayu tapi kalau ada perpaduan pun berasaskan Islam. Yakni, tidak pada perpaduan Melayu dan ya kepada perpaduan Islam. Itu menurut Nik Ajis.

Nik Ajis tak sedar diri yang dia tu orang Melayu dan dia tak pernah pun dia Melayu. Sebabtu la Nik Ajis tak pernah nak pakai baju Melayu, yang dia duk pakai pun hanyala jubah dan serban besar bak busut atas kepala. Kenapa dia duk pakai macam tu?

Oh Tok Garu, buanglah serban besar bak busut diatas kepalamu itu jika kamu takut nak laksanakan hukum dan undang - undang Islam seperti yang anda laungkan tu. Anda lebih takutkan Anwar Ibrahim dan DAP lagi dari nak memperkasakan perpaduan Melayu - Islam. Anda lebihkan menjaga periuk nasi sendiri daripada perpaduan.

Nik Ajis, malukah anta mengaku sebagai seorang Melayu? Oh, penulis rasa malu ada pemimpin sebangsa dengan penulis yang malu sangat nak mengaku bangsanya sendiri. Oh, Tok Garu. Nanti, tukarlah status Bumiputera dalam kad pengenalan anda dan tukarlah bahasa sekali ya. Sebut ISLAM betul - betul, jangan sebut ISLE!

Akhir sekali apa yang dapat dirumuskan disini:
  • Tok Garu Nik Ajis takutkan Anwar Ibrahim demi menjaga karier politik sendiri.
  • Anwar tunjang Pakatan Rakyat cerminan Dajjal di muka bumi ini. Apa yang Anwar seru, semua tak baik. Tidak pada perpaduan, tidak pada Islam dan semuanya tidak. Dia hanya cakap YA berkaitan kejahatan. Adakah benar?
  • Pemimpin PR (Anwar, Guan  Eng, dll) naik menjadi pemimpin besar dan kerjasama PR tertubuh atas PERPECAHAN dan PERBALAHAN orang Melayu. PRU12 dah menunjukkan Melayu dah pecah belah. 
  • Pemimpin Pas (Hj Hadi) takut nak suarakan dan tak tegas dalam pendiriannya. Mula - mula pelawa nak perpadu dengan UMNO, tapi bila Nahkoda Nyanyuk parti sendiri menyalak bak anjing kena jolok punggungnya tu melenting, beliau diam membisu. Benarlah orang kata, presiden Pas memang macam tunggul.

Posted in , , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Kemenangan untuk rakyat?

Setiap kali pilihan raya, pasti akan terdengar perkataan RAKYAT RAKYAT RAKYAT. Tak habis habis perkataan untuk membela rakyat, kemenangan rakyat, demi rakyat kesejahteraan rakyat dan bla bla bla.
Adakah kemenangan seseorang calon di pilihanraya menunjukkan kemenangan rakyat? Ya, memang pun rakyat menang mengundi calon YB mereka yang dilantik untuk membela rakyat. Tapi, adakah rakyat sekarang betul - betul menang apabila mengundi calon yang mereka pilih?

Tidak sama sekali. Kita dapat lihat, bermulanya di Permatang Pauh, kemudian di Kuala Terengganu dan seterusnya di Bukit Selambau dan juga Bukit Gantang, adakah rakyat betul - betul menang memilih calon untuk mewakili mereka? Tidak!

Di Permatang Pauh, kononnya dari Permatang Pauh ke Putrajaya, berdiri megah signboard sana sini, ahli parlimen P.44 akan ke Putrajaya selepas menang pilihanraya disana, tapi apa yang mereka dapat? Tidak! Percubaan untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan mengambil katak MP BN ke Pakatan Rapuh (PR) adalah. Itu pun tak menjadi. Adakah rakyat benar - benar menang memilih wakilnya?

Penulis lihat, setelah wakil P.44 ke parlimen, suasana di parlimen Malaysia semakin lama, semakin pening kepala. Kemudian kita pergi ke Bukit Gantang, P.59 pada awal tahun ini. Adakah calon yang menang di parlimen Bukit Gantang tersebut memberikan manfaat kepada pengundinya?


 Kita dapat lihat, pengundi cina menyokong MP P.59 tersebut dan undi pengundi Melayu begitu merosot sekali. Ramai bloggers BN mengatakan, perlantikan MP P.59 tempoh hari umpama protes pada pihak istana yang mereka buktikan kuatnya kuasa rakyat.

Rakyat !Rakyat !Rakyat ! Sudah muak dengan perkataan tersebut! Konon untuk rakyat, tapi habuk pon tak ada. Bila dalam ceramah pilihanraya, memang manis mulut menjanjikan itu ini, dan selepas pilihanraya  diam sepi membisu. Bekas ADUN Penanti dan TKM 1 Pulau Pinang pun serupa 2X5. Dalam ceramah beliau di Penanti pada PRU 12 lepas, bukan main hentam kerajaan, bela rakyat, janji nak beri khidmat terbaik, tapi sekarang apa yang beliau lakukan?

Suka suka hati nak suruh rakyat keluar mengundi sekali lagi untuk memilih calon kawasan tersebut setelah beliau diasak untuk meletakkan jawatan tersebut ekoran masalah dalaman parti. Apa ini? Ini janji dan cakap tahi kucing!

Kepada mereka yang mendakwa perkataan RAKYAT tersebut trademark ataupun perkataan hak mereka, jangan nak perasan OK? Kami, rakyat Malaysia tak perlu pemimpin seperti anda dan tak teringin anda memerintah di negeri kami. Rakyat tetap rakyat. Jangan mempergunakan rakyat dan jangan sekali - kali mempermainkan rakyat. 

Posted in , , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Bila ahli DAP diislamkan cara PAS

(klik untuk lebih jelas)
Islam Pas tidak sama seperti ajaran Islam yang sebenar. Orang lain tak boleh melaungkan takbir, Allahuakbar. Mereka (orang Pas) sahajalah yang berhak melaungkan takbir sedemikian. Bila orang Umno bertakbir sedemikian rupa, puak - puak Pas tertawa dan mempertikaikan perlakuan orang - orang Umno. 
Apa kena dengan puak - puak Pas? Mereka tak sedar kot, manusia yang berada didalam Umno tersebut semuanya orang Melayu beragama Islam. Tak macam Pas, bila takbir je, orang Cina dan India yang Kafir Harbi pun turut bertakbir. Apa kes?

Nga Kor Ming boleh mempergunakan ayat Quran untuk tujuan politik PKR - PAS - DAP dan Mursyidur Am mereka memberi "green light" kepada puak DAP dan PR kafir harbi menggunakan ayat Quran untuk berkempen politik. Buktinya, klik sini

Kami tak kisah kalau si Nga tu orang Cina Muslim ataupun dah memeluk agama Islam. Kalau dah bergelar muslim, tak kisah dia nak guna sepotong ke, dua potong ke, satu al - Quran ke untuk berkempen, tapi dia tu Cina yang tak potong kulup, tak mengucap dua kalimah shahadah dan tak tahu dia makan yang baik atau yang buruk, tut tut senang - senang saja nak guna Quran dan berhujjah hentam sana sini.

P/s : Eloklah si Lim Kit Siang dan Nga Sunat terlebih dahulu. Nanti, kalau depa dua tu dah masuk Islam ke, tercapailah impian Tok Garu nak menjadi PM ke - 7 lepas Najib nanti. Tak pun lepas PRU13. Kalau la Tok Garu larat lagi.

LKS - Timbalan Perdana Menteri 1
Karpal Singh - Timbalan Perdana Menteri 2



Kah kah kah!

Posted in , , , , , | 15 Comments
Jom komen di Facebook!

Nizar Jamaluddin - Calon Terdesak dan Simpati Pas dan PR

DATO Seri Nizar merupakan calon terdesak Pakatan Rakyat dan juga calon terdesak Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Sangkaan penulis dengan pencalonan Nizar amat tepat sekali. Pasti Pas akan meletakkan Nizar untuk bertanding dikawasan tersebut. Tak ada muka lain kah? Asyik - asyik orang tua ni sahaja. Ketandusan calon?

Nizar Jamaluddin akan mendapat UNDI SIMPATI sebagai BEKAS MB Perak yang mana telah memerintah selama 11 bulan dan calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Kenapa perlu PR meletakkan ahli atau calon nya yang sudah mempunyai pangkat serta kuasa di DUN dan perlu bertanding di peringkat Parlimen?
 

PKR , PAS , DAP = Parti Gila Kuasa


Undilah Barisan Nasional, kerana BN akan berkhidmat untuk anda, bukanlah berniat untuk meminta simpati rakyat atas kekalahan diri sendiri.

Posted in , , , , , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

PPSMI : NAMPAK SANGAT ITU PERMAINAN PAKATAN RAKYAT!

KENAPA SEMALAM TIBA - TIBA PAKATAN RAKYAT A..K.A PENIPU RAKYAT MENJADI PEMBELA MELAYU??

Terkejut juga penulis melihat klip daripada Malaysiakini yang mana merakamkan tragedi BANTAH PPSMI yang diperkuda oleh Pakatan Rakyat, terutamanya PAS.

Penulis tak dapat melihat rakyat yang mengikuti demonstrasi tersebut berbaju NEUTRAL, tapi apa yang penulis nampak, ada banyak bendera PKR dan PAS. Dimanakah DAP? Adakah mereka turut berjuang bersama PKR dan PAS?

Hairan bin Ajaib! Pengkhianat bangsa tersebut menjadi hero dijalan raya untuk mempertahankan maruah bahasa kebangsaan yang kononnya di nafikan oleh kerajaan BN? Betulkah mereka memang pejuang bangsa?

Fikirlah! Pada Sultan pun mohon MENDERHAKA, tiba - tiba nak jadi pembela negara? Kepada semua blogger PRO PR dan penyokong PR yang mana "fanatik" akan BANTAH PPSMI, jangan berlagak serupa hero di filem hindustan.

Tak payah nak tunjuk yang anda semua tu bela bahasa kebangsaan. Orang hina raja pun anda sokong, ni nak bela bahasa? Podahcit!


Jangan maki polis kerana menembak air kedalam masjid, kerana itu adalah kesalahan besar yang Pemimpin Pakatan Rakyat lakukan. Mempergunakan masjid untuk tujuan politik kotor. Adakah ini benar - benar perjuangan bahasa ataupun lagak hero tamil?

Podahcit, kepada semua penjilat PR. Piiiraaahh!

Posted in , , , | 21 Comments
Jom komen di Facebook!

Nafi dan Nafi

Utusan Malaysia

IPOH 30 Jan. - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai Barisan Nasional.

“Spekulasi mengenai Jamaluddin dan Mohd Osman itu adalah tidak benar. Saya berusaha untuk berhubung dengan mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa terdapat dua wakil rakyat daripada PKR akan keluar parti dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai UMNO. - Bernama

PEWARISMELAYU KATA : 
Mungkin ahli PR akan meninggalkan PR Perak dan mungkin ini hanya gimik Ir. Nizar sahaja. Apa - apa pun , kita tunggu dan lihat sahaja lah.

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

PAS rampas kerusi Parlimen KT

KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Pewaris Melayu kata:
Rakyat masih tak serik - serik memilih pemimpin yang salah. Mereka tak jadikan PRK P.44 dahulu sebagai pengajaran. Biar masa menentukannya.

Sumber: Malaysiakini dan Utusan Malaysia

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .