SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini tidak mahu ahli politik Selangor menghabiskan masa yang banyak dengan berpolitik sahaja tanpa mengira tempat tempat dan masa.
“Di dalam Dewan ini, gunakanlah kesempatan yang terhad untuk membincangkan dasar-dasar yang baik dan janganlah berkelakuan yang tidak sepatutnya. “Semua Ahli Dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal-budi kepada semua,” titah baginda pada majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah sebagai Ketua Negeri, baginda ingin melihat Selangor terus berkembang maju dan kerajaan dapat menjalankan amanah kepada rakyat dengan cekap dan lancar.
“Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa sistem semak dan imbang diperlukan bagi memastikan semua kepentingan dapat diteliti,” titah baginda yang ingin melihat semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik.
Baginda bertitah, Perlembagaan Negara memberikan hak kepada semua pihak dan sifat perlembagaan sebenarnya untuk melindungi rakyat sama ada daripada segi politik, ekonomi dan sosial.
“Justeru itu, fahamilah Perlembagaan Negara agar kita tidak berlebihan dalam usaha menuntut hak masing-masing,” titah baginda.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan, baginda bertitah penjawat awam wajib mengamalkan sikap neutral, profesional, prinsip kecemerlangan, etika yang unggul dan peka terhadap kerajaan yang memerintah serta mematuhi undang-undang negara.
“Prinsip profesional dan berkecuali di sini bererti ia bertugas untuk kerajaan semasa yang memerintah dan membuat keputusan adil tanpa mengira sentimen politik, agama dan kaum,” titah baginda.
Selangor adalah penyumbang utama kepada pendapatan negara dianggarkan sebanyak 21 peratus dan dalam hal ini kerajaan negeri dan persekutuan saling memerlukan, titah baginda.
“Beta berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dipereratkan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Selangor yang beta kasihi ini,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga bertitah dasar liberalisasi ekonomi di peringkat Kerajaan Persekutuan harus disambut sebagai cabaran menempatkan perkhidmatan bermutu demi faedah rakyat Selangor kerana ia penting supaya negeri ini tidak ketinggalan ketika pelaburan luar masuk dengan banyaknya.
Justeru, Kerajaan Selangor harus memikirkan produk-produk pelancongan sama ada berbentuk alam sekitar yang asli atau lokasi buatan manusia, budaya-agama atau program-program berkala dengan tema-tema tertentu, titah baginda.
Baginda bertitah perkhidmatan pengangkutan awam dan khidmat pengguna yang berkesan amat diperlukan bagi menjayakan aspirasi ini yang akan memberi kesan positif untuk semua pihak sama ada negeri, penggerak industri perkhidmatan atau pelancongan.
Jentera kerajaan negeri juga perlu membuat anjakan paradigma untuk meningkatkan produktiviti kerja dan baginda menekankan Petunjuk Prestasi Utama(KPI) dapat dikemas kini dan dipantau dengan rapi.
Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa baginda juga prihatin terhadap perkembangan jenayah di Selangor dan faham bahawa hal jenayah adalah isu yang kompleks dan tidak mudah diuruskan apatah lagi mencari kesalahan mana-mana pihak.
“Oleh sebab Kerajaan Persekutuan juga menyatakan komitmen mereka untuk memerangi jenayah, beta berharap kerajaan beta sedia memberikan kerjasama sewajarnya.
“Beta mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia Selangor atas segala usaha yang dilaksanakan bagi melindungi keselamatan rakyat di negeri ini,” titah baginda.
Baginda bertitah kepesatan pembangunan di Selangor terhasil daripada kejayaan rakyat mengekalkan keharmonian antara kaum dan ini tidak mungkin berlaku tanpa kerjasama semua pihak dan baginda berkenan supaya keharmonian masyarakat majmuk di Selangor menjadi model nasional.
“Beta percaya kita semua boleh memberi komitmen bahawa segala perbezaan antara kita merupakan suatu aset dan bukan punca perbalahan. Buangkanlah segala prejudis yang ada kerana apa juga cabaran yang bakal dihadapi tidak pernah mengenal warna dan keturunan,” titah baginda.
Justeru, media massa perlu memainkan peranan dalam membina masyarakat dengan memberikan laporan yang tepat dan berkualiti kepada rakyat kerana mereka memerlukan sumber maklumat yang tepat, berobjektif di samping mendidik dan membina pemikiran, titah baginda. - Bernama
Cari Blog Ini
Hubungi Penulis
Anda boleh hubungi penulis di email email.pewarismelayu@gmail.com
Justice For Najib
Hits Blog Sejak Mei 2008
Terbaharu di Pewaris Melayu
Berita terbaharu
-
Pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas, 5 cedera43 saat yang lalu
-
Over 100 houses damaged by strong winds in Semporna36 minit yang lalu
-
-
Man fined for purchasing illegal lottery tickets2 hari yang lalu
-
Mayat warga China tersepit berjaya dibawa keluar [METROTV]3 tahun yang lalu
-
【丹絨比艾補選】凯里:国阵要各族选票 勿只靠马来票胜选5 tahun yang lalu
-
-
Tukang masak didakwa rogol, liwat dan masukkan objek5 tahun yang lalu
-
批死巫伊合作必出问题 敦马:希盟没怕过5 tahun yang lalu
-
AirAsia sells 25 aircraft to Castlelake for RM3.2b5 tahun yang lalu
-
Kedah timbang gabung anak syarikat elak kerugian6 tahun yang lalu
-
Let New Adventures Begin! Promo7 tahun yang lalu
-
Rakan Seperjuangan
-
-
-
Tentera AS tersilap tembak jet sendiri40 minit yang lalu
-
-
SUNDAY JOKES - 2439 jam yang lalu
-
Sah! Kes Najib Razak CacatSehari yang lalu
-
Harga sayur tempatan meningkat 150 peratus2 hari yang lalu
-
-
NOKTAHKAN KETERKAITAN MUSA DALAM POLITK5 hari yang lalu
-
Advertise up to 200 MILLION EMAILS6 hari yang lalu
-
Penang dragon boat regatta: Not quite a ‘stunning’ seafront3 minggu yang lalu
-
Bayaran SARA One Off 2024 Online (Maksud, Tarikh & Semakan)4 minggu yang lalu
-
Lelaki miliki 37 rekod jenayah samun kedai runcit ditahanSebulan yang lalu
-
PENGARUH WAHABI TERHADAP GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM ANTARABANGSA3 bulan yang lalu
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota3 bulan yang lalu
-
Analisis Keputusan Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baru6 bulan yang lalu
-
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.10 bulan yang lalu
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh11 bulan yang lalu
-
Hello world!11 bulan yang lalu
-
Kes fitnah: Sanusi saman Saifuddin isu REE, MARRISSetahun yang lalu
-
Hello world!Setahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
PRU15 - JANJI KJ (Full Video)2 tahun yang lalu
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.2 tahun yang lalu
-
Nabila Huda, Awal Ashari Tibai Peguam Wakili Siti Bainun.2 tahun yang lalu
-
-
Azure DevOps3 tahun yang lalu
-
-
salam ramadan3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin3 tahun yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu?3 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI4 tahun yang lalu
-
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!4 tahun yang lalu
-
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU5 tahun yang lalu
-
BONGKAR!!! Siapa MO1 Dalam Isu 1MDB Didedahkan Di Mahkamah5 tahun yang lalu
-
Hendak Kerja, Sertai Armada5 tahun yang lalu
-
Income Mobility and Needs-Based Targeting5 tahun yang lalu
-
Setpol Anwar Hilang?5 tahun yang lalu
-
Ramadhan 20195 tahun yang lalu
-
PRK RANTAU - APAKAH PKR MAMPU?5 tahun yang lalu
-
PENGUMUMAN5 tahun yang lalu
-
BANI JAWI HAQ ALLAH HU TA'ALLA5 tahun yang lalu
-
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong5 tahun yang lalu
-
Undilah Shahril Hamdan - P112 Dan Seluruh Calon Barisan Nasional6 tahun yang lalu
-
-
Bajet 2018 : Kerajaan BN Adil7 tahun yang lalu
-
-
-
-
Apa Motif Kit Siang Minta Jawatan TPM ?7 tahun yang lalu
-
Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.8 tahun yang lalu
-
keputusan tak rasmi prk sg besar8 tahun yang lalu
-
Dr. Zakir cetus fenomena?8 tahun yang lalu
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA8 tahun yang lalu
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !9 tahun yang lalu
-
RAFIZI RAMLI PUNYA TEORI EKONOMI SETARAF JAMBAN PENUH..9 tahun yang lalu
-
Cara Bertafakur Yang HARAM dan HALAL #MalaysiaBerkabung10 tahun yang lalu
-
Segalanya sudah berubah..10 tahun yang lalu
-
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!10 tahun yang lalu
-
-
Apa motif Marina Mahathir sertai himpunan bersama penganut Kristian?10 tahun yang lalu
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin11 tahun yang lalu
-
Sebaik PRU Usai.11 tahun yang lalu
-
Alert...Anwar seru rakyat untuk buat demo11 tahun yang lalu
-
PRU Ke-13: Album11 tahun yang lalu
-
Pandangan Saya Mengenai Manifesto Pakatan Rakyat11 tahun yang lalu
-
Kalau dah jadi penyokong Pakatan Luar Tabie inilah hasilnya12 tahun yang lalu
-
-
Rompakan terbesar Guan Eng14 tahun yang lalu
-
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN14 tahun yang lalu
-
Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
Buku catatan
- Ogos 2020 ( 1 )
- Mac 2020 ( 3 )
- Februari 2020 ( 11 )
- Oktober 2019 ( 2 )
- September 2019 ( 1 )
- Julai 2019 ( 2 )
- Mei 2019 ( 5 )
- April 2019 ( 5 )
- Mac 2019 ( 35 )
- Februari 2019 ( 7 )
- Januari 2019 ( 7 )
- Disember 2018 ( 47 )
- November 2018 ( 22 )
- Oktober 2018 ( 18 )
- September 2018 ( 21 )
- Ogos 2018 ( 27 )
- Julai 2018 ( 57 )
- Jun 2018 ( 72 )
- Mei 2018 ( 91 )
- April 2018 ( 5 )
- Mac 2018 ( 12 )
- Februari 2018 ( 23 )
- Januari 2018 ( 10 )
- Disember 2017 ( 2 )
- November 2017 ( 5 )
- Oktober 2017 ( 8 )
- September 2017 ( 3 )
- Ogos 2017 ( 13 )
- Julai 2017 ( 11 )
- Jun 2017 ( 1 )
- Mei 2017 ( 4 )
- April 2017 ( 7 )
- Mac 2017 ( 36 )
- Februari 2017 ( 16 )
- Januari 2017 ( 15 )
- Mac 2016 ( 22 )
- Februari 2016 ( 22 )
- Ogos 2015 ( 1 )
- Mei 2013 ( 11 )
- April 2013 ( 5 )
- Mac 2013 ( 1 )
- Julai 2012 ( 1 )
- Jun 2012 ( 2 )
- Mei 2012 ( 21 )
- April 2012 ( 10 )
- Mac 2012 ( 20 )
- Februari 2012 ( 7 )
- Januari 2012 ( 4 )
- Disember 2011 ( 15 )
- Julai 2011 ( 1 )
- Jun 2011 ( 4 )
- Mac 2011 ( 4 )
- Februari 2011 ( 4 )
- Januari 2011 ( 3 )
- September 2010 ( 3 )
- Ogos 2010 ( 9 )
- Julai 2010 ( 12 )
- Jun 2010 ( 2 )
- April 2010 ( 13 )
- Mac 2010 ( 1 )
- Februari 2010 ( 5 )
- Januari 2010 ( 4 )
- November 2009 ( 2 )
- Oktober 2009 ( 1 )
- Ogos 2009 ( 4 )
- Julai 2009 ( 8 )
- Jun 2009 ( 7 )
- Mei 2009 ( 2 )
- April 2009 ( 7 )
- Mac 2009 ( 6 )
- Februari 2009 ( 15 )
- Januari 2009 ( 17 )
- Disember 2008 ( 16 )
- November 2008 ( 16 )
- Oktober 2008 ( 25 )
- September 2008 ( 22 )
- Ogos 2008 ( 48 )
- Julai 2008 ( 59 )
- Jun 2008 ( 47 )
- Mei 2008 ( 35 )
2008-2019 - Pewaris Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.