Najib : SST resahkan rakyat


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pelaksanaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan kembali meresahkan rakyat.

Najib berkata, pengenalan semula SST akan membangkitkan curiga rakyat kepada kerajaan kerana dijangka akan melonjakkan harga barang sekurang-kurangnya 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan SST akan memberikan kesan berganda (double whelmy) berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jadi kalau harga barangan naik, ia beri kesan kepada peningkatan kos sara hidup, ia sekali gus memberikan kesan berganda berbanding GST. Maknanya pemansuhan GST tidak beri kesan yang yang diharapkan dan ditambah dengan SST maka beban kepada rakyat terus meningkat.

"Jadi tidak kesampaian apa yang dijanjikan oleh kerajaan," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau memaklumkan akan membuat kenyataan menyentuh soal SST dan beberapa fakta lain.

Najib berkata, orang ramai memberi reaksi kecewa kerana meskipun GST sifar namun harga barangan masih tidak turun.

"Ada juga yang turun seperti harga kereta tapi umumnya harga barangan keperluan rakyat tidak turun malah naik.

"Jadi impak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (Harapan) bahawa mereka akan kurangkan kos sara hidup tidak akan tercapai," katanya.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .