Hina Bugis: Dr. Mahathir enggan mohon maaf


ALOR SETAR 21 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Dr. Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak buat tuduhan kepada orang Bugis, saya buat tuduan kepada orang Bugis yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Jadi tidak perlulah saya minta maaf kerana saya tak kata benda itu," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 PAN di sini hari ini.

Dr. Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini pada Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Ekoran kenyataannya itu pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr. Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr. Mahathir yang menghina keturunan tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Hina Bugis: Dr. Mahathir enggan mohon maaf

  1. MAHATHIR SANGKA ORANG2 MELAYU MUDAH LUPA. SEBENARNYA ORANG2 MELAYU RAJA2 KETUANAN MELAYU TIDAK PERNAH LUPA. SEMUA DOSA2 MAHATHIR SELAMA 22 TAHUN JADI "MAHA FIRAUN" TERSANGAT BANYAK...

    SILA MASUK BLOG ELIAS HJ IDRIS :

    - DR MAHATHIR KAMBING-HITAMKAN SIAPA SAJA
    - SALAH LAKU DIZAMAN MAHATHIR
    - PETRONAS IS MAHATHIR CASH COW
    - TUNKU : MAHATHIR KHIANATI SAYA
    - MAHATHIR PUNCA TRAJEDI BERDARAH DISABAH
    - DAN LAGI BANYAK LAGI....

    SETELAH MENGHINA KETURUNAN RAJA2 & KETUANAN MELAYU... MAHATHIR PENDATABG HARAM DARI NEGARA SAMIRI INDIA PURA2 LUPA.. KINI MAHATHIR SANGGOP PULA JADI PEMBELOT BEKERJASAMA DGN DAP DLL UTK GULINGKAN KERAJAAN SEDIADA....

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .