Zahid nafi arah ADUN Perlis boikot majlis angkat sumpah MB




25 MEI: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan sekera-kerasnya dakwaan kononnya beliau mengarahkan semua ADUN Perlis boikot majlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis.

Menerusi Twitternya, Zahid yang kini menjalankan tugas Presiden UMNO berkata, kenyataan itu adalah palsu kerana UMNO dan BN menghormati Institusi DiRaja seperti  termaktub dalam Perlembagaan.

"Ini kerja mereka yg mahu melaga-lagakan kami. Rapatkan Saf dan terus komited dlm perjuangan walau apa pun dugaan mendatang," tulisnya lagi.

Sembilan ADUN BN Perlis memulau majlis angkat sumpah Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar walaupun jemputan sudah dihantar.

Tindakan itu menyebabkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka.

Sehari sebelum majlis angkat sumpah itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menghadap baginda di Istana Arau bagi membantu menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar Perlis.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .