KASTAM tentang GST 0% - Turunkan harga mulai Jumaat




PUTRAJAYA 27 Mei - Semua peniaga dikehendaki menurunkan harga barang dan perkhidmatan mulai Jumaat ini berikutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan pada kadar enam pera­tus akan disifarkan manakala pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ditangguhkan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam mene­gaskan, semua peniaga yang berdaftar dengan GST perlu mematuhi penetapan kadar sifar itu dan menyalurkan penjimatan daripada kadar enam peratus yang dikenakan sebelum ini kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah.

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan untuk menurunkan harga yang seterusnya memberi manfaat kepada pengguna.

"Kerajaan juga tidak melaksanakan SST bermula 1 Jun ini dan tarikh sebenar pelaksanaannya akan diumumkan kemudian.

"Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan har­ga ba­rang dan per­khid­matan yang di­te­tapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Subromaniam, penetapan kadar sifar GST terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Katanya, peniaga boleh merujuk kepada soalan lazim berkaitan tempoh peralihan enam peratus kepada kadar sifar yang telah dimuat naik di www.customs.gov.my dan portal gst.customs.gov.my.

Sementara itu beliau ketika dihubungi memberitahu, pelaksanaan GST pada kadar sifar serta penangguhan pe­lak­­sanaan SST pada Jumaat ini akan menguntungkan pelbagai pihak terutama rakyat serta golongan pengguna yang akan memperoleh manfaat besar daripadanya.

"Buat masa ini, langkah tersebut akan memanfaatkan pengguna dan harga barang akan turun," katanya.

Pewaris Melayu : Penulis nak tunggu dan lihat apa yang akan jadi lepas Jumaat ni. 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .