Memaparkan catatan dengan label SULTAN. Papar semua catatan

Jangan habiskan masa untuk berpolitik saja: Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini tidak mahu ahli politik Selangor menghabiskan masa yang banyak dengan berpolitik sahaja tanpa mengira tempat tempat dan masa.

“Di dalam Dewan ini, gunakanlah kesempatan yang terhad untuk membincangkan dasar-dasar yang baik dan janganlah berkelakuan yang tidak sepatutnya. “Semua Ahli Dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal-budi kepada semua,” titah baginda pada majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah sebagai Ketua Negeri, baginda ingin melihat Selangor terus berkembang maju dan kerajaan dapat menjalankan amanah kepada rakyat dengan cekap dan lancar.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!


Betul ke Pas membela Melayu? Sila baca petikan artikel dibawah yang diambil dari sini

''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

''Prinsip kami, tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dalam negara dan apa berlaku di Perak, Dewan Pemuda Pas Pusat menyerahkannya kepada mahkamah untuk menentukan," kata beliau.

Penulis tak faham, apakah fungsi Dewan - dewan yang berada didalam organisasi Pas tersebut? Adakah benar dakwaan Dewan Pemuda Pas tersebut untuk mempertahankan Raja - Raja Melayu?

Mereka (pengikut Pas) lebih fanatik mempertahankan agama daripada mempertahankan Bangsa. Apakah mereka semua (pengikut Pas) buta mata dan hati? Mereka saja buat - buat buta hati, mereka tahu status bangsa kita di negara kita ni sedang gawat, mereka masih lagi buat - buat buta hati.

Betul ke Pas bertaubat dengan artikel tersebut? Apakah anda lupa, Nizar merupakan ahli Pas?

Pas, cakap tak serupa bikin!

Posted in , , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

Nizar Pengkhianat! - Lucut gelaran Datuk Seri

Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri sumber

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.

“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

PEWARISMELAYU Kata :
Memang patut pun Sultan lucutkan gelaran Datuk Seri tu. Kalau anugerah tu dilucutkan, dia nak saman Sultan Perak ke?

Satu lagi, malu la sikit Nizar oi! Kenapa la hang ni tak malu sangat, kalau hang dah benci dan geram sangat kat Sultan, jangan dok guna anugerah Datuk Seri tu.. Dasar manusia tak tahu malu!

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak sumber


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

PEWARISMELAYU kata:

Kalau berani, samanlah Sultan Perak tu. Karpal jangan dari batu api dalam hal ini. Ini semua hasil cucukan jarum syaitan milik DAP dan juga hasutan "pelaq" dari Anwar Ibrahim!

PR, jangan cabar pihak istana! Kot mana pun nanti, anda pasti akan kalah! Guna la akal sikit!

Kepada pencacai pencacai PR, kembali lah bertaubat dan menuju ke jalan yang benar!

Posted in , , , , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Berubah Tangan

Nampaknya, Toyota Camry pembelian kerajaan Pakatan Rakyat (baca : Penipu Rakyat) dan ia akan digunakan untuk barisan Exco kerajaan baru Barisan Nasional pada hari Rabu kelak, Insyaallah.

Tak guna semua pencacai Pakatan Rakyat nak marah - marah kepada Sultan Perak kerana Baginda ada hak untuk menentukan siapa yang mentadbir kerajaan baru itu.

Dah banyak kemudharatan yang dilakukan oleh kerajaan PR yang berusia 11 bulan, yang banyak menaikkan kemarahan orang Melayu.

Cukuplah, cukuplah Pakatan Rakyat mendabik dada akan kekuatan mereka. Kepada BN, janganlah terlalu bergembira akan kemenangan ini.

Kepada Sultan Perak, penulis amat menghormati titah dan perintah Tuanku. Kepada rakyat Perak, hormat dan sanjungilah kerajaan baru ini. Alhamdulillah!

Posted in , , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Penyokong PR BIADAP! Hina Sultan!

Sila Klik SINI

Posted in , , | 9 Comments
Jom komen di Facebook!

DAULAT TUANKU - Jangan Hina Sultan Kami!!


KAMI, RAKYAT MALAYSIA MENGORMATI PERKENAN TUANKU UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN BARU NEGERI PERAK,

KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PENJILAT PAKATAN RAKYAT, JANGAN HINA RAJA DAN INSTITUSI KESULTANAN MELAYU!

LIHAT KOMEN - KOMEN MENGHINA :

shamil said...

TAhniah Sultan Perak ! Semoga sultan lebih bnyak dpt kekayaan dr BN ! Patik Rakyat Jelata hanya dapat najis tuanku ! ampun tuanku beribu-ribu ampun. sembah patik harapdiampun


SUMBER : PERISIK RAKYAT
PEWARISMELAYU : MARI KITA DAKWA BUDAK MENTAH INI DAN AJAR SIKIT MENGHORMATI KETUA BANGSA DAN AGAMA KITA.

BANYAK LAGI KOMEN YANG MENGUTUK SULTAN KITA, SILA KE SINI DAN SINI

SEKALI LAGI, JANGAN SESEKALI ANDA MENHINA SULTAN DAN INSTITUSI KESULTANAN MELAYU MALAYSIA!! AWAS!!

Posted in , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .