1.Di mana suara rakyat apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan? Sebelum ini ada suara mempertikaikan sekiranya Setiausaha Agung DAP ini dilantik sebagai menteri dalam keadaan kes mahkamahnya belum selesai.
2. Dalam sidang media sebelum ini Mahathir berkata bahawa orang yang ada kes tidak boleh dilantik menjadi menteri. Tiba-tiba Mahathir lantik juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu jadi Menteri Kewangan.
3. Penulis berpendapat ramai rakyat kesal dengan 'kekotoran' dan 'pelacuran keadilan' ini. Tapi yang menghairankan ialah di mana suara NGO, suara bijak pandai dan pejuang keadilan? Kenapa tiada bantahan? Kenapa semua diam membisu?
4. Kenapa kebenaran itu ditentukan oleh orang yang berkuasa? Kenapa keadilan itu mempunyai neraca yang berbeza? Telah habis bersihkah kes Perdana Menteri ke-4 yang banyak dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP kerana orang yang sama kini adalah PM Ke-7?
5. Justeru, dua perkara yang penulis ingin tegaskan ialah di mana suara NGO yang memperjuangkan keadilan? Di mana majlis peguam? Di mana PERKASA? Di mana SAMM? Seterusnya, sia-siakah undi majoriti rakyat yang menumbangkan BN tetapi kini dilacuri oleh pemimpin Pakatan Harapan yang bakal dicap mohor sebagai BN yang kedua?