Harakah : Najib Balas Dendam?


Sumber : Harakahdaily, 5hb Febuari

IPOH, 5 Jan (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dikatakan membalas dendam terhadap kerajaan Pakatan Rakyat selepas kekalahan BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Abdul Rahim Mat Arif, berkata Najib bertindak demikian kerana berada dalam keadaan terdesak hingga terpaksa mengambil tindakan drastik yang melanggar
perlembagaan.

Pewaris Melayu : Najib tak terdesak kerana beliau hanya menunggu masa untuk menggantikan PM pada pemilihan agong UMNO Mac nanti. Sebenarnya, PKR PAS DAP sahaja yang terdesak sekarang kerana kerajaan bonekanya yang diterajui oleh Nizar sudah hancur lebur.
Adakah Plan 16 September yang diwarwarkan oleh Ketua Umum Pkr, Anwar Ibrahim tidak melanggari perlembagaan?
Anwar lagi berniat jahat untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan berbekalkan ahli parlimen BN yang mahu melompat parti kepada PR.
Disini, pihak Harakah janganlah hendak menghentam BN dan Najib sahaja. CERMIN DIRI (PR) sebelum kata dekat BN. OK? 
Malah, tambah beliau lagi, mereka (BN) tidak bersedia menghadapi pilihan raya disebabkan 'mood' rakyat yang menginginkan perubahan.

 Pewaris Melayu : Rakyat Perak inginkan perubahan daripada PR ke BN dan juga kemajuan yang dicapai sebelum PR memerintah. Mereka takut, kalau PR terus memerintah, Perak akan mundur dan pelabur asing akan lari berikutan kurang yakin akan kerajaan negeri.


"Kalau dia (BN) berani, serah semula mandat kepada rakyat untuk pilih semula pemimpin negeri itu mengikut kehendak mereka," tegas beliau ketika ditemui di kediaman rasmi MB, sebentar tadi.

Pewaris Melayu : Tak payahla nak buat pilihanraya semula, jangan nak jadi hero dalam kampungla, PR oi. Konon nak bela rakyat Perak dan berlaku adil, tapi haprak apa pon tak ada. Jangan bercakap besar sahaja. Kalau banyak cakap, kerja pasti tak jadi.

Sebab itu la, Allah nak tunjukkan kepada kita, rakyat Malaysia bahawasanya Pakatan Rakyat ni saja nak mempergunakan perkataan "Rakyat" sebagai topeng untuk menjadikan ia sebagai landasan memenuhkan tembolok masing masing dan juga untuk memperoleh kuasa.


Pada masa sama, kata Abdul Rahim, Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik menjadikan ini sebagai 'buah tangan' yang bakal dihidangkan ketika Perhimpunan Agong Umno,Mac ini.

Pewaris Melayu : Bukan buah tangan, itu ketentuan dan takdir Allah. Ia menunjukkan tuhan tak merahmati pemerintahan PR yang pesong.


Beliau turut menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai 'coupdetat' yang bermaksud rampasan kuasa yang diamalkan di negara Afrika

Pewaris Melayu : Plan 16 Sept bukanlah satu rampasan kuasa bagi Anwar, itu adalah peralihan kuasa! 

Harakah, tak setanding akhbar nasional. Tak ada apa isi didalamnya. Hanya terkandung fitnah, artikel tak masuk dek akal dan lain - lain lagi. 

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Harakah : Najib Balas Dendam?

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .