(Video)”Sah! SST ada impak harga barang naik!” Guan Eng vs Mat Maslan.

Parlimen : Menteri kewangan, Lim Guan Eng (Bagan) mengesahkan SST mempunyai impak kepada harga barang, tetapi mendakwa kenaikannya adalah separuh dari kenaikan yang dirasai ketika GST dulu.
“Tentang impak, kita tidak akan nafikan. Kita bukan macam Barisan Nasional yang mengatakan GST  akan menyebabkan harga barang akan turun.  Kita tak nafikan hakikat yang sebenarnya berlaku… saya tak sebut nama pun. Kita tak nafikan ada impak. Tentu ada kesan ( pada kenaikan harga). Tetapi.. yang penting adalah impak daripada SST adalah lebih kurang daripada GST…GST kita kutip RM44 billion, SST kita kutip RM21billion, jadi impak (kenaikan harga) ada, tetapi mestilah separuh daripada rakyat menderita bawah GST.” – Lim Guan Eng.

Merasakan kenyataan tersebut ditujukan kepada beliau, Ahmad Maslan (Pontian) bangun bertanyakan soalan tambahan.
“Di dalam dewan ini KPDNKK memaklumkan pada 30-10-2017 bahawa 223 barang turun harga kerana GST. Menteri kewangan ingin  sesuatu yang transparen. SST adalah cukai yang tidak transparen. Rakyat kena bayar, tetapi tiada dalam resit. GST transparen. Apa komen?”  – Ahmad Maslan.

maslan1.JPG
Lim guan Eng kemudian mengesahkan kenyataan Ahmad Maslan tersebut.
Yang penting.. bahawa kita tidak nafikan ada masalah dari penguatkuasaan. Ada masalah dari segi ketirisan. Di mana pihak pengilang akan cuba cari loopholes.. Saya telah meminta pihak kastam supaya memastikan loopholes ini dapat diatasi…” – Lim Guan Eng.
Tambah Lim Guan Eng lagi, beliau juga bersetuju GST adalah lebih telus berbanding SST.
“Kita tak nafikan hakikat yang mana lebih telus,  GST lebih telus. Tetapi bila kita sebut GST lebih telus maknanya ia boleh kutip lebih banyak cukai dan meluas dan memberikan kesan ke atas rakyat. Sedangkan SST tidak efisyen seperti GST, tetapi kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir rakyat biasa.. itulah yang kurang kena ke atas mereka.” – Lim Guan Eng
Lim Guan Eng kemudian mengatakan GST mempunyai pelbagai peringkat yang membawa kepada harga meningkat, manakala SST cuma hanya ada satu peringkat.

“Kita kena lihat kos kepada pengguna, stage berperingkat satu sahaja untuk SST. Tetapi untuk GST pelbagai peringkat. Dan itulah sebabbnya harga tidak akan turun, harga akan naik”-Lim Guan Eng.
Ahmad Maslan kemudian mencelah.
“Pelbagai stage tu boleh claim balik YB!” – Ahmad Maslan.
guan eng 2
“Itu yang saya sebut tadi. Ya betul. Boleh claim balik. Tetapi mereka tak dapat refund. – Lim Guan Eng.
Ahmad Maslan kemudian bangkit mencelah lagi.
“Tidak dapat refund itu sebab mereka tipu refund!”  -Ahmad Maslan.
Lim Guan Eng kemudian mengesahkan hal tidak mendapat refund itulah  yang menyebabkan kosnya selalu ditambah naik.
“Saya akan dedahkan mengapa refund ini tak dapat dibayar dan jumlahnya pada masa akan datang” – Lim Guan Eng.

(video kredit TV3)
Sementara itu, Mat Maslan menaikkan kicauan berikut di akaun Twitter beliau :

Saya tanya @guanenglim di sesi 19/7/18 yg beliau selalu sebut ttg ketelusan; tetapi cukai yg tidak telus, ambil cukai, rakyat tak tahu, tiada dlm resit, tersembunyi dlm harga. Beliau akui SST mmg tak telus tapi tetap akan laksana. Cakap tak serupa bikin..!
Saya sebut dlm 19/7/18 di , bertanya kpd @guanenglim bahawa telah menjawab di Dwn Rakyat pada Okt 2017 soalan MP bahawa benar telah menurunkan harga 223 jenis barang. Dlm Dwn Rakyat (& di mana jua) tak boleh berbohong / mengelirukan Dewan.
Menteri kewangan, Lim Guan Eng pada hari isnin mengumumkan kadar SST pada 10% untuk barangan dan 6% untuk perkhidmatan, kadar yang sama dikenakan sebelum GST diperkenalkan pada 2015.
Rata-rata, rakyat kebanyakannya bimbang pengenalan semula SST pada kadar tersebut akan menyebabkan harga barang dan kos sara hidup menjadi tinggi.
Sementara itu,Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution menyatakan GST (kini kadar sifar), atau SST (yang akan diperkenalkan semula September ini), hanyalah salah satu faktor yang membawa kepada kenaikan kos sara hidup disebalik enam faktor lain.
“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution

Tangkap layar dari KiniTV
Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir pula  berkata SST hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian.
Screenshot_2018-07-16-19-06-22-92
“Setakat yang saya tahu, (cukai SST dikenakan) 10 % jika anda membuat pembelian. Jika anda tidak membeli, anda tidak bayar (cukai SST). Manakala GST adalah cukai nilai tambah, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat.” – Tun Dr Mahathir
Sumber : TENTERA TROLL KEBANGSAAN MALAYSIA

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .