Archive for Mac 2018

Ucapan menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor oleh YAB Abdul Khalid Ibrahim

YAB Abdul Khalid Ibrahim

1) Memandangkan Speaker telah memutuskan hanya satu wakil dari parti politik sahaja yang dibenarkan berbahas Titah Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor di dalam Dewan dan saya selaku Adun Bebas tidak diberi peluang maka saya terpaksa mengemukakan pendapat saya di akaun media sosial untuk manfaat kita bersama.

2) Saya menjunjung kasih ke atas Titah Tuanku Sultan dan mengambil berat nasihat Tuanku supaya dipercepatkan penyusunan industri air Selangor untuk dimuktamadkan. Walau apapun alasan bagi kelewatan menyelesaikan proses pengambilan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), ianya telah pun merugikan rakyat serta memberi kesan buruk kepada pengurusan dan perkhidmatan air Selangor.

3) Mengikut kiraan kasar saya, kelewatan ini telah memberi beban tambahan berjumlah RM2 bilion kepada rakyat Selangor yang akhirnya akan terpaksa dibayar melalui kenaikan tariff air.

4) Saya percaya DYMM Tuanku – yang telah menitah agar Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan pengambilalihan SPLASH, pastinya akan meminta penjelasan yang munasabah sebelum membenarkan beban tambahan dikenakan kepada rakyat.

5) Saya suka mengingatkan rakyat Selangor bahawa di bawah pentadbiran saya, Selangor telah berjaya mengambilalih tiga syarikat konsesi iaitu Syabas, Abbas dan Punchak Niaga. Hanya SPLASH sahaja yang masih gagal diambialih kerana syarikat tersebut menuntut tawaran pampasan yang lebih tinggi dari tawaran yang saya lakukan pada 2014.

6) SPLASH turut mengatakan tawaran pampasan bahagian ekuiti dalam tawaran terakhir Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah dipotong hampir RM2 billion dan berlaku ketidakadilan kepada pemegang konsesi tersebut.

7) Hakikatnya, di setiap tiga tawaran terakhir bertarikh 20 Februari 2013, 21 November 2013 dan 26 Februari 2014, bukan sahaja nilai tawaran keseluruhan konsisten sebanyak RM9.65 billion, malah pampasan bahagian ekuiti jika digabungkan bagi Puncak Niaga dan Syabas kekal sebanyak RM1.55 billion tanpa sebarang peningkatan manakala bagi SPLASH juga tidak berubah langsung sebanyak RM251 juta. Liabiliti berkaitan air yang bakal diambilalih juga kekal sama sebanyak RM4.039 billion bagi Puncak Niaga dan Syabas jika digabungkan serta RM1.584 billion bagi SPLASH pada ketiga-tiga tawaran terakhir tersebut.

8) SPLASH juga mempertikaikan metodologi penilaian yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri iaitu pulangan ekuiti tahunan tanpa dikompaun pada kadar 12% dan bukannya kaedah "discounted cash flow" (DCF) atau kaedah "net asset value" (NAV) iaitu nilai aset bersih yang lazimnya menjadi pilihan bagi mentaksir nilai saksama pampasan dalam pengambilalihan syarikat.

9) Hakikatnya, metodologi yang kita guna yakni pulangan ekuiti 12% setahun bukan kita ambil dari langit tetapi merupakan metodologi yang wujud di dalam satu klausa Perjanjian Penswastaan itu sendiri. Maka, menggunapakai kaedah ini konsisten dengan terma dan syarat Perjanjian tersebut dan selari dengan konsep mengekalkan "kesucian" kontrak yang sah di sisi undang-undang. Pengambilan ke atas ketiga-tiga syarikat konsesi lain telah menggunakan metodologi ini. Maka adalah tidak adil dan tidak munasabah sekiranya kaedah yang tidak seragam digunapakai untuk memenuhi permintaan mana-mana syarikat konsesi air tertentu (SPLASH).

10) Walau bagaimanapun nampaknya pendekatan tersebut seperti dikompromi oleh pentadbiran kerajaan negeri dan kita dimaklumkan melalui media kerajaan, Selangorkini kerajaan negeri telah bersetuju untuk menawarkan sejumlah RM2.7 billion bagi mengambilalih ekuiti syarikat SPLASH. Ini bermakna tawaran ini melebihi 10 kali ganda dari tawaran asal yang telah dipersetujui di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan di dalam Perjanjian Utama ketika memuktamadkan proses penstrukturan semula industri air di Selangor.

11) Apabila saya mempersoalkan keputusan kerajaan negeri tersebut YAB Menteri Besar telah membuat tohmahan kononnya saya juga telah pada tahun 2009 membuat tawaran sebanyak RM2.92 billion kepada SPLASH bagi nilai ekuiti syarikat tersebut. Nampaknya Menteri Besar keliru lagi mengelirukan. Hakikatnya tawaran RM2.92 billion yang saya tawarkan kepada SPLASH pada 2009 adalah jumlah keseluruhan pengambilan syarikat bukan setakat ekuiti sahaja.

12) Justeru alasan atau justifikasi kerajaan negeri bahawa saya juga telah pada 2009 menawarkan sejumlah RM2.92 billion bagi nilai ekuiti adalah terpesong dan sengaja mahu mengelirukan rakyat. Tambahan pula setiap tawaran yang dilakukan kerajaan negeri akan dengan sendirinya terbatal sekiranya terdapat pemegang konsesi yang menolak tawaran dan jika ianya tamat tempuh yakni selepas 14 hari ianya ditawarkan.

13) Kerajaan Negeri selain gagal memberi tumpuan kepada kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor, malah telah menyokong tuntutan pemegang konsesi dan secara tidak langsung menuduh saya berlaku tidak adil atau lebih keras lagi zalim kepada SPLASH kerana menawarkan nilai ekuiti sebanyak RM250 juta.

14) Saya menegaskan bahawa asas penstrukturan semula syarikat air adalah kerajaan negeri hendaklah membuat tawaran yang munasabah dan tiada mana-mana syarikat akan mengalami kerugian dari pelaburan yang telah mereka lakukan di dalam industri tersebut. Saya menegaskan tawaran kepada SPLASH adalah berpatutan, tidak merugikan syarikat dan pada masa yang sama demi menjaga kepentingan rakyat.

15) Untuk makluman, pada 2013 tanggungan SPLASH berjumlah RM1.58 billion, oleh itu dengan tawaran ekuiti sejumlah RM2.7 billion, ini bermakna kerajaan negeri sanggup menawarkan sejumlah RM4.2 billion (RM2.7 + RM1.58 ) kepada SPLASH dan jumlah tersebut melebihi harga siling penstrukturan semula industri iaitu RM9.65 billion.

16) Apa yang merunsingkan saya ialah kerajaan negeri tidak menyatakan dari manakah wang lebihan tawaran ekuiti berjumlah RM 2.45 billion (RM2.7 billion tolak tawaran asal RM250 juta) akan diperolehi. Ada kemungkinan wang rizab Selangor yang berjumlah RM3.2 billion akan digunakan sedangkan kos pembinaan Loji Labuhan Dagang berjumlah RM800 juta juga akan menggunakan wang rizab tersebut. Jika ini benar-benar berlaku nampaknya wang rezab Selangor akan kembali seperti sebelum 2008.

17) Seperkara lagi saya juga amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa Selangor telah melantik Jurunilai Bebas untuk membuat penilaian aset SPLASH malangnya nilaian tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan tidak mahu membayar lebih dari yang termaktub di dalam Perjanjian Utama yang ditandatangani sebelum ini iaitu RM9.65 billion. Adalah tidak wajar bagi Kerajaan Negeri memanggil penilai lain untuk melakukan penilaian semula. Sesungguhnya itu bukan peranan kerajaan negeri dan tindakan tersebut menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri mempunyai kepentingan dan berusaha keras untuk menambah harga tawaran dan dilihat seperti mahu memperkayakan pemegang konsesi.

18) Saya tegaskan di sini di dalam Perjanjian Utama yang ditandatangani ada memperuntukkan bahawa mana-mana Syarikat konsesi yang tidak berpuas hati dengan tawaran kerajaan negeri maka mereka berhak merujuk perkara tersebut kepada Badan Timbang Tara Antarabangsa bagi mendapatkan keadilan. Saya begitu hairan mengapa kerajaan negeri yang beriya-iya memperjuangkan kepentingan syarikat konsesi sehingga sanggup meminda tawaran 10 kali ganda dari tawaran asal.

19) Saya tetap mempertahankan pandangan saya bahawa kerajaan negeri Selangor tidak boleh membuat tawaran melebihi dari apa yang telah dibuat pada 2014 dahulu. Sebarang usaha untuk membayar lebih dari yang ditetapkan merupakan pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kita.

20) Berdasarkan perbualan saya dengan YAB Menteri Kewangan dan YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan hanya bersedia menunaikan janji membiayai kos pengambilalihan pada harga RM9.65 bilion selari dengan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada 2014. Justeru, jika ada sebarang kenaikan harga maka ianya akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri sendiri.

21) Maka di situlah bermulanya kelewatan, dalam pada kerajaan negeri mahu membayar lebih kepada SPLASH tetapi meminta kerajaan persekutuan menampungnya. Jika Kerajaan Negeri meneruskan hasrat untuk membayar lebih kepada SPLASH, pastinya rizab simpanan Kerajaan Negeri Selangor sejumlah RM2 bilion akan menjadi korban.

22) Saya juga ada mendengar kerajaan Negeri juga bercadang mengeluarkan bon hutang air untuk membiayai pembayaran lebih kepada SPLASH. Tetapi ini hanya boleh berlaku jika Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran. Apa-apapun caranya, hutang Negeri Selangor akan bertambah sekurang-kurangnya RM2 bilion dan seperti yang saya sebut tadi, tariff air pastinya perlu dinaikkan bagi menampung tambahan kos.

23) Pada hemat saya titah nasihat DYMM Tuanku tentang isu air ini perlu disambut oleh Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan yang telus, amanah dan bertanggungjawab.

24) Saya menggesa agar keputusan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan dihebahkan agar rakyat memahami proses dan keputusan yang dibuat. Terdapat keperluan untuk menyiasat mengapa terdapat kelewatan dalam pelaksanaan penyusunan semula industri air Selangor.

25) Berkenaan hal ini, kita perlu bertanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kenapa kuasa/lesen pembersihan air tidak diberi sepenuhnya Kerajaan Negeri.  Ini adalah kerana kuasa ini penting untuk mempercepatkan proses pengambilalihan ekuiti SPLASH.

26) Kepentingan Kerajaan Negeri perlulah tertumpu kepada keadilan untuk rakyat. Pastinya syarikat konsesi juga perlu memperolehi keuntungan dalam peniagaan tetapi pulangannya perlulah berpatutan serta sepadan dengan risiko perniagaan yang dipikul. Apa pun keuntungan yang diperolehi oleh SPLASH, Kerajaan Negeri perlu hebahkan cara pelaksanaan dan pengiraan yang dibuat.

27) Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab memastikan syarikat konsesi tidak menikmati keuntungan berlebihan selari dengan konsep pertanggungjawaban dalam menjalankan amanah rakyat. Jika tidak, bukan sahaja Kerajaan Negeri akan dipertanggungjawabkan malah pastinya akan timbul fitnah bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri bertindak demi keuntungan syarikat konsesi hingga menekan rakyat Selangor.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Penang Govt Broke 51 Promises



(NST) – The DAP-led Penang government has gone back on its word many times since it came into power in 2008.

The state government has broken 51 promises — nine in 2008, seven in 2009, three in 2010, four in 2011, five in 2012, 11 in 2013, four in 2014, five in 2015 and three in 2016.

The promises were made through its election manifesto.

State Barisan Nasional has been keeping track of what was promised, especially in the areas of public transportation, infrastructure, tourism and environment.

State BN chairman Teng Chang Yeow said this showed that the DAP-led government was not committed to keeping the promises.

This, he said, was despite the announcements by Chief Minister Lim Guan Eng and state executive council members during the State Legislative Assembly sittings.

"The burning question is, when will these promises be fulfilled, if at all? Does the state government need another five or 10 years to implement them?

"These promises were made to blind the eyes and shut the mouths of the people. Indeed, the credibility of the state government is at stake and it must come clean.

"People must realise that the state government's promises are sweet, but do not translate into reality," he said in an exclusive interview with the New Straits Times Press recently.

Among the promises made were to gazette the Pulau Jerejak forest reserve, protect the environment, uphold the freedom of press, gazette the Penang Heritage Enactment and resolve flood woes.

On Pulau Jerejak, a developer recently unveiled the island's redevelopment master plan, which covered the construction of a bridge connecting Pulau Jerejak with the mainland, 1,200 residential units, special port for yachts and boats, and four- and five-star hotels. Also included were a theme park, a 11.5km bicycle lane and other infrastructure to boost tourism.

In 2016, the state government was alleged to have delayed efforts to gazette Pulau Jerejak as a permanent forest reserve since it took office in 2008.

Conservationists have accused the DAP-led government of lacking political will in enforcing its heritage enactment, which has led to the loss of heritage buildings, such as the Runnymede bungalow.

Despite being empowered to protect heritage buildings through the 2011 Penang Heritage Enactment, the state government, conservationists said, had dragged its legs on its implementation.

Teng said the state government also failed to develop 20,000 affordable homes in Bandar Cassia, Batu Kawan, an underground train system, reintroduce tram services and provide a monorail system connecting the island and mainland.

Teng said Penangites should take note of these empty promises and give BN a chance in the 14th General Election (GE14).

"Its success story is mainly on the sale of state land apart from being more pro-developer instead of defending the welfare of the people.

"The state continues to be plagued by issues, such as traffic congestion, floods, landslides, and failure of the people to own homes."

Penang witnessed one of its worst natural disasters last October when 11 people were killed following a landslide at a construction site in Tanjung Bungah.

A Commission of Enquiry is determining the cause of the landslide.

Just a month later, the state saw the worst flooding in its history, which crippled nearly 80 per cent of the state. That incident brought to 120 the total number of floodings in the state since 2013.

Teng said the state BN manifesto for GE14 included addressing the unfulfilled promises by the state government.

"We will focus on public transportation, infrastructure, environment and tourism."

 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tuan Dan Puan AG, Anda Nak Teruskan Berperang?

Anda perlu tau apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes salah laku yang jelas, anda menutup kedua-dua belah mata. Kemudian anda membuat cerita tentang jenayah yang tidak wujud. Saya nak lihat apa yang anda akan lakukan terhadap kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakannya sebagai NFA seperti apa yang saya syaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau adakah kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang merupakan berita palsu mengikut hemat anda?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Adalah satu yang sangat menarik apabila, meskipun saya telah berhenti menyerang anda, nampaknya anda masih juga berterusan menyerang saya. Nampaknya anda masih menyimpan dendam dan tak habis geram. Anda harus faham bahawa ini adalah politik. Jika anda memilih untuk menyerang, maka anda mesti bersedia menerima serangan balas. Seperti pepatah Inggeris yang mengatakan, jika tak boleh tahan panas, keluarlah dari dapur. Anda tak pernah dengar ke 'semua adalah adil dalam cinta dan peperangan'?

Empat bahagian cerita yang saya panggil 'The RPK Chronicles' itu adalah satu bacaan yang menarik jika pembacanya adalah penggemar karya fiksyen. Anda mulakan bahagian pertama dengan memanggil saya pengecut. Tetapi anda yang tidak meletakkan nama anda pada artikel tersebut, sedangkan semua artikel saya tertulis nama saya. Jadi siapa pengecut di sini apabila anda yang baling batu dan sorok tangan?

Kemudian anda kata saya boleh dibayar atau saya adalah tentera upahan. Jahabar Sadiq pun dibayar. Adakah anda fikir beliau akan bersedia untuk menubuhkan dan menguruskan The Malaysian Insight jika RM50 juta yang diperlukan untuk menguruskan portal itu selama lima tahun perlu datang dari saku beliau sendiri? Malah Penguam Negara sendiri tidak akan mahu bekerja sebagai Peguam Negara jika mereka tidak dibayar apa-apa gaji. Lebih baik mereka membuat banyak wang bekerja dengan agensi swasta daripada bekerja untuk Kerajaan secara percuma.

Adakah anda mengatakan bahawa Jahabar tidak dibayar banyak wang yang banyak untuk menulis?

Jadi, melainkan jika anda telah menyumbangkan seluruh gaji anda selama 40 tahun yang lalu kepada badan amal dan tidak pernah mengambil satu sen pun dari wang yang diperolehi daripada pekerjaan anda, maka anda tidak layak untuk bercakap tentang orang lain yang bekerja untuk wang. Imam masjid dan paderi di gereja dan kuil juga dibayar wang. Adakah anda fikir mereka melakukan fisabilillah atau bekerja demi Tuhan secara percuma? Tunjukkan kepada saya satu orang yang bekerja secara percuma dan makan melalui sisa makanan di dalam tong sampah, dan saya akan tunjukkan kepada anda seorang yang bodoh.

Semua blogger dibayar. Hussein Abdul Hamid dibayar. Clare Rewcastle Brown dibayar. Jahabar Sadiq dibayar. Malah, ANDA juga dibayar. Jadi, apa isunya di sini? Sekiranya anda ingin menjatuhkan saya, pilihlah isu dan topik yang berbeza untuk digunakan. Saya tidak pernah kata yang saya bekerja secara percuma, kan? Jadi mengapa cerita pasal benda ni?

Adakah anda mengatakan bahawa Clare juga tidak dibayar dengan wang yang banyak untuk menulis?

Anda kata saya adalah alat atau instrumen terhadap perbalahan di dalam UMNO. Dan anda banyak bercakap tentang perbalahan ini dalam bahagian ke-empat. Sekali lagi, apa isunya? Perbalahan di dalam UMNO bermula sejak akhir 1940-an lagi. Dari situlah bagaimana PAS, parti perpecahan UMNO, dibentuk pada tahun 1951 dan dari situ jugalah kenapa Onn Jaafar, pengasas UMNO, meninggalkan parti tersebut pada tahun yang sama.

Tunku Abdul Rahman kemudian mengambil alih sebagai pemimpin parti dan beliau dicabar oleh kumpulan sayap kiri atau sosialis, dan Tunku menang, tetapi hanya dengan satu undi. Jadi UMNO hampir terkubur di tangan sosialis dengan hanya satu undi.

Dua puluh tahun kemudian, mereka sekali lagi mencabar Tunku, tetapi kali ini oleh kaum nasionalis Melayu. Ia berakhir dengan 13 Mei. Sejak itu, UMNO telah melihat pelbagai perbalahan dalaman, sehingga hari ini.

Mahathir yang mencetuskan perbalahan di dalam UMNO sejak tahun 1960 hingga ke hari ini

Cara anda bercakap seolah-olah anda tidak tahu tentang sejarah UMNO. Bukan hanya UMNO, malah parti-parti seperti DAP, PKR, PAS, MCA, MIC, dan lain-lain lagi, telah menyaksikan banyak perbalahan di dalam parti masing-masing. PAS malah telah berpecah empat kali. Pertama sekali PAS berpecah dari UMNO, kemudian ia berpecah dengan pembentukan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), selepas itu Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) dan sekarang Parti Amanah Negara (PAN).

Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu tentang sejarah PAS, jadi saya faham jika anda juga jahil dalam perkara ini, walaupun sebagai orang Kelantan anda wajib tahu. Adakah anda fikir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan DAP tidak mengalami perbalahan yang serius sekarang ini? PPBM berpecah kepada kumpulan pro-Mahathir dan pro-Muhyiddin dan inilah punca kepada pendaftaran PPBM disabotaj. Mereka dengan sengaja cuba mendapatkan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran PPBM.

Sehubungan itu, perbalahan di dalam UMNO bukanlah satu isu yang perlu dibincangkan. Malah perbalahan dalaman UMNO yang terbaru adalah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjadikan anaknya, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri. Jadi, jika anda bertegas bahawa kita perlu bercakap tentang perbalahan di dalam UMNO, maka mengapa anda tidak menyebut punca kepada pertengkaran tersebut? Mengapa hanya menyebut tentang perbalahan di dalam UMNO tanpa menyebut sebabnya? Jangan takut! Beritahu kami apa sebab dan punca perbalahan di dalam UMNO tersebut berlaku.

Anda mengatakan bahawa saya adalah alat yang digunakan oleh mereka yang terlibat dalam perbalahan UMNO. Kalau iya pun, kenapa? Bukankah Hussein Abdul Hamid, Clare Rewcastle Brown, Jahabar Sadiq dan yang lain-lain juga adalah alat kepada seseorang? Jangan jadi jalang yang memanggil wanita lain jalang. Ia membuat anda kelihatan bodoh.

Saya tahu ramai yang mengatakan bahawa Raja Petra al Haj Bin Raja Kamarudin adalah blogger utama Perdana Menteri. Dalam kes ini, jika saya memang blogger utama Najib, saya berbangga dengannya. Jadi, samanlah saya!

Dalam bahagian kedua anda mengatakan bahawa saya menyebarkan berita palsu. Artikel mana yang saya tulis merupakan berita palsu? Beritahu saya!

Adakah kisah tentang RM42 bilion wang 1MDB YANG TIDAK hilang merupakan satu berita palsu?

Saya kata, RM42 bilion wang 1MDB TIDAK hilang seperti yang didakwa oleh Mahathir dan rakan-rakan Pakatan Harapannya. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah mengenai AP yang dikeluarkan oleh Rafidah bernilai lebih RM40 bilion merupakan satu berita palsu?

Saya kata, Rafidah Aziz adalah 'Pemaisuri AP' yang mengeluarkan AP bernilai lebih RM40 bilion apabila beliau menjadi Menteri Perdagangan selama 21 tahun, seperti kata Anwar Ibrahim. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah tentang Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri merupakan satu berita palsu?

Saya kata, Mahathir mahu Muhkriz menjadi Perdana Menteri, sebab itulah dia bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO dan kerusi Naib Presiden UMNO. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah tentang Ho Kay Tat meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana pembiayaannya datang satu berita palsu?

Saya kata, Ho Kay Tat dari The Malaysian Insider telah meminta Jahabar Sadiq untuk mengisytiharkan dari mana datangnya wang tang beliau ada untuk membiayai The Malaysian Insight, namun ianya tidak pernak dilaksanakan. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah tentang Clare yang tidak dapat menunjukkan mahkamah bukti bahawa Najib telah membayar Hadi RM90 juta satu berita palsu?

Saya kata, Clare Rewcastle Brown sehingga hari ini masih belum dapat mengemukakan bukti kepada mahkamah bahawa Najib membayar Presiden PAS Abdul Hadi Awang RM90 juta. Adakah itu satu berita palsu?

Adakah kisah mengenai hubungan sulit Muhyiddin Nika Gee satu berita palsu?

Saya kata, Muhyiddin Yassin mempunyai hubungan sulit dengan Nika Gee, seorang wanita yang sudah berkahwin. Adakah itu satu berita palsu?

Saya boleh teruskan lagi, namun saya percaya bahawa anda dan pembaca lain faham apa yang saya cuba sampaikan. Ramai orang seperti anda yang berkata bahawa saya menyebarkan berita palsu. Jika apa yang saya katakan adalah berita palsu, maka apakah kebenarannya? Hari ini, Mahathir telah mengaku bahawa beliau menggunakan media asing untuk menyerang Najib, UMNO dan Malaysia. Apabila saya menulis tentang perkara ini tiga tahun lalu, mereka mengatakan bahawa ia satu berita palsu. Hari ini Mahathir sendiri mengakuinya.

Anda juga mendakwa bahawa saya dan keluarga saya mempunyai dua kewarganegaraan. Anda tahu saya dilahirkan di UK pada tahun 1950. Jadi, atas dasar tersebut, saya mempunyai "Right of Abode (RoA)", iaitu hak untuk menetap di UK. Keistimewaan ini juga terpakai kepada anak-anak dan cucu-cucu saya. RoA bukan automatik, ia perlu dipohon dan akan tertera di dalam pasport Malaysia. Maksudnya, saya adalah warganegara Malaysia dan menggunakan pasport Malaysia, tetapi boleh menikmati hak dan keistimewaan seperti yang diberikan kepada rakyat British.

Malaya diberikan kemerdekaan pada tahun 1957 dan semua yang dilahirkan di koloni atau wilayah British sebelum kemerdekaan juga boleh mendapat RoA. Jadi, jika anda dilahirkan di Pulau Pinang, Prai atau Melaka sebelum tahun 1957, anda juga boleh mendapatkan RoA. Bagi Sabah, Sarawak dan Singapura adalah tahun 1963, Brunei 1984, dan Hong Kong 1997. RoA tidak layak dipohon oleh orang-orang dari Negeri-negeri Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Selangor dan Kelantan kerana mereka tidak dianggap sebagai koloni jajahan British.

Adakah Wan Saiful akan hilang kelayakan untuk bertanding PRU14?

Wan Saiful Wan Jan dari PPBM mungkin juga mempunyai RoA dari UK kerana beliau pernah tinggal di UK untuk beberapa waktu dan juga bertanding di dalam pilihan raya di sana. Besar kemungkinan beliau akan bertanding di dalam PRU14, tetapi sama ada pencalonannya dalam pilihan raya di UK akan membuat beliau hilang kelayakan untuk bertanding PRU14 atau tidak, adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dilihat.

Ramai bekas pelajar dari UK, yang kini berada di dalam Pakatan Harapan, juga telah mengundi di dalam pilihan raya di UK dan sekarang mereka memegang jawatan dalam pembangkang atau dilantik sebagai wakil rakyat, atau bakal bertanding di PRU14. Mungkin anda ingin memaklumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai perkara ini, daripada risau tentang RoA saya.

Dalam bahagian keempat, anda menyerang Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, dan memanggilnya orang yang tidak bermoral. Anda juga mengutuk Pengerusi Felda, Shahrir Samad. Ini adalah dua orang yang banyak melakukan kebaikan tetapi anda menyerang mereka. Kenapa anda tidak menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Azmin Ali?

Adakah Azmin akan dipenjara di atas kesalahan beliau atau beliau telah membayar orang-orang yang berkenaan?

Guan Eng dan Azmin telah terlibat dengan banyak skandal. Azmin dikatakan terlibat dalam skandal tanah Ijok bernilai RM700 juta dan skandal SPLASH bernilai RM600 juta. Kemudian beliau juga terlibat dengan skandal perlombongan pasir, yang membawa kepada nilai sogokan untuk ketiga-tiga skandal ini sahaja kepada lebih RM1.5 bilion.

Azmin dikatakan telah bertemu dengan seseorang yang sangat berkuasa di UK pada cuti Krismas dan Tahun Baru yang lepas untuk berunding pembayaran sebanyak RM100 juta bagi menutup kes Ijok. Adakah tahu tak siapa orang itu? Saya yakin perkara ini lebih penting, berbanding menyerang seseorang yang jalan berpegangan tangan dengan seorang janda atau duda. Setuju tak? Atau anda tidak setuju?

Anda perlu tahu apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes kejahatan yang jelas, anda dapat menutup kedua-dua mata. Kemudian anda mengarang jenayah apabila tidak ada. Marilah kita lihat apa yang anda lakukan dengan kes terowong bawah laut Ijok, SPLASH dan Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakan NFA seperti saya mengesyaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau terowong bawah laut Ijok, SPLASH dan Pulau Pinang semata-mata hanyalah berita palsu oleh piawaian anda?

Anda perlu tau apakah keutamaan anda. Apabila terdapat satu kes salah laku yang jelas, anda menutup kedua-dua belah mata. Kemudian anda membuat cerita tentang jenayah yang tidak wujud. Saya nak lihat apa yang anda akan lakukan terhadap kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang. Adakah anda akan menutup fail dan menandakannya sebagai NFA seperti apa yang saya syaki akan berlaku? Buktikan saya salah jika anda berani. Atau adakah kes Ijok, SPLASH dan terowong dasar laut Pulau Pinang merupakan berita palsu mengikut hemat anda?


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mahathir hero atau poyo?


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kenyataan balas Prof Kamarul tentang Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM

SAYA TERKUCIL DI DEPAN TUN DR MAHATHIR?

Sejak awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir.

Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya "kita nampak jelas kekuatan Tun M".

Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness, Kevin Zahari, akan ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi.

Malah, beberapa rakan rapat saya yang menyebut mengenai betapa Sinar Harian semakin lama kelihatan semakin kuat menyokong Pakatan Harapan meminta saya tidak menyertai wacana ini kerana bimbang ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan diri saya.

Pada peringkat awalnya, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan menyebabkan saya mengandaikan beliau tidak akan hadir.

Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.

Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.

Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).

Dari sudut legal, saya menyebut Tun Dr Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.

Dari sudut physical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007; beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu di Ipoh pada 3 Disember 2017, di Bentong pada 10 Februari 2018 dan di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018; dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.

Dari sudut genetical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan mengenai purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang tidak lebih tinggi berbanding beliau, iaitu Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002, Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000, Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006 dan Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.

Dari sudut mental, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 20 Disember 2017.

Dari sudut pyschological, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau, kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau terlalu tua dan pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 bahawa Tun Dr Mahathir menyebut tidak mahu bertanding.

Dari sudut moral, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda dari beliau sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan melalui kritikan beliau terhadap Datuk Nik Abdul Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013 serta kritikan beliau terhadap Datuk Seri Anwar dalam The Australian pada 11 April 2016 (yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun).

Selepas dipotong oleh moderator, saya menggunakan kesempatan lain untuk menghujahkan Tun Dr Mahathir tidak mampu dari sudut philosophical dan demographical.

Dari sudut philosophical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan mengenai pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang stressful dan yang diasosiasikan dengan orang muda berbanding orang tua yang diasosiasikan dengan kestabilan.

Dari sudut demographical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2% berbanding penduduk Malaysia berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7% selain mengenai trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015, Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017 dan Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017.

Bila panelis lain menyebut mengenai keterpaksaan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali kerana ketiadaan pemimpin muda berwibawa di Malaysia, saya menyatakan bahawa pindaan ke atas Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula.

Bagaimanapun, saya menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam Ayat 68 Surah Yasin, Ayat 5 Surah al-Hajj, Ayat 54 Surah al-Rum dan Ayat 70 Surah al-Nahl.

Saya juga menggunakan ruang yang ada untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi puppet kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian Pakatan Harapan yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus, termasuk dengan membangitkan beberapa kandungan utama di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai contoh.

Saya juga turut menanyakan beliau satu soalan yang memang sudah lama saya mahu tanyakan sendiri kepada beliau, iaitu apa yang menyebabkan beliau sendiri kini bersedia untuk menjadi Perdana Menteri kembali tatkala beliau sendiri menyebut, pada 21 September 2016, bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau dan tatkala kaji selidik PPBM yang diumumkan oleh Datuk Dr Rais pada 10 Mei 2017 sendiri menyebut bahawa calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah beliau, tetapi Tan Sri Muhyiddin.

Saya berpuas hati dapat menanyakan kedua-dua soalan tersebut secara terus kepada Tun Dr Mahathir, malah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kedua-dua soalan saya ini telah diberikan liputan oleh media massa.

Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir yang, berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, kepada saya selepas majlis itu tamat, memutuskan untuk hadir sendiri ke majlis itu selepas melihat perjalanan wacana itu sejak ia bermula secara live, termasuk tindakan saya yang lantang mengkritik beliau.

Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan kerana jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama di dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton (yang diberi peluang untuk berbicara).

Saya mengharapkan akan ada soalan dari penonton yang akan membolehkan saya mengkritik Tun Dr Mahathir secara berdepan, malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil.

Saya juga merasa terkejut dengan sikap hipokrit Tun Dr Mahathir yang memberikan gambaran positif mengenai tahap kesihatan beliau kepada khalayak, tetapi sewaktu jamuan selepas majlis itu tamat saya mendengar sendiri beliau komplen mengenai jadual ceramah beliau yang ketat, mengenai betapa beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam di dalam sesuatu majlis ceramah kerana sering diletakkan sebagai penceramah terakhir dan sebagainya.

Saya dimaklumkan mengenai pelbagai troll memanjang yang dikenakan terhadap saya oleh para pengikut setia Tun Dr Mahathir, termasuk oleh para pemimpin AMANAH. Paling menarik ialah tindakan dua evangelis Kristian utama DAP, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, menggelakkan saya di laman Facebook mereka.

Tidak mengapa, ada ubi ada batas.

Sumber


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mahathir Sedia Guna Logo DAP


(Suara TV) – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan bertanding menggunakan lambang DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, ia berikutan kemelut yang melanda partinya yang berkemungkinan menyebabkan pendaftarannya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Katanya, beliau bersikap terbuka dan boleh menggunakan mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan (PH) sama ada DAP, PKR atau Parti Amanah Negara (PAN), lapor BH

"Saya terbuka… saya boleh bertanding untuk DAP pun…. mungkin (menjadi) presiden DAP," katanya secara berseloroh pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir itu menyebabkan pemimpin pakatan pembangkang yang menghadiri sidang media berkenaan termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketawa, apabila bekas Perdana Menteri itu secara berseloroh meminta kebenarannya.

Guan Eng sambil tertawa menjawab okey dan berbisik: "Kita teruskan dengan Pakatan (Harapan)".

Mengenai manifesto PAS antaranya membabitkan rakan bukan Islam, Dr Mahathir secara sinis berkata, PAS tidak boleh bercampur dengan masyarakat bukan Islam atau mereka akan menjadi kafir.

"PAS? PAS kalau bercampur dengan bukan Islam dia jadi kafir. Takkan dia boleh… dia tak boleh… dia orang yang pegang pada prinsip, kalau campur dengan kafir jadi kafir," katanya.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN, Mohamad Sabu.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Is BN Ready For The Election?


Lim Sue Goan, Sin Chew Daily

The Robert Kuok incident has sparked skepticism between Umno and MCA, and it is by no means the first time such a row has erupted.

What is worse is that the incident took place just before GE14. It is hoped that things will be put to a rest very soon so as not to hamper grassroots morale.

In 2015, Sungai Besar Umno chairman Jamal Md Yunos called for a rally on Sept 16 to defend the dignity of the Malays. A BN supreme council meeting was convened on Sept 14, and even most BN component party leaders were against the rally, Najib said the coalition decided to allow the rally to go ahead on several conditions.

Unfortunately there were banners calling for the abolition of SJKCs and arguing that Malaysia is the land of the Malays. The protestors even attempted to break into Petaling Street.

Despite all these, PM Najib claimed that the rally was held peacefully, triggering the Pasir Gudang MCA Youth to cut its ties with the prime minister.

Umno leaders subsequently began to attack Pasir Gudang MCA Youth, and Umno Youth chairman Khairy Jamaluddin challenged it to quit BN.

The Robert Kuok incident, I believe, has reawakened the memories of MCA grassroots of the unpleasant past.

On the RUU355 issue, Umno acted against the will of other BN component parties. DPM Ahmad Zahid Hamidi said on March 17 last year that the government would take over the tabling of RUU355 amendment bill, saying while the move could cost Umno some old friends, it had nevertheless won the approval of a "new friend".

The "old friends" failed to square off the issue with Umno, allowing it to continue doing what it wanted.

As for the Robert Kuok incident, even though MCA was aware that this whole thing had been a ploy by the Umno information bureau, they could only target their wrath at Nazri, accusing him of colluding with DAP to undermine the ruling coalition.

Even as Umno leaders tossed harsh criticisms at MCA, thus jeopardizing the BN spirit, they have largely escaped punishments, and in the end when Chinese Malaysians vote against the BN, MCA is to be blamed for it.

The incident will very likely deplete the ruling coalition of the few percent Chinese votes that would have otherwise returned to BN, especially in Johor. It is utterly essential for MCA leaders to understand how the grassroots feel.

As a matter of fact, the many unpleasant incidents that have taken place over the past few years have eroded the mutual trust among BN's component parties. For example, the squabble between Nazri and Sarawak tourism, arts, culture, youth and sports minister Abdul Karim Rahman Hamzah and three federal-level ministers from East Malaysia over the issue of tourism tax has given East Malaysian BN leaders a good reason now to fire at Nazri in the Robert Kuok bickering.

Umno leaders began to lose their ways after GE13, deepening the distrust among BN's component parties. Leg-pulling is possible if things get out of hand.

BN appears to have lacked viable solutions in the face of these major issues. For example, as the federal government failed to come up with a firm decision on religious conversion, the Sarawak state government had to amend the Sarawak Islamic Religious Council Ordinance 2001 to address the issue on conversion.

In addition, skyrocketing cost of living, inflationary pressure, household debts, rising house prices and crime have all eroded the confidence of Malaysians.

BN itself is plagued by a number of troubling issues such as new developments in the 1MDB scandal, the confiscation of of luxury yacht Equanimity allegedly belonging to Jho Low by the Indonesian authorities, and communication and multimedia minister Mohd Salleh Said accusing the opposition of cooking up unverified news.

BN component parties from East Malaysia are poised to demand expanded rights on the eve of the 14th general elections, putting the relation between the federal government and the two states of East Malaysia to a stringent test.

The unexpected outbursts over Robert Kuok have highlighted an acute confidence deficit on the part of some Umno leaders, the lack of comprehensive consensus strategy within BN, as well as conflicts among BN component parties. There are still apparent weaknesses within the coalition on the aspects of cooperation, team spirit and mutual understanding.

BN needs to convince Malaysians that its existing governing model is capable of tackling and resolving the many issues this country faces. It must not become a part of the problem but one that provides the solutions to secure a breakthrough in the coming general elections.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Masa saya jadi PM dulu, depa kaya ka? - Mahathir

KUALA LUMPUR - Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad berpaling ke arah pakatan pembangkang, muncul kontroversi yang mengungkit kekayaan luar biasa dimiliki anak-anaknya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu hari ini menjawab gosip yang dilemparkan itu.

"Masa saya jadi Perdana Menteri dulu depa (mereka) kaya ka?

"Waktu tu tak ada langsung gosip mengenai anak-anak saya yang katakan mereka kaya," bidasnya ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kekayaan dimiliki anak-anaknya hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri dalam empayar perniagaan.

"Jika mereka kaya sekarang, ini adalah hasil usaha mereka sendiri dan mereka layak untuk mengecap kekayaan itu, jika mereka kayalah.

"Tapi ada juga saudara mara saya  yang miskin ibarat tikus dalam gereja," seloroh beliau.

Menurut bekas Perdana Menteri itu lagi, beliau tidak boleh menghalang anak-anaknya daripada menjalankan perniagaan.

"Kadang-kadang apabila perniagaan mereka tak menjadi tidak pula dilaporkan di media-media, mereka pun macam orang lain juga, adakala berjaya ada hari gagal," katanya.

Mahathir yang juga bapa kepada empat cahaya mata ini menjelaskan kejayaan dan kekayaan anak-anaknya juga bergantung kepada nasib, bukan semuanya hebat.

"Kalau dapat peluang daripada kerajaan, gagal, tidak pula dihebahkan. Tapi bila ada yang berjaya dalam perniagaan dilaporkan kepada polis pula," katanya.

Sebelum ini kontroversi kekayaan anak-anak Mahathir menjadi perdebatan hangat dan beliau dikritik kerana didakwa terlibat dengan amalan kronisme serta nepotisme.

Malah, ada pihak tampil menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki empat anak beliau iaitu Tan Sri Mokzani, Mirzan, Datuk Seri Mukriz dan Datin Paduka Marina kepada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Mereka mendakwa syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih beroperasi dengan tender-tender kerajaan.

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Kenapa tak terjejas banjir P.Pinang dapat bantuan?

6 MAC: UMNO Pulau Pinang dilaporkan menerima makluman bahawa terdapat segelintir rakyat negeri itu yang  tidak layak, didakwa menerima bantuan RM700 yang diperuntukkan kepada mangsa banjir besar di Pulau Pinang pada November lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh ADUN Pulau Betong, Datuk Muhamad Farid Saad yang mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri menyalurkan sumbangan pada Disember lalu, yang diterima kepada golongan yang tidak sepatutnya menerima.

"Penduduk Balik Pulau ini bertanya saya bagaimana mereka yang tidak terjejas turut menerima bantuan itu.

"Mereka kata ada rumah yang diberi bantuan untuk lebih daripada seorang. Saya terkejut dan beritahu mereka bahawa pemberian bantuan di bawah kerajaan negeri dan saya tak terbabit," katanya lagi.

Sebelum itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang menerima sumbangan kira-kira RM10 juta untuk mangsa banjir besar itu.

Pada 4 Januari lalu, beliau dilaporkan berkata bantuan sudah diagihkan kepada hampir 49,533 mangsa dalam kejadian banjir yang meragut tujuh nyawa dan menjejaskan 80 peratus kawasan negeri itu.

Justeru wakil rakyat UMNO itu meminta kerajaan diterajui DAP menjelaskan jumlah sebenar sumbangan yang diterima daripada orang awam dan diperuntukkan untuk program bantuan itu.

"Berapa ramai penerima bantuan? Apakah kriteria kelayakan untuk menerimanya? Bolehkah ia diberikan kepada lebih seorang untuk setiap isi rumah?" soalnya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dr. Mahathir lebih DAP dari DAP


PADANG TERAP 3 Mac - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menempelak Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai lebih 'DAP daripada DAP' yang pernah dikecam habis-habisan sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini. 

Menurutnya, kenyataan Dr. Mahathir kononnya beliau sanggup menjadi umpan bagi meraih undi Melayu untuk pakatan tersebut langsung tidak boleh 'dipakai' atau diterima. 

"Hakikat sebenar, Dr. Mahathir bukannya menjadi umpan pakatan tersebut untuk meraih undi orang Melayu sebaliknya beliau menjadi umpan DAP bagi mendapatkan kepercayaan orang Melayu. 

"Kesanggupannya menjadi umpan demi mendokong perjuangan DAP sememangnya sesuatu yang amat janggal. Dulu bukan main Dr. Mahathir kata DAP sebagai parti cauvinis, rasis dan sebagainya malah turut menyatakan bahawa negara ini dominasi politiknya harus didokong oleh Melayu tetapi kini semuanya sudah jadi lain," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program 'kembali ke sekolah' anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan kerjasama UEM Group Bhd. di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, di sini hari ini. 

Pada majlis itu seramai 400 pelajar sekolah rendah dalam Parlimen ini menerima kelengkapan persekolahan antaranya pakaian beg dan kelengkapan sekolah. 

Portal berita pro pembangkang, Malaysiakini semalam melaporkan, Dr. Mahathir berkata, beliau bersedia menjadi umpan bagi Pakatan Harapan diketuai DAP meraih undi Melayu biar pun usianya sudah menghampiri 93 tahun.-UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

ADUN Umno Mahu MCA Dihukum Kerana Bela Kuok


(Malaysiakini) – ADUN Umno Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat kurang senang dengan tindakan MCA yang membela jutawan Robert Kuok.

Setelah meneliti tindakan MCA, wakil rakyat Kempas dari Johor itu mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lagi begitu murah hati dengan MCA selepas pilihan raya umum akan datang.

"Saya harap perdana menteri yang baik mengambil maklum perkara ini dan memastikan bahawa tiada lagi jawatan kabinet dibazirkan untuk MCA sekiranya mereka gagal mengekalkan kerusi masing-masing, yang sebenarnya dimenangi melalui sokongan pengundi Melayu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tengku Putra Haron berkata beliau percaya bahawa tuduhan terhadap Kuok itu tidak akan dibuat tanpa bukti konkrit, dan jutawan itu boleh membawa perkara berkenaan ke mahkamah jika ia tidak benar.

Kuok didakwa menaja parti DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight dalam usaha untuk menumbangkankan Umno. Tengku Putra Haron juga berkata ada antara kandungan memoir ahli perniagaan berusia 94 tahun itu, baru-baru ini yang tidak memberi gambaran yang betul mengenai ahli-ahli politik Umno.

Menurut Tengku Putra Haron, kisah sebenar Kuok memberi gambaran baru siapa sebenarnya sekutu Umno.

"Nasib baik perkara ini muncul di ambang pilihan raya umum. Kita akhirnya dapat melihat siapa itu serigala berbulu biri-biri di kalangan parti-parti komponen BN.

"Tidak ada sesiapa yang tidak boleh disentuh di Malaysia, dan jika MCA membuat kekecohan terhadap serangan ke atas Kuok bukan kerana ini menyakitkan hati rakyat Malaysia tetapi hanya kerana dia seorang jutawan Cina, maka kita sedang menyaksikan telatah rasis parti ini," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

POLITIK MASYARAKAT CINA

Akhir akhir ini timbul polimik berkaitan kemana undi kaum Cina PRU akan datang. Ia mendapat perhatian apabila seorang Blogger tersohor menulis mengenainya. Ia juga terkait penulisan blogger yang sama yang kononnya philanthropist TAN SRI ROBERT KUOK membiayai parti DAP, yang kemudiannya di nafi oleh beliau.

Isu pengundi Cina tidak seharusnya di lihat dari sudut perkauman. Ini kerana masyarakat Cina adalah sebahagian dari BANGSA MALAYSIA itu sendiri. Sejak berkurun lamanya dari zaman sebelum pun merdeka,masyarakat Cina adalah "part and parcel"masyarakat Tanah Melayu. Malah proses menuntut kemerdekaan itu sendiri turut melibatkan penglibatan aktif masyarakat Cina.

Setelah Merdeka,perlembagaan negara telah dengan jelas memberi kedudukan,hak dan kebebasan bernegara kepada masyarakat Cina negara kita. Dalam kata lain masyarakat Cina adalah sebahagian dari kita.

Peranan masyarakat Cina dalam nagara kita pasca kamerdekaan juga sangat signifikan. Melalui gagasan PERIKATAN, dan kemudiannya BN, masyarakat Cina bahu membahu memimpin,mentadbir dan memerintah negara. Mereka menerusi pelbagai platform parti politik telah memainkan peranan penting dalam proses NATION BUILDING negara kita. Malah tidak keterlaluan jika di katakan masyarakat Cina telah menjadi antara enjin memperkayakan dan mensejahterakan negara. Masyarakat Cina sudah berassimilasi dengan baik sebagai bangsa Malaysia walau ada perkara yang belum berlaku secara paling ideal.

Hanya seketika,yaitu selepas 3 tahun tertubuhnya DAP, khususnya menjelang PRU 1969, sentimen perkauman memuncak. "Deklarasi Setapak" oleh DAP misalnya memberi isyarat yang salah dan berupa "time bomb" kepada Negara dan Bangsa Malaysia. Sejak itu polarisasi kaum terus ujud meskipun secara pasang surut dan DAP terus mendapat untung dari situasi tersebut.

Dalam suasana perpecahan berlaku di kalangan parti politik melayu akibat perebutan kuasa dan jawatan DAP telah mengambil peluang semaksimum mungkin utk mereka terus mengaut untung. Dalam situasi ini,parti berhaluan sederhana kalangan masyarakat cina,khususnya MCA dan GERAKAN telah menjadi mangsa dan representasi mereka dalam kerajaan mennjadi semakin lemah manakala DAP bertambah kuat dengan sokongan mkat cina. DAP KINI MEMIMPIN PEMBANGKANG DAN BERKEUPAYAAN MENCORAKKAN DASAR PAKATAN MEREKA KERANA JUMLAH KERUSI YG MEREKA KUASAI JAUH MENGATASI PIHAK LAIN.

Isu kemana undi masyarakat cina PRU 14,atau berlakukah "TSUNAMI CINA"menentang BN sebenarnya tidak perlu di momokkan secara prejudis atau rasis. Sejarah membuktikan pengundi cina SANGAT PRAGMATIK.Mereka boleh saja melakukan PENDULUM  atau mereka boleh juga ambil pendirian "tidak apa".Mereka sudah memberikan "INI KALI LAH"pada PRU 13….tidak mustahil mereka seterusnya mengambil sikap "TAK APA LAH"kali ini dlm PRU14.

Mengenai Tan Sri Robert Kuok, saya tidak pasti kebenaran dakwaan beliau membantu DAP dan saya tidak rapat denganya. Tapi saya tahu beliau seorang dermawan dan banyak membantu pelbagai pihak termasuk kerajaan dan parti pro kerajaan. Saya percaya beliau tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik dan menjejaskan kestabilan politik negara atau yang boleh melemahkan ekonomi negara. Sebagai peniaga dan pelabur saya percaya beliau menghargai KESEDERHANAAN,KESTABILAN,KEMAKMURAN YG KITA BINA SELAMA INI.

Sebagai rumusan,masyarakat cina akan tetap menjadi sebahagian dari teman setia Bangsa Msia.Mereka tetap merupakan rakan kongsi BN yang sangat penting.Aspirasi mereka harus kita beri perhatian dan kefahaman dalam suasana penuh keterbukaan dan berjiwa Malaysia,selagi mana ianya tidak lari dari roh dan semangat PERLEMBAGAAN NEGARA KITA.

Gong Xi Fa Cai.

Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan Umno

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .