Menteri - Mungkin peniaga sabotaj, naikkan harga barang



"MUNGKIN PENIAGA SABOTAJ, NAIKKAN HARGA BARANG."

Kalau jawapan seperti ini datang daripada Menteri BN sudah pasti warga internet tak cukup jari menghentam menteri tersebut kiri, kanan, depan, belakang.

Janji mengawal harga barang ini adalah janji ke-2 selepas janji pertama di dalam Buku Harapan iaitu menghapuskan GST, di dalam Teras 1: Meringankan Bebanan Hidup Rakyat. Sehingga hari ini tidak nampak sebarang "TINDAKAN SEGERA" yang dijanjikan akan diambil oleh Pakatan Harapan.

Memang mudah berjanji untuk mengawal harga barang, tetapi realitinya tidak semudah itu.

Belum sebulan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, jadi saya takkan komen lebih-lebih. Perlu bagi masa untuk mereka membentuk kabinet penuh.

Walaubagaimanapun, kalau ada Menteri KPDNKK sekali pun, belum tentu harga barang akan turun. Naik turun harga barang ditentukan oleh permintaan dan penawaran di dalam pasaran.

Bagaimana kerajaan cuba mengawal harga barang melalui penetapan harga siling, penguatkuasaan atau apa-apa cara pun ia tetap akan bergantung kepada kuasa pasaran.

Pakatan Harapan nampaknya sudah mula belajar realiti mentadbir kerajaan di peringkat persekutuan. Tetapi cuba menyalahkan peniaga tidak akan menyelesaikan masalah ini. Lebih baik kerajaan baru ini berfikir tentang cara-cara untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada menyalahkan peniaga.

Reference: Mungkin peniaga sabotaj, naikkan harga barang - Berita Harian:


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .