Archive for Oktober 2017

Tiada pihak iktiraf Catalonia – EU


MADRID 29 Okt. - Krisis politik di Catalonia kini memasuki fasa baharu apabila Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani 'masuk campur' dengan menegaskan ti­ada mana-mana pihak yang akan mengiktiraf kemerdekaan wilayah itu.

Beliau turut bertegas bahawa pungutan suara untuk memerdekakan Catalonia daripada Sepanyol adalah tidak sah dan 'kekacauan' politik di wilayah itu perlu dipulihkan segera.

Malah beliau telah memaklumkan kepada pengantara daripada Kesatuan Eropah (EU) iaitu krisis tersebut adalah isu dalaman Sepanyol.

Oleh yang demikian jelas­nya, keputusan Sepanyol untuk meng­adakan semula pilihan raya di Catalonia selepas pemimpin wilayah itu membuat pengisytiharan kemerdekaan sendiri adalah 'perkara paling tepat untuk dilakukan' ketika ini.

"Pilihan raya itu nanti akan membolehkan penduduk Catalonia menentukan kerajaan mana yang mereka mahukan dan semua perkara ini perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan Sepa­nyol.

"Penegasan kita (EU) jelas, tiada mana-mana pihak yang akan mengiktiraf Catalonia sebagai sebuah negara merdeka. Referendum yang dijalankan baru-baru ini bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Pihaknya juga mengharapkan sesi dialog dapat dijalankan bagi menyelesaikan situasi yang dianggap getir itu.

"Ini bukan bermakna EU boleh bertindak sebagai pengantara dalam menyelesaikannya kerana ini isu dalaman negara," tambahnya.

Sementara itu, pemimpin pemisah Catalonia, Carles Puigdemont dalam kenyataan ringkasnya ba­gaimanapun dikatakan akan te­rus berusaha untuk 'membina sebuah negara yang bebas' yang dipercayai merujuk kepada proses memerdekakan Catalonia.

Stesen penyiar wilayah, TV3 turut memaparkan rakaman pe­mimpin pemisah Catalonia itu berucap di atas podium dengan berlatarbelakangkan bendera Ca­talan dan EU tanpa bendera Sepanyol.

Dalam pada itu, kerajaan Sepanyol didakwa mengalu-alukan penyertaan Puigdemont dalam pilihan raya baharu itu yang dijadual berlangsung pada Disember ini.

Seorang jurucakap kerajaan, Inigo Mendez de Vigo berkata, Puigdemont masih mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam bidang politik walaupun telah disingkirkan dalam menerajui wilayah itu.

"Saya pasti penyertaan Puigdemont dalam pilihan raya itu nanti membolehkan sistem demokrasi dalam kalangan pembangkang dipraktikkan," kata­nya.

Hasil tinjauan yang dijalankan sebuah akhbar tempatan Sepa­nyol, El Pais menunjukkan, lebih ramai penduduk Catalonia iaitu 52 berbanding 43 peratus mahu Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. – AGENSI

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Wanita acu 'pengunci stereng' gigit polis di mahkamah



PETALING JAYA 30 Okt. ― Seorang wanita yang tular di laman sosial berhubung kejadian memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan 'pengunci stereng', hari ini dihukum penjara dua minggu kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan mengingkari arahan Majistret.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhi hukuman itu terhadap Liew Yoke Peng, 43, seorang akauntan, setelah dia didapati bersalah menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkari arahan Nurulhuda supaya senyap ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Dia kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang.

Yoke Peng melakukan kesalahan itu di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi, hari ini mengikut Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947 yang membawa hukuman denda maksimum RM150 atau penjara maksimum tiga minggu.

Kesalahan itu dilakukan semasa prosiding kesnya berhubung kejadian memarahi seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong.

Semasa prosiding itu, Yoke Peng telah meninggikan suaranya terhadap Nurulhuda dan seolah-olah berlawan cakap dengannya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis.
 

Berang dengan tindakan polis itu, wanita berkenaan bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Mahkamah kemudiannya terpaksa menangguhkan prosiding kesnya ke sesi petang kerana wanita itu tidak dapat dikawal.

Sebelum menjatuhi hukuman, Nurulhuda menasihati tertuduh supaya bersikap profesional dan mematuhi peraturan di dalam mahkamah.

"Semua yang ada di dalam mahkamah ini menjalankan tugas masing-masing, termasuk saya dan anggota polis. Kamu tidak boleh sesuka hati menghina kerja kami," kata Majistret itu.

Suami tertuduh merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman terhadap isterinya atas alasan dia gagal meyakinkan wanita itu untuk mendengar arahan mahkamah.

Terdahulu, Yoke Peng yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang penguat kuasa MPSJ di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong pada 1 tengah hari  6 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Insiden itu mula tular di media sosial di mana sebuah video berdurasi satu minit dan 37 saat menunjukkan wanita itu memarahi anggota penguat kuasa MPSJ  sambil mengacukan 'pengunci stereng' dan wanita itu dilihat meninggikan lagi suaranya dan menjawab bahawa dia tidak mempunyai tempat lain untuk meletakkan kenderaannya kerana dia terpaksa membeli makanan untuk suaminya, seorang orang kurang upaya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon oleh Abu Arsalnaa dan menetapkan 24 November untuk sebutan semula kes. ― Bernama



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hina Bugis: Dr. Mahathir enggan mohon maaf


ALOR SETAR 21 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Dr. Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak buat tuduhan kepada orang Bugis, saya buat tuduan kepada orang Bugis yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Jadi tidak perlulah saya minta maaf kerana saya tak kata benda itu," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 PAN di sini hari ini.

Dr. Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini pada Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Ekoran kenyataannya itu pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr. Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr. Mahathir yang menghina keturunan tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf. - UTUSAN ONLINE

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Shafie Apdal nabbed in MACC investigation


KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has been arrested, a day before his 60th birthday and after nearly four hours of questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Shafie, who was arrested at 9pm yesterday, is expected to be taken to the Kota Kinabalu High Court to be remanded today. MACC deputy chief commissioner (operations) Datuk Azam Baki confirmed the arrest.

The Parti Warisan Sabah president arrived at the MACC office at about 5.15pm yesterday, after flying in from Kuala Lumpur, to be questioned over projects implemented during his watch as Rural and Regional Development Minister between 2009 and 2015.

In a white shirt, Shafie Apdal was accompanied by his wife Datin Seri Shuryani Shuaib; Warisan vice-president Datuk Peter Anthony who was detained earlier and released on bail; and their lawyers Martin Tommy and Loretto Padua.

"It's a process of law and we need to give our cooperation. We are not going to obstruct and I know that MACC is just doing its job."

He also said that he was saddened by the detention of his two siblings – Hamid and Yusof – in the investigation but reiterated that MACC was just doing its job.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pelajar hina Sultan Perak didenda RM5,000



IPOH 19 Okt. - Seorang pelajar lelaki tingkatan enam dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah membuat komen yang menghina Sultan Perak di laman sosial.

Majistret Siti Hafizah Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Nor Farhan Burhan, 19, mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan. 

Mengikut pertuduhan, Nor Farhan didakwa memuat naik komen yang bersifat jelek iaitu menghina Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati seseorang melalui laman sosial Twitter miliknya di Bandar Baru Medan di sini pada pukul 10.30 malam 13 Oktober lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kit Siang berjaya ‘tawan’ Mahathir



KUALA LUMPUR 9 Okt. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai diktator paling hebat dalam arena politik negara ini kerana berjaya menawan dan menjinakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, umum mengetahui Dr. Mahathir sebagai ahli politik merupakan individu yang paling sukar untuk dikalahkan tetapi Kit Siang dapat membuatkan Pengerusi Pakatan Harapan itu menjejakkan kaki ke Ibu pejabat DAP baru-baru ini.

"Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun berkuasa dalam UMNO, Kit Siang belum pernah jejakkan kaki ke Ibu pejabat UMNO.

"Tetapi Kit Siang berjaya buat Dr. Mahathir cium pejabat DAP dan ini merupakan tanda bahawa Kit Siang telah berjaya tawan Dr. Mahathir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Bicara Minda dan Sesi Dialog: Perjuangan Untuk Semua anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Yang turut menjadi panel dalam sesi dialog tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Baru-baru ini Dr. Mahathir buat pertama kali menjejakkan kaki ke Ibu pejabat DAP di sini.

Kehadiran Dr. Mahathir ke bangunan tersebut adalah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Menerusi gambar dimuat naik dalam laman Facebook DAP, Dr. Mahathir dilihat duduk berlatarbelakangkan logo parti itu dan bersebelahan dengan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tiga Ketua Pemuda pula ditahan SPRM

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Siasatan kes penyelewe­ngan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang membabitkan kerugian RM1.5 bilion semakin hangat dengan penahanan tiga Ketua Pemuda daripada dua parti politik hari ini.

Menurut sumber, tiga individu terbabit merupakan Ketua Pemuda daripada Parti Warisan Sabah (Wari­san) dan juga Ketua Pemuda dua bahagian UMNO di Sabah.

"Dua daripada mereka ditahan kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Kota Kinabalu manakala seorang lagi ditahan di Pejabat SPRM Tawau," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Penahanan tiga individu tersebut menjadikan jumlah tangkapan berhubung kes penyelewengan dana peruntukan kerajaan dari 2009 hingga 2016 itu sebanyak enam orang setakat ini.

Kesemua dana ber­kenaan dipercayai diseleweng daripada dana projek infrastruktur rakyat seperti pembinaan jalan raya, bekalan air dan elektrik di Sabah yang disalurkan melalui lebih 60 syarikat proksi.

SPRM Khamis lalu menahan tiga individu iaitu Naib Pre­siden Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony, 46; bekas Timbalan Setiausaha Bahagian kementerian, Norhartarty Rahmat, 40; dan ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, bagi membantu siasatan kes tersebut.

Lanjutan daripada penahanan itu, SPRM membekukan sembilan akaun membabitkan wang berjumlah RM180 juta.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kit Siang sembunyikan niat sebenarnya - Salleh Said



KUALA LUMPUR 10 Okt. - Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan bijaknya telah mengetepikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan tertinggi itu dan mempergunakan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melindungi tujuan politik sebenar beliau.

"Sebab itulah Dr. Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi Perdana Menteri, beliau akan jadi orang pertama menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan Kit Siang," katanya menerusi sskeruak.blogspot.my. hari ini.

Salleh Said yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, di sebalik penafian Kit Siang, beliau tidak dapat menyembunyikan hakikat yang beliau adalah pemimpin de facto (sebenar) dan DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan.

"Ini bermakna beliau yang memutuskan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan selaku pemimpin de facto parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk perdana menteri ialah Kit Siang sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, sejarah Pakatan banyak menunjukkan bahawa Kit Siang dan bukan Pakatan yang membuat keputusan.

"Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian dan Kit Siang juga yang putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan PAS sekalipun PKR tidak mahu.

"Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri," kata Salleh. - BERNAMA

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .