Annuar Musa : Khairy Jamaluddin turut tolak tawaran jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia



Khairy Jamaluddin turut ditawarkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia setelah beliau menolak untuk dilantik Setiausaha Agung Barisan Nasional.
 
Setiausaha Agung UMNO yang baru Tan Sri Annuar Musa memberitahu jawatan penting di ibupejabat parti itu juga turut ditolak oleh bekas Ketua Pemuda UMNO selepas beliau tewas dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO.
 
Malah katanya pengumuman mengenai lantikan pegawai parti,Pengerusi pengerusi Perhubungan UMNO Negeri serta Ahli Majlis Tertinggi tambahan baru ini terpaksa ditangguhkan sehari kerana menunggu jawapan Khairy untuk lantikan Ketua Penerangan itu.
 
Annuar memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya sebagai Setiausaha Agung UMNO di ibupejabat parti di PWTC awal petang Isnin.
 
Untuk rekod jawatan Ketua Penerangan UMNO adalah antara jawatan tertinggi parti selain Setiausaha Agung,Bendahari dan Setiausaha Kerja UMNO.
 
Jawatan itu membolehkan pemegang jawatan duduk dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,mesyuarat pengurusan parti dan anggota Biro Politik.
 
Annuar menjelaskan Zahid telah berusaha memujuk Khairy termasuk hantar orang pujuknya namun beliau tetap menolaknya.
 
Beliau memberitahu demikian ketika ditanya isu Khairy tidak keluar semasa kalangan Ahli Parlimen BN dan PAS keluar dari sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi kerana memprotes cara lantikan Speaker.
 
Katanya soal Khairy tidak keluar sama itu adalah 'non issue' mungkin beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak hadir semasa mesyuarat pre council oleh Ahli Parlimen BN dan PAS pada Ahad malam yang bincang hal itu.
 
Annuar menjelaskan parti tidak akan ambil apa-apa tindakan terhadap Khairy dalam hal berkenaan.
 
Beliau turut memberitahu bahawa lantikan tiga Naib Presiden UMNO pegang jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri - Datuk Seri Ismail Sabri Selangor,Datuk Seri Mahdzir Khalid Terengganu dan Datuk Khaled Nordin Perlis adalah bersifat sementara sahaja dan bukan selamanya.
 
Ini kerana kegagalan mencapai konsensus untuk lantik tokoh tempatan buat masa ini.
 
Kataya mereka mungkin pegang jawatan itu ikut keperluan untuk tempoh tertentu sahaja dan bila beres tokoh dari negeri itu akan ambilalih.

Beliau menegaskan parti perlu 'move on' segera untuk bangkit semula.

Beliau harap tidak timbul salah faham dan isu itu terus jadi bahan polimek.
 
Annuar menjelaskan lantikan orang luar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bukan perkara baru malah dulu Tun Dr Mahathir Mohamad dulu pernah pegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.
 
Selain itu Datuk Seri Hishamuddin pernah pegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
 
Dalam hal ini juga,beliau memberitahu Datuk Seri Salleh Said Keruak telah memohon menarik diri sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah kerana rasa tidak wajar kerana beliau bukan Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.
 
Annuar kata Salleh setuju agar semua pimpinan UMNO Sabah memilih sendiri secara konsensus dan sudah dipersetujui Ketua UMNO Bahagian Tuaran Datuk Hajiji Mohd Noor dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.
 
Salleh pula dilantik ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Turut dilantik ke jawatan itu ialah bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang ganti tempat bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang tolak tawaran lantikan.
 
Annuar memberitahu sebagai Setiausaha Agung UMNO beliau akan amalkan dasar terbuka dan boleh ditemui oleh kalangan ahli dan pimpinan parti bila-bila masa jika ada hal yang hendak dibincangkan.
 
Selain itu beliau juga akan kerap turun ke bawah untuk meninjau masalah dan sebagainya di negeri dan bahagian.- 16/7/2018

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .