Calon Pas senarai 20 masalah di Merlimau! Wah, bagusnya!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Tergerak hati penulis nak tulis pasal calon Pas di Merlimau, Yuhaizat Abdullah yang menyenaraikan permasalahan orang Merlimau ketika berkempen di PRK Merlimau.

Ada banyak point yang penulis boleh tulis disini, tetapi baca dulu senarai masalah penduduk merlimau yang di senaraikan oleh parti sesat itu :

1.Kekurangan lampu jalan Ayer Merbau dab Jasin Lalang

2.Keperluan lampu isyarat persimpangan masuk kampung Ayer Merbau

3.Penduduk Taman Sri Chin Chin mendakwa kadar cukai pintu tinggi

4.Penduduk di Pengkalan Samak (Solok Pengkalan Samak) dan Ayer Merbau tidak dibaik pulih. Kelemahan prasarana ini juga mengakibatkan banjir kilat sering berlaku di Ayer Merbau

5.Longkang dan perparitan yang tersumbat di Taman Debunga (Pengkalan Samak) dan Permatang Serai yang longkangnya tiak diselenggara (dipenuhi rumput).

6.Rumah terbiar dan persekitaran yang kotor di Merlimau Utara. Ini membimbangkan penduduk yang terancam dengan penyebaran denggi.

7.Penduduk Jasin Lalang tidak mempunyai dewan serbaguna

8.Pendudk Kampung Ayer Merbau memohon pembinaan semula balai raya yang kini telah rosak dan terlalu kecil bagi menampung keperluan penduduk.

9.Kemudahan jalan yang tidak diturap dan dinaik taraf.

10.Permohonan untuk mendapatkan kelengkapan khemah yang tidak dipenuhi di Ayer Merbau dan Chin Chin.

11.Waktu pungutan sampah yang tidak sesuai di Permatang Serai

12.Pokok yang dipotong oleh Majlis Perbandaran Jasin tidak dibersihkan di Taman Muhibah dan Merlimau Pasir

13.Keluarga dan individu miskin, orang kurang upaya, sakit yang memerlukan bantuan di Chin Chin, Merlimau Pasir dan Taman Muhibah.

14.Masalah pencemaran Sungai Merlimau

15.Tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan tidak diganti semula

16.Tidak berpuas hati dengan sistem saman ekor.

17.Peningkatan kes jenayah terutamanya kecurian motosikal

18. Harga rumah di Merlimau yang mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk.

19.Kaum India menghadapi masalah peluang pekerjaan, perumahan selepas berkhidmat di ladang dan masalah bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dan Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina(SRJKC)

20.Resah dengan kenaikan harga minyak dan harga barang.

Okey, setelah baca semua 20 masalah orang Merlimau satu sahaja yang penulis nak tanya :

APAKAH YANG YUHAIZAD BOLEH BUAT JIKA MENJADI YB DI MERLIMAU KELAK JIKA MENANG PRU MERLIMAU? ADAKAH ANDA BOLEH SELESAIKAN MASALAH INI DENGAN KADAR SEGERA?

BN DAH MEMERINTAH MELAKA SELAMA 50 TAHUN PUN TAK DAPAT NAK SELESAIKAN MASALAH RAKYAT 100% DAN ADAKAH DENGAN MENGUNDI CALON PAS INI MASALAH AKAN SELESAI?

Pas menang masalah selesai? Hahahaha gelak penulis dengar ayat tu. 3 tahun Pas jadi ahli Pakatan di Pulau Pinang, Pas hanya jadi tunggul dalam Dun Pulau Pinang. Tak ada suara. Macam kayu. Useless!

Selamat mengundi BN wahai penduduk Merlimau! :)

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .