Archive for November 2018

ICERD: Diskriminasi? Siapakah tuan, siapakah hamba?




Saya amat teruja membaca kenyataan bapak ultra kiasu bertajuk, banyak negara majoriti Islam terima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Kenapa harus Malaysia yang majoriti Islam menentang? Adakah semua negara Islam tersebut kurang Islamnya daripada Malaysia?

Beliau menyenaraikan dengan panjang lebar semua negara Islam yang telah menerima ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Katanya, adakah hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati sedangkan semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD? 

Adakah dengan mengatakan bahawa 99 peratus Muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi atau menyetujui ICERD bukan Muslim sejati? Malah katanya China, yang mempunyai kira-kira 50 juta Muslim, sudah menyetujui ICERD pada 1981.

Apabila bapak ultra kiasu ini membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang telah menandatangani ICERD, adalah perbandingan yang sangat naif dan terserlah kekiasuannya. Nampak sangat agenda jahatnya agenda tersembunyi ultra kiasu mengaburi rakyat Malaysia bagi menunjukkan betapa baiknya ICERD.

Sedangkan semua tahu bahawa ICERD hanya baik untuk ultra kiasu ini, tetapi bukan untuk pribumi seperti orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan ultra kiasu ini, biarlah saya berterus terang. Kenapa semua negara Arab Islam meratifikasikan ICERD? Logiknya sangat mudah, kerana mereka negara sebangsa  atau homogeneous. Berbanding kita Malaysia, negara bersifat berbilang bangsa atau heterogeneous.  

Diskriminasi macam mana pun di negara Arab, pi mai pi mai tang tu juga, dapat kat depa. Turun naik sesebuah pemerintahan, akan jatuh kepada bangsa yang sama. 

Berbeza dengan Malaysia, termasuk Brunei. Jika Malaysia dan Brunei masih bersifat sebangsa, sudah lama mereka meratifikasikan ICERD ini. Tetapi Malaysia telah berubah wajah. Lanskap politiknya yang dahulu bersifat sebangsa telah berubah dengan kedatangan pendatang-pendatang yang dibawa oleh penjajah British dan faktor-faktor lain yang menolak mereka mendatangi alam Melayu.

Akibatnya, asal-usulnya adalah sebuah negara sebangsa, Tanah Melayu di Kepulauan Melayu yang bersifat homogeneous bertukar menjadi heterogenous.

Disebabkan oleh sifat Melayu Islam yang terlalu baik dalam meraikan pendatang, akhirnya, pendatang diterima menjadi rakyat negara bertuah ini. Pertukarannya, pendatang perlu menerima hak istimewa agama Islam, Bahasa Melayu, hak istimewa Melayu (raja-raja Melayu), dan bumiputera Sabah Sarawak. Itulah yang dinamakan kontrak sosial. Hak istimewa inilah, jika boleh dikatakan satu keistimewaan, yang mahu dibuang jika ICERD diratifikasikan.

Ultra kiasu lupa tentang sejarah asal-usul sejarah ini. Jika Melayu tidak menerima pendatang, pasti negara ini kekal dengan sifat negara sebangsa. Tidak ada Singapore, yang ada hanya Singapura bermaksud kota singa, kekal dengan nama Melayunya. Kerana ultra kiasu di sana  tidak mahu bunyi nama Singapura itu beridentitikan Melayu, maka nama Melayunya telah bertukar kepada Singapore. 

Ini tidak termasuk penghapusan nama-nama jalan beridentitikan nama-nama Melayu kepada nama-nama yang pelik-pelik, yang tidak ada kaitan dengan alam Melayu, sebagai satu perancangan strategik menghapuskan segala identiti Melayu.

Cuba lihat bagaimana orang Melayu di Singapura didiskriminasikan dengan langsung tidak diberikan kepercayaan untuk berada dalam jawatan tinggi strategik seperti perkhidmatan tentera, polis, imigresen dan lain-lain. Orang Melayu diragui untuk memegang jawatan strategik tersebut kerana takut rahsia negara diketahui. Dalam kata lain, orang Melayu didiskriminasikan kerana Cina tidak pernah percaya kepada Melayu. Jika adapun jawatan presiden Singapura diberikan, itu hanya jawatan 'pak pacak' sahaja.

Bagaimana pula kepercayaan kita terhadap bukan Melayu di negara bertuah ini? Boleh dikatakan banyak juga jawatan tinggi strategik negara, diberi kepercayaan kepada bukan Melayu, termasuk jawatan yang sangat kritikal Menteri Kewangan dan jawatan strategik yang lain, termasuk jawatan strategik tentera dan polis. 

Sehinggakan kita tidak ambil tahu langsung, apabila jawatan Menteri Perpaduan diberikan, semua pegawai kanan sulitnya terdiri daripada pegawai satu warna, tidak ada seorangpun bangsa lain untuk memegang jawatan sulit yang rapat dengannya. 

Pendek kata, kepercayaan Melayu kepada bukan Melayu  di sini jauh lebih baik daripada kepercayaan bukan Melayu kepada Melayu. Malah jawatan tinggi nombor dua Kementerian Pertahanan yang sebelum ini dipegang oleh orang Melayu, telah diberikan kepada ultra kiasu. Semua rahsia keselamatan negara diketahui. Justeru, diskriminasi apa lagi yang hendak diperkatakan.

Untuk makluman semua, apabila Tanah Melayu menjadi berbilang bangsa (heterogeneous) melalui kontrak sosial, sudah tentu keadaan menjadi lebih kompleks. Menguruskan negara sebangsa sudah tentu lebih mudah berbanding dengan negara berbilang bangsa, terutama dalam memastikan hak pribumi terjamin, seperti negara-negara lain di dunia.

Logiknya, sudah tentu pribumi akan berasa tergugat, jika berlakunya hegemoni atau dominasi bangsa yang mendatang melampaui batas. Inilah mungkin menimbulkan kebimbangan 

Saya tidak nafikan manusia boleh berubah mengikut keadaan, tetapi melihat ultra kiasu yang ada ini, saya yakin mereka ini masih sama, dan  tidak pernah berubah sejak daripada dahulu

Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar? Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu India Hindu yang dilantik sebagai Senator menjadi Menteri, pernah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Beliau mengatakan, Malaysia mengamalkan diskriminasi yang sangat ketara kepada bangsa India Hindu. Kuil-kuil dirobohkan sewenang-wenang tanpa ganti dan berbagai lagi. 
Sedangkan setiap kuil haram yang dirobohkan ada sahaja diganti dalam skala yang lebih besar sehinggakan bilangan kuil Hindu sahaja jauh meninggalkan bilangan surau dan masjid.  Pendek kata, kuil-kuil Hindu inilah yang paling banyak di Malaysia, walaupun bilangannya penganutnya sangat minoriti berbanding agama lain. 

Kawasan Batu Caves itu sendiri, merupakan tanah kerajaan, di situlah ditempatkan kuil Hindu yang paling tinggi sekali di dunia. Lebih dahsyat lagi, kuil-kuil Hindu ini turut dibiayai kerajaan. Berbanding di India, semua kuil sama ada skala besar atau kecil dibiayai dengan wang sendiri.

Kita juga turut didedahkan bagaimana sebelum ini, Menteri India ultra kiasu tersebut turut menemui Perdana Menteri India yang sangat terkenal dengan sikap anti Islam. Berapa ramai umat Islam telah dibunuh, dianiayai, serta dizalimi dan wanita Islam dirogol, hanya kerana umat Islam memakan binatang suci Hindu iaitu lembu. 

India meskipun telah menandatangani ICERD, tetapi tidak langsung mempraktikkannya. Malah umat Islam didiksriminasikan dengan begitu ketara. Lebih hina lagi, hanya kerana memakan lembu umat Islam dimangsakan. Ini tidak termasuk bilangan masjid yang dirobohkan dan diganti dengan kuil Hindu.

Negara kita terlampau baik. Toleransi pribumi terlalu tinggi. Dahulu, kita boleh menyembelih lembu secara terang-terangan. Setelah diprotes oleh Hindu, kita tidak lagi boleh menyembelih sembelihan korban ini di khalayak kerana menjaga sensitiviti kaum kononnya. 

Lebih menggerunkan lagi, ketika majlis angkat sumpah, ultra kiasu Hindu ini juga membawa sami Hindu yang kelihatan pelik dan berpakaian pelik ke dalam parlimen. Terkini, kelihatan  sami hindu yang berpakaian pelik turut membanjiri parlimen untuk menemui Menteri tersebut atas tujuan kehinduannya. Sedangkan kita, jika mahu menemui Menteri dan memasuki parlimen diwajibkan memakaikan pakaian yang ditetapkan. Diskriminasi jenis apa lagi yang sedang diperkatakan?


Lihat pula dengan kedudukan umat Islam Uighur, Xinjiang, di negara China komunis. Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. Siapa yang sanggup tinggal bersistemkan komunis. Tetapi lihat bagaimana mereka dizalimi. 

Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Terkini, tidak diketahui jumlah sebenar, mungkin semakin berkurang disebabkan ramai yang telah hilang. 

China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi terhadap golongan minoriti itu.

Lihat betapa zalim negara komunis China ini, melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa. Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan. Menurut jurucakap Uighur, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa. Pihak pihak berkuasa komunis juga turut membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa. Ini tidak termasuk bilangan mereka yang dibunuh, dizalimi dan dipenjara, hanya kerana mereka beragama Islam.

Semua contoh ini sudah jelas menunjukkan bahawa meskipun negara-negara ultra kiasu ini telah meratifikasika ICERD, tetapi diskriminasi sangat jelas dilakukan sehingga berada dalam tahap yang sangat tegar. 

Sedangkan negara kita tercinta ini, masih tidak meratifikasikan ICERD. Cuba lihat perbandingannya, keadilan yang kita berikan, ibarat langit dengan bumi. Kita boleh dikatakan langsung tidak mendiskriminasikan bukan Melayu atau Bukan Islam, kerana tuntutan agama Islam melarang tindakan sebegini. 

Jika adapun, kesnya sangat terpencil. Malah, orang bukan Islam boleh hidup senang lenang sehingga kekayaan mereka jauh menandingi pribumi. Pribumi pula merempat di negara sendiri. Apakah kejayan ini boleh dicapai jika kita mengamalkan diskriminasi? Apa yang saya dapat lihat, seolah-olah pribumi sendiri yang didiskriminasikan di bumi sendiri.

Pendek kata, hari ini semua bukan Melayu boleh tidur lena dan hidup senang lenang serta mengaut kekayaan semahu-mahunya dalam keadaan aman damai, disebabkan oleh pengorbanan pribumi yang tidak ada tolok bandingnya. Pribumi inilah yang menjad polis dan tentera bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. 

Melayu dan bumiputera pribumi ini sanggup menjadi kuli, bercekang mata dan berkorban jiwa raga, bagi memastikan ultra kiasu dapat tidur lena dan meneruskan kehidupan keesokan harinya tanpa diganggu. Ultra kiasu ini jugalah dapat berada dalam aman tenteram melakukan ibadat dalam kuil-kuil hindu serta menemui sami-sami mereka yang tidak ketahuan asal-usulnya. Tidak ada siapa mengganggu dan bertanyakan daripada mana asal-usul kamu? Siapakah tuan, siapakah hamba di bumi negara bertuah ini? Fikirkanlah.


12 Comments
Jom komen di Facebook!

KALAU RUMAH KITA KACA, JANGAN CUBA BALING RUMAH ORANG



Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. YB Anwar Ibrahim telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik.  Kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

2. Saya kira Anwar telah alami "rabun dekat" atau "tuli badak" bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

3. Barangkali pemikirannya juga mudah dieksploit oleh fitnah sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.
 
4. Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu *menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka* dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB ?

5. Saya juga sambil-sambil melilit serban besar ini , terfikir beberapa soalan untuk Anwar Ibrahim.

6. Di mana suara lantang beliau ketika *skandal kewangan yang terburuk* dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?

7. Anwar menyertai UMNO pada tahun 29 Mac 1982. Kemudian, beliau bertanding dan memenangi PRU di Permatang Pauh dan akhirnya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1982.

8. Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981?

9. Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?

– Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

– Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988?

– Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?

10. Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?

11. Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan daripada Timbalan Menteri di JPM (1982), kemudian Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1983), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).

12. Setelah dipecat daripada kerajaan dan UMNO, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu.
 
13. Sebelum memenangi PRU Ke-14, Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir.

14. Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang? Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

_Kalau Rumah Kita Berdinding Kaca_
_Jangan Melontar Batu ke Rumah Orang_

 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Teruskan Disember 8, PH Hanya Tangguh Rancangan ICERD



Bantahan ratifikasi ICERD dah tercapai?

Ramai sedar, ia tetap satu alasan supaya himpunan tidak di teruskan...

Fahamkan penerangan Ketua Pembangkang...

Kenyataan Media Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


1) Kenyataan media Jabatan Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD tidak mengikut formaliti pentadbiran...

2) Ia hanya boleh di sahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri, yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar di rekodkan dalam hansard rasmi...

3) Pendekatan ini tidak boleh di terima dan tidak menjamin ia akan kekal dan boleh berubah bila2 masa sahaja, apatah lagi ia di buat dalam keadaan tergesa2...

4) Pembangkang berterima kasih kepada keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan Perhimpunan Kebangkitan Ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini...

5) Ia juga di percayai ada hubungan dengan langkah politik Kerajaan PH menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Rantau tidak lama lagi...

6) Sehubungan itu, pembangkang menggesa kerajaan mengikut prosedur tetap bagi mengumumkan keputusan berkaitan dasar luar negara ini...

7) Sehingga ianya di masukkan ke dalam hansard Parlimen, kami sukar untuk mempercayai keikhlasan kerajaan dalam membuat keputusannya...

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur

Kita Teruskan Perhimpunan Kebangkitan Ummah


Teruskan rancangan 8hb Disember 2018 sebab :

》Hak untuk berhimpun di jamin dalam Perlembagaan...

》Dalam ICERD ia ada 3 tahap : 
  • Pertama penyertaan...
  • Kedua tandatangan...
  • Ketiga ratifikasi...

》Ketika di bawah kerajaan BN ICERD pada peringkat penyertaan dan ia adalah perkara biasa untuk negara2 dalam United Nations (UN)...

》Malah 2 kajian di buat dan kedua2nya di tolak sebab itu ICERD bukan isu besar ketika di bawah BN...

》ICERD jadi hangat kerana kerajaan PH cuba bawa Malaysia ke tahap kedua iaitu tandatangani ICERD...

》Semalam kerajaan PH hanya mengumumkan untuk tangguh tandatangani dan ratifikasi ICERD bukan satu pendirian tidak akan tandatangani ICERD!!!

》Jelas kerajaan PH BENAR2 BERCADANG untuk tandatangani ICERD di masa akan datang...

》Melayu dalam Bersatu, PKR dan Amanah WAJAR turut bersama dalam himpunan pada 8hb Disember ini...

》Apa alasan kau tak nak :


  • Kau Melayu Islam, aku pun Melayu Islam...
  • Isu ini membabitkan kepentingan kaum dan agama kita, jadi politik kita tolak tepi...

》Patut semua bersatu kembali pada fitrah kelahiran, kita lahir sebagai orang Melayu, kita beragama Islam...

》Kalau bukan orang Melayu Islam, Bumiputera yang sendiri jaga hak mereka, takkan nak tunggu Yahudi Mabuk atau Arab Gila datang jaga untuk kita?

》Konon Melayu itu tidak akan hilang di dunia tapi apabila minta untuk jaga hak sendiri pun orang Melayu susah nak buat kerana beza ideologi politik!!!

》Dan setakat nak pertahan hak yang tersedia dalam perlembagaan tanpa usik hak kaum lain tak perlu asah parang atau bawa keris...

》Hanya perlu bawa otak sahaja...

》Apa pun sejak zaman Portugis orang Melayu bila di ajak bersatu memang payah walau demi agama dan kepentingan kaum mereka sendiri...

》Baik ajak beruk bernama Ceasar, walaupun dia itu watak fiksyen tapi Caesar lebih faham sebab tu dia kata : "APES, TOGETHER WE STRONG..."

》Takkan korang yang 'NAMPAK' berakal, educated dll, lagi teruk dari beruk2 mak yeh tuu!!!

Jadi, jangan cari alasan untuk tak turun, tapi cari usaha untuk kita sama2 berhimpun!!!

Amaran Lim Guan Eng


Lim Guan Eng beri amaran dan ingatan kepada semua Cina DAP (saya tak nak gunakan perkataan Cina Malaysia sebab cuma Cina DAP yang cauvanis), sejarah 13hb May kemungkinan besar boleh berulang pada 8/12/18!!!

Kita nak tanya pada Guan Eng, kenapa takut pada bayang2 sendiri...

Ini bukan perhimpunan politik!!!

Orang UMNO tak ada buat pun perhimpunan atau tunjuk perasaan masa kerajaan kami tumbang dulu, walau pun Dr. Mahathir tuduh dan hasut kata perkara tu akan berlaku!!!

Yang buat provokasi selepas PRU 14 ialah penyokong PH...

Parti kami di cemuh dan di hina...

Pemimpin kami di cemuh dan di hina malah di maki hamun...

Ada ker kami buat rusuhan!!!

Siapa yang banyak berhimpun di depan rumah Datuk Seri Najib masa polis buat serbuan!!!

Kami bangsa Melayu Islam ialah bangsa yang bertamadun...


Namun, like father, like son...

May 13, siapa dan parti apa yang mulakan provokasi!!!

Siapa Pencetus Sebenar Kemarahan Bangsa Melayu Islam Mengenai Isu ICERD


Kepada semua bangsa Melayu Islam Malaysia, tanamkan fakta nie sekukuh2nya dalam hati dan fikiran kita...

Jelaskan pada anak cucu kita, fakta siapa sebenarnya yang mencetuskan isu ICERD nie...

Orangnya tak lain dan tak bukan ialah Dr. Mahathir bin Mohamad!!!

Rakyat jangan lupa orang pertama yang membangkitkan isu untuk meratifikasikan ICERD adalah Dr. Mahathir Mohamad sendiri di PBB.

Bukan sahaja di PBB, malah sehingga minggu lepas Dr. Mahathir masih ada niat meratifikasikan ICERD cuma bimbang penentangan rakyat...

Sekarang mereka mahu menjadikan Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai 'kambing hitam' dalam isu ini...

Kononnya Datuk Seri Zahid cuba mencetuskan rusuhan...

Realitinya Mahathir adalah punca rakyat marah!!!

Bukannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Bukannya Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang...

Tapi Dr. Mahathirlah yang bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidaj di ingini nanti!!!

Kita berhimpun cara aman, bak kata P. Ramlee secara sopan santun sebab kita berhimpun bukan sebagai Melayu Islam UMNO atau PAS atau PKR atau Amanah atau Bersatu tapi kita berhimpun sebagai rakyat Melayu Islam Malaysia!!!

Kalau ada Melayu RBA atau Melayu tajaan DAP cuba nak buat provokasi, kita blanketkan dia, humbankan dalam tong sampah DBKL sebab tu tempat yang paling mulia pada pengkhianat bangsa!!!


Dalam tubuh kita mengalir darah Hang Tuah, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela, Raja Haji dll!!!

Kursani pahlawan2 Melayu dah mula meresap masuk ke jiwa kita, tunggu apa lagi!!!

Bai'ah kita pada datuk nenek dan anak cucu kita!!!

Islam dan Melayu TAK AKAN BERKUBUR DI PERMATA NILAM INI SELAGI KITA BERNAFAS!!!

HIDUP ISLAM!!!

HIDUP MELAYU!!!



#CapAyam

Yuseri Yusof FB  

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Gabungan G3 pertahan Perlembagaan Persekutuan



KUALA LUMPUR 21 Nov. - Gabungan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membentuk Gagasan Tiga Malaysia (G3) dilancarkan secara rasmi hari ini, tidak bersifat rasis sebaliknya sebagai wadah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat G3, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, penubuhan gagasan itu tepat pada masanya dalam usaha memperjuangkan hak-hak istimewa termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, hasil kesepakatan ahli gabungan dan Lembaga Pengarah Kebangsaan G3, hala tuju dan matlamat utama ditetapkan adalah membela kepentingan Islam, orang Melayu, hak bumiputera dan kedaulatan institusi diraja.

"Gabungan G3 bukan bersifat rasis sebaliknya dibentuk atas kesedaran perlunya satu medium suara menggabungkan kehendak ramai berkaitan hak-hak istimewa yang dijamin selama ini.

"Penubuhan NGO ini bertujuan menjaga, memelihara dan mempertahan kepentingan Perlembagaan Persekutuan sebagai peringatan kepada pihak tertentu supaya jangan cuba mengganggu-gugat keistimewaan sedia ada, tidak mengambil hak orang Melayu dan kacau kedaulatan raja-raja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi memperkenalkan G3 di Ibu Pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi G3, Ragvinder Singh Jessy; Naib Pengerusinya, Amran Ahmad dan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah. - UTUSAN ONLINE

16 Comments
Jom komen di Facebook!

Harus baca! Amaran Bekas Ketua Hakim Negara Tentang ICERD!



Tiada siapa yang lebih memahami mengenai perlembagaan dan undang2 selain dari seorang hakim...

Bila seorang mantan Ketua Hakim Negara, WAJIB kita ambil perhatian setiap kata2nya kerana beliau bercakap dengan ilmu dan fakta...

Dalam rencana ini Tun Abdul Hamid menggunakan perkataan 'pengesahan' bagi 'ratification''mengesahkan' bagi 'to ratify' dan 'di sahkan' bagi 'ratified'...

Apakah ICERD?


ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum...

Konvensyen itu telah di buka untuk di tandatangani dan di sahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969...

Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya...

Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya termasuk Brunei dan Israel...

Tetapi dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, kerajaan PH hendak mengesahkannya sebagai memenuhi janji pilihanrayanya, khususnya kepada orang bukan Melayu...

Konvensyen itu antara lain, memperuntukkan :

Perkara 1 Fasal 1 :

Takrifan 'diskriminasi kaum' yang bermaksud 'sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan...

Ringkasnya memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi...

Perkara 1 Fasal 2 :

Ringkasnya, diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara d ibenarkan...

Perkara 1 Fasal 4 :

Ringkasnya, diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di benarkan jika ia memenuhi syarat2 yang di sebut dalam fasal ini...

Tanpa menghujahkan alasan2 lain...

Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad...

Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan 'di teruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) di ambil telah dicapai'...

Selain dari itu, jika konvensyen itu di sahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya di biarkan berterusan...

Perkara 2 Fasal 1 :

Ringkasnya, kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang2 yang mengekalkan diskriminasi kaum...

Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu di mansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah di hentikan...

Saya tiada masalah dengan Perkara 3 kerana kita tidak pernah mengamalkan apartheid...

Perkara 5 :

Ia menghendaki Negara Pihak (negara2 yang mengesahkan Konvensyen ini) menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya, hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara, hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula...

Hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama2 orang lain...

Hak untuk mewarisi harta...

Hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain2...

Semuanya sudah pun di peruntukkan dalam Perlembagaan kita...

Kita tidak ada masalah dengannya...

Di manakah ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Penjelasannya

Pertama :

Takrifan diskriminasi kaum...

Ia jelas bercanggah dengan :

Perkara 8(4)(f) :


Yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu...

Perkara 89 :

Mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu...

Perkara 153 :

Mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang di berikan atau di adakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana2 antara negeri Sabah dan Sarawak...

Apakah Akibatnya Jika Malaysia Mengesahkan Konvensyen Ini


Dengan pengesahan kita, dengan rasminya, menerima kandungan konvensyen itu...

Maka semua undang2 kita, termasuk Perlembagaan, akan terpaksa di pinda atau di mansuhkan...

Segala peruntukan yang memberi keistmewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah di mansuhkan atau di pinda...

Pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang di berikan atau di adakan oleh Kerajaan Persekutuan dan pemberian permit atau lesen dan sebagainya TIDAK BOLEH mengikut kuota orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi...

PNB yang mengeluarkan Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Nasional dan lain2 yang khusus untuk Bumiputra akan di tutup atau semua produknya di buka kepada orang bukan Melayu dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak...

UiTM, Maktab Rendak Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA dan yang serupa dengannya akan di tutup atau di buka kepada semua...

Tanah rizab Melayu akan di hapuskan...

Rejimen Askar Melayu akan di bubar...

Biasanya, saya tidak mahu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja2 Melayu dalam hal politik...

Tetapi mempertahankan tanggungjawab dan kuasa Raja2 Melayu bukanlah isu politik...

Ia isu keperlembagaan...

Perkara 153 (1) Memperuntukkan :


Menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana2 antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum3 lain mengikut peruntukan Perkara ini...

Perhatikan klausa *Menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu*...

Perkara 153 Fasal (2) :

Yang di-Pertuan Agong  menjalankan fungsinya mengikut apa3 cara yang perlu bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan di buat perizaban bagi mereka mengikut kadar yang di fikirkan munasabah oleh baginda mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan dan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang di berikan atau di adakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga mengenai permit dan lesen...

Perkara 153 Fasal (3) :

Bagi memastikan perizaban yang di sebut dalam fasal (2) itu di buat, Yang Di Pertuan Agong boleh memberi apa2 arahan am yang perlu kepada mana3 Suruhanjaya atau pihak berkuasa yang di pertanggungkan mengenai pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu...

Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah MEMATUHI arahan itu dengan sewajarnya...

Perkara 153 Fasal (6) :

Memberi kuasa kepada Yang Di Pertuan Agong untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak mengikut kadar yang di fikirkan munasabah oleh baginda mengenai permit atau lesen yang di perlukan bagi mengendalikan apa2 pertukangan atau perniagaan yang di peruntukkan dalam undang2 Persekutuan yang sedia ada...

Pihak berkuasa itu di kehendaki MEMATUHI  arahan itu dengan sewajarnya...

Perkara 153 Fasal (8A) :

Yang Di Pertuan Agong di beri kuasa untuk memberi apa2 arahan yang perlu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban kadar yang di fikirkan munasabah oleh baginda mengenai tempat2 di universiti, kolej atau institusi pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak...

Pihak berkuasa berkenaan hendaklah MEMATUHI arahan itu dengan sewajarnya...

Perlu di ambil perhatian bahawa peruntukan yang sama dengan Perkara 153 itu terdapat juga dalam perlembagaan2 negeri2, termasuk Sabah dan Sarawak yang menggantikan perkataan 'Melayu' dengan 'anak negeri' (natives)...

Tetapi apa yang sangat mengejutkan ialah peruntukan yang sama tidak terdapat dalam Perlembagaan negeri Pulau Pinang...

Hanya satu alasan yang saya boleh berikan.

Semua Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak Merdeka adalah daripada parti MCA, Gerakan dan DAP...

Walau pun di luar mereka musuh politik, tapi mereka sependapat mengenai hak keistimewaan orang Melayu...

Maka, walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan peruntukan seperti Parkara 153 di masukkan ke dalam Perlembagaan negeri2, mereka tidak melakukannya...

Itu satu pengajaran kepada orang Melayu tetapi orang Melayu tidak akan mempelajarinya...

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menghapuskan hak keistimewaan mereka sendiri!!!

Biar apa pun, bagi negeri2 lain, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri di pertanggungjawabkan untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan memastikan di buat perizaban mengenai perkara2 yang di sebut itu untuk mereka...

Maka, jika ICERD di sahkan, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan hapus, hak Yang di-Pertuan Agong, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri mempertahankannya dan memastikan ia di laksanakan juga akan di hapuskan...

Itulah kesannya...

Maka, dalam isu ini, Yang Di Pertuan Agong, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri juga perlu di nasihatkan dengan betul untuk membolehkan mereka mengambil pendirian yang betul dan tindakan yang sewajarnya, demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan negeri2, hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak dan tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong, Raja2 Melayu dan Yang Di Pertua2 Negeri melindunginya...

Apa yang orang bukan Melayu beri sebagai ganti?

Apa yang tercatat dalam perlembagaan sebagai hak mereka kekal sebagai hak mereka...

Apa yang tercatat sebagai hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, di kongsi...

Dalam kata2 lain, hak aku hak aku, hak kamu hak kita...

Adakah syarikat2 mereka akan di buka kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Saya katakan tidak!!!

Jika di buka pun, mereka akan meletakkan syarat mestilah boleh menguasai Bahasa Mandarin dan tidak boleh memakai hijab!!!

Itu dengan sendirinya akan menghalang orang Melayu dan anak2 negeri Sabah dan Sarawak daripada di terima berkhidmat dalam syarikat2 mereka...


Selain itu, mereka akan menggunakan bahasa Cina sesama mereka...

Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan terpinggir juga...

Gaji lebih rendah!!!

Peluang kenaikan pangkat tidak ada...

Cubalah membuka satu perniagaan yang di fikirkan akan bersaing dengan perniagaan mereka dan alamilah tindak balas seluruh masyarakat perniagaan mereka...

Itu bukan diskriminasikah!!!

Memandangkan kesannya yang terlalu besar itulah maka selama 50 tahun kerajaan BN tidak mengesahkan konvensyen itu...

Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan Peguam2 Negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu...

Perlu di ambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri...

Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu...

Bagaimana sekarang?

Sekarang, dengan Waytha Moorthy, Pengerusi HINDRAF sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial...

Tommy Thomas sebagai Peguam Negara...

DAP sebagai parti dominan dalam PH walau pun PH menafikannya...

Pemimpin2 Amanah seperti masih khayal dengan kemenangan dan jawatan menteri...

Pemimpin2 PKR sibuk berebut jawatan dalan parti...

Dr. Mahathir cuba menyesuaikan diri dengan fahaman liberal dan sosialis DAP...

Kebencian terhadap Datuk Seri Najib sampai ke tahap apa yang di buat oleh kerajaan BN termasuk 22 tahun yang di lakukan oleh Dr. Mahathir sendiri, semuanya salah...

Beberapa orang menteri kerajaan PH yang tidak pernah merasakan kuasa dan kedudukan cuba menjadi juara masyarakat mereka sendiri...

Iri hati dan dendam terhadap orang Melayu dan janji pilihanraya PH...

Dengan itu semua, maka kerajaan PH bersedia untuk mengesahkan konvensyen itu!!!

Para pemimpin Melayu dalam PH, sama ada dari Amanah, PKR atau pun Bersatu, terus membisu...

Saya tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita...

Namun, bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan?

Saya katakan bahawa pengecualian (reservation) seperti itu akan di bantah oleh negara2 lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum...

Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu!!!

Jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang di sebut itu akan di kekalkan (jika boleh, saya kata tidak boleh), untuk apa konvesyen itu hendak di sahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak di sahkan?

Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan2 bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan2 itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948...

Jika tidak cukup tambahkan sahaja...

Peliknya, Akta Hasutan hendak di mansuhkan...

Konvensyen itu hendak di sahkan...

Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak di sahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang di berikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak itu, DI HAPUSKAN SAMA SEKALI!!!

Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, bagi mengelakkan bantahan...

Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153...

ITU ADALAH SATU PEMBOHONGAN!!!

Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan...

Dalam kata× lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai...

Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud!!!

ITU ADALAH HUJAH YANG MELESET!!!

Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153...

Perkara ini, orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar!!!


Sebenarnya, pelantikan Waytha Moorthy sebagai menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) adalah satu kesilapan yang besar!!!

Beliau adalah generasi pertama kelahiran Malaysia, lahir kira2 3 tahun selepas penubuhan Malaysia...

Beliau, malah, besar kemungkinan, ibu bapanya juga, tidak melalui sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini dan menghayati mengapa peruntukan mengenai Tanah Rizab Malayu, Regimen Askar Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan...

Beliau marah kerana tidak di terima untuk belajar undang2 di universiti awam Malaysia...

Dia sangat berdendam...


Maka, setelah menjadi seorang peguam, beliau menubuh HINDRAF...

Imejnya sebagai Pengerusi HINDRAF sangat bertentangan dengan mesej perpaduan...

HINDRAF melambangkan pemberontakan satu kaum yang di tindas oleh kaum majoriti...

Kehadirannya untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Negara dengan di temani oleh seorang sahabat karibnya dengan rupa (patut atau tidak di panggil hantu) sudah cukup untuk merenggang masyarakat majoriti Melayu/Islam daripadanya...

Tanpa masyarakat majoriti, perpaduan tidak mungkin tercapai...

Maka, tidak hairanlah jika, sebagai seorang menteri, beliau terus melaksanakan agenda HINDRAF...

Saya katakan, beliau akan menyebabkan perpecahan, malah permusuhan antara kaum, bukan menyatupadukan mereka...

Kepada anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, bahawa untung rugi mereka adalah bersama orang Melayu dalam hal ini...

Jangan kerana benci kepada orang Melayu atas isu agama hingga terlupa isu yang lebih besar...

Kepada pemimpin2 Melayu dalam PKR, Bersatu dan Amanah saya minta, nyatakan pendirian masing2...

Orang Melayu ingin tahu apa pendirian anda semua!!!

Kepada kerajaan PH saya ingin bertanya, adakah ia benar2 hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak?

Jika, ya, cakap terus terang supaya semua orang tahu...

Jangan berselindung di sebalik konvensyen itu...

Kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, kebanyakan kamu (termasuk saya) hanya baru keluar dari kampung atau pedalaman satu atau dua generasi...

Jangan lupa daratan...

Tanya diri sendiri tanpa Perkara 153,
Dasar Ekonomi Baru, MARA, FELDA, PNB, UiTM, Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA, Asrama Desa dan lain2...

DI MANA KAMU SEKARANG!!!

Jangan bodoh sombong nanti jadi Red Indians di negera sendiri!!!

Kepada kumpulan yang memperjuangkan pengesahan ICERD, saya katakan janganlah menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara pariah yang enggan mengesahkan konvensyen2 antarabangsa...

Sebagai misalan, Amerika Syarikat belum mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979) dan Konensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989)...

Malaysia telah pun mengesahkannya...

Saya telah katakan apa yang saya hendak katakan...

Terserahlah kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak memikirkannya dan mengambil pendirian masing2 dan secara berkumpulan...


Ingat, orang Melayu seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela, Tok Janggut, Dol Said, Rosli Dobi, Antanum, Mat Salleh  dan lain2, dalam serba kekurangan, bangun menentang penjajahan British!!!

Ingat, apabila Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dan askar2 British lari bertempiaran menyelamatkan diri...

Siapakah yang bangun berjuang kalau bukan askar2 Melayu yang di ketuai oleh, antara lain,  Leftenan Adnan hingga ke titisan darah terakhir!!!

Ingat, dalam tahun 1946, walau pun dalam keadaan kemiskinan, tanpa pelajaran dan jawatan tinggi, tanpa kenderaan walaupun basikal, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga ia di tarik balik...

Ingat, selepas itu, anak muda Melayulah yang mengangkat senjata menentang pemberontakan kominis...

Ingat, itu di ikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan...

Ingat, demi untuk mencapai kemerdekaan, orang Melayu sanggup bertolak ansur hingga tinggallah sedikit hak mereka yang di persetujui dan termaktub dalam Perlembagaan...

Adakah, hari ini, setelah menikmati hasil kemerdekaan selama 60 tahun, kita, dengan rela, akan menyerahkan segala2nya?

Adakah demi rasa malu kerana kononnya di anggap rasis (walau pun hakikatnya kita hanya mempertahankan kita), maka kita akan biarkan perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita berkubur!!!

Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah ada yang kerana ingin merampas hak orang lain...

Adakah kita dengan rela, akan menyerahkan hak kita?

KITA BUKAN HENDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN!!!

Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah di persetujui dan termaktub dalam perlembagaan...

Kita mempertahankan peruntukan perlembagaan yang sedia ada...

Pelampaukah kita?

Rasiskah kita?

Alhamdullilah Bekas Ketua Hakim Negara telah menolong umat Melayu Islam untuk memahami kesan malapetaka jika ICERD di tandatangani...

Walaupun panjang, bacalah untuk kebaikan anak cucu Melayu Islam kita semua....



Dari tulisan asal :

Tun Abdul Hamid Mohamad

Bekas Ketua Hakim Negara Malaysia
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

ICERD: Pendirian Anwar Longgar



(Harakah) – Pendirian pimpinan utama parti Pakatan Harapan khususnya Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sangat longgar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menegaskan meskipun Anwar berpendapat ICERD perlu ditangguh namun secara asasnya pendirian ketua umum itu tetap masih menerima ICERD.

Sedangkan katanya, kenyataan tersebut berbeza daripada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih berani dan tegas berpendirian ICERD mustahil untuk dilaksanakan.

Tambahnya, kelemahan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan hak bumiputera cuba ditutup dengan memperkecilkan tindakan PAS dan Umno yang bekerjasama membantah cadangan ratifikasi ICERD.

"Perkara ini diucapkan oleh beliau semasa ucapan penangguhan dalam Kongres Nasional PKR Ke-13 semalam, menunjukkan beliau seolah-oleh mementingkan soal kedudukan berbanding isu agama yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Islam meletakkan menjaga agama di tahap pertama dalam Maqasid Syariah.

"Masihkah ada lagi harapan kepada beliau untuk mempertahankan Islam dengan berani dan tegas? Hanya masa yang akan menentukan," katanya kepada Harakahdaily.

Mahathir ketika ditemui media selepas penutupan Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-26 di Papua New Guinea semalam telah menegaskan perlaksanaan ICERD memerlukan penggubalan semula Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu beliau berpendapat, meraktifikasi ICERD adalah mustahil memandangkan kerana ia memerlukan dua pertiga majoriti undian ahli parlimen.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Khalid Samakan Ketuanan Melayu Macam Nazi, Israel



(Utusan) – Konsep ketuanan Melayu yang memartabatkan hak sesuatu bangsa sama seperti perjuangan yang diamalkan dalam fahaman Nazi dan Israel.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, istilah tersebut bukan sahaja jelik tetapi tidak dapat diterima dalam masyarakat majmuk kerana menganggap kaum Melayu itu sebagai tuan negara ini manakala bangsa lain sebagai hamba.

Katanya, kedudukan istimewa dan hak orang Melayu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan namun ia tiada kena mengena dengan ketuanan bangsa.

"Istilah ketuanan hanya timbul selepas Pilihan Raya Umum ke-12 bila didapati ramai bukan Melayu menyokong pembangkang. Untuk melawan sokongan bukan Melayu, maka diwujudkan istilah itu supaya orang Melayu tidak bersama-sama bukan Melayu.
 
"Dalam perlembagaan jelas memelihara kedudukan istimewa orang Melayu termasuk institusi raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi ia tidak menafikan rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama," katanya.

Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata demikian ketika ditanya mengenai isu berkaitan ketuanan Melayu dan ICERD selepas merasmikan Seminar Penyelarasan dan Penguatkuasaan Penggunaan Produk Biodegrasi di sini hari.

Seminar yang disertai kira-kira 300 peserta itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan pemain industri mengenai penggunaan produk biodegrasi dalam usaha menjadikan landskap bandar raya bebas plastik dan alam sekitar yang bersih.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Wahai Tun, asalkan bukan Waytha Moorthy!



Oleh : Zaini Hassan, Utusan Malaysia

JIKA kita mahu menjadi Malaysia Baharu, saya setuju biar ia baharu betul-betul.

Jika di Amerika Syarikat mereka boleh mengheret bakal Ketua Hakimnya ke Jawatankuasa Kongres kerana dikatakan terbabit dalam salah laku seksual di zaman sekolah tinggi dahulu, maka kelakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy lebih dahsyat lagi.

Seharuslah dalam isu video itu, dia perlu dihadapkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), atau dihadapkan ke Jawatankuasa 
Parlimen untuk diadakan pendengaran (secara terbuka) mengenai benarkah "dakwaan beliau" itu?

Ada yang berkata ah, itu video lama. Jika itu video lama yang rata-rata kita belum pernah saksikan, maka adakah ia perlu dilupakan?

Apabila dia membuat kenyataan umum kepada TV Belanda mengenai zalimnya orang Melayu Islam Malaysia, kerajaan Malaysia dan raja-raja Melayu yang menaungi negara ini, itu adalah satu penghinaan kepada mereka semua.

Semua orang termasuk orang India Malaysia yang tidak ekstrem turut menghentam kenyataan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu. Waytha Moorthy membuat kenyataan itu seolah-olah seperti orang sedang khayal atau sedang mereka cerita fiksyen.

Malah Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) merangkap Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, sekiranya kenyataan dan suara dalam video berdurasi dua minit 39 saat yang tular itu adalah beliau (Waytha Moorthy) maka tindakan itu adalah secara sengaja mengkhianati negara.

Katanya, Waytha Moorthy sudah berbohong dan membuat kenyataan palsu untuk mempengaruhi negara luar membenci Malaysia.

"Bagaimana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh mengaibkan nama negara ke seluruh dunia dengan membuat kenyataan palsu yang berupa hasutan itu.

"Ini adalah pengkhianatan yang cukup dahsyat kepada bangsa dan negara! Waytha Moorthy harus ditangkap serta didakwa mengikut SOSMA.

"Penyangak ini bersifat perkauman tanpa asas, ini akan membinasakan seluruh bangsa dan negara kita," kata Khairuddin dalam satu kenyataan beberapa hari lalu.

Adakah, oleh kerana "terlalu berlembut" sangat orang Melayu Islam negara ini mengakibatkan kenyataan-kenyataan seumpama itu berani dikeluarkan oleh orang seperti Waytha Moorthy?

Saya, sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu Islam amat malu apabila seorang rakan saya warga asing yang dalam lawatan kerja ke negara ini bertanyakan saya adakah begitu zalim orang Melayu Islam negara ini?

Saya terkapa-kapa, tidak percaya bahawa satu dunia telah mengetahui "pengaduan" 'Menteri Perpaduan Nasional' itu mengenai konon zalimnya kita terhadap kaum India, agama mereka dan hak mereka di negara ini.

Bagi saya kenyataan pemimpin Hindraf itu satu hasutan atau cubaan menghasut supaya orang India Malaysia, kerajaan dan rakyat Belanda dan seluruh dunia membenci negara ini dan orang Melayu Islam negara ini.

Saya tidak percaya ada rakyat Malaysia yang sanggup membuat kenyataan umum yang buruk, jelik, hodoh, bodoh dan tolol macam menteri itu.

Saya juga tergamam apabila pemimpin Hindraf itu dilantik menjadi menteri dalam Kabinet Malaysia Baharu ini.

Ramai lagi orang yang boleh mengisi jawatan itu. Terlalu banyak ironinya dalam konteks Waytha Moorthy ini. Jika Waytha Moorthy seorang yang ikhlas, dia tidak akan mengadu-domba pula sentimen perasaan kita semua dengan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)?

Wahai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kita sayangkan keharmonian Malaysia.

Kita orang Melayu Islam "tidak kisah" sesiapa pun yang memegang jawatan Kabinet itu, asalkan bukan Waytha Moorthy.

Dia terlampau bigotry (taksub) dan rasis!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

UMNO, PAS akan wujudkan jawatankuasa khas



(Bharian) KUALA SELANGOR: UMNO dan PAS akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas dalam tempoh terdekat bagi mencari titik persamaan demi memperjuangkan agenda Melayu dan Islam di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa khas itu juga diwujudkan bertujuan untuk melaksanakan program sosial membabitkan dua parti Melayu berkenaan.

"Menerusi jawatankuasa ini, UMNO juga akan anjurkan perhimpunan berkaitan isu membabitkan Melayu dan Islam di setiap negeri bagi menyemarakkan lagi jalinan kerjasama kedua-dua parti, sekali gus menaikkan semangat orang Melayu dan Islam.

"Kami berharap menerusi jawatankuasa ini kami akan mampu berganding sebagai satu pakatan pembangkang dalam memelihara agenda Melayu dan Islam di negara ini," katanya ketika berucap semasa menghadiri program perjumpaan presiden UMNO bersama kepimpinan tertinggi UMNO peringkat Selangor.

Sementara itu, beliau yakin UMNO akan dapat mempertahankan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ahmad Zahid berkata UMNO tidak gentar untuk bertanding di DUN Rantau dan pihaknya akan membuktikan bahawa parti keramat Melayu itu masih menjadi pilihan rakyat.

"Rantau ditakdirkan akan mengadakan PRK selepas mahkamah buat keputusan membatalkan kemenangan Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan).

"Ikut perundangan, Tok Mat boleh buat rayuan, tetapi saya minta beliau tidak buat rayuan. UMNO berani bertanding dan ini adalah kawasan kubu kuat UMNO," katanya.

Jumaat lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan bahawa kemenangan Mohamad di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta-merta.

Sebelum ini Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding kerusi terbabit selepas calon PKR Dr S Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR. - BERNAMA

Pewaris Melayu : Alhamdulillah, nampaknya titik persaudaraan UMNO-Pas bakal menjadi kenyataan. Cuma penulis harap jangan UMNO terlalu terhegeh-hegeh dalam hal ni dan pastikan terus istiaqmah. 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PAS, UMNO serta NGO akan bangkit tentang ICERD!




Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tegas berkata seluruh ahli UMNO, Pas dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) akan bangkit menentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) jika tiada pengisytiharaan daripada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menolaknya.

Justeru menurut Ahmad Zahid, bagi UMNO, dengan seluruh kekuatan ahlinya dengan tekad menentang ratifikasi ICERD.




"Kita ketepikan perbedaan pegangan politik di kalangan kita, ini bukan perhimpunan Pas, UMNO dan NGO-NGO.. ini perhimpunan ummah keseluruhannya, rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Mulainya malam ini kita ketepikan perbedaan dari semua peringkat, demi Islam UMNO dan Pas bergabung dalam satu wadah kekuatan ummah," tegas Ahmad Zahid dalam ucapannya sepentas bersama Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di sini malam tadi.

Kira-kira lebih 40 ribu umat Islam yang majoritinya terdiri daripada ahli UMNO, Pas dan NGO hadir dari seluruh negara bergabung berhimpun di dalam Perhimpunan Perpaduan Ummah di Kampung Gajah, di sini.

Turut hadir pemimpin-pemimpin utama UMNO, Pas dan NGO sama ada dari peringkat pusat, negeri hinggalah dari akar umbi.

Tambah Ahmad Zahid lagi, perhimpunan yang diadakan di Pasir Salak itu merupakan satu perhimpunan yang besar ertinya kepada seluruh umat Islam di Negara ini.

"Ini satu perhimpunan yang cukup besar ertinya.. perhimpunan ini jelas seluruh ahli-ahli UMNO, Pas serta NGO-NGO berkumpul di Pasir Salak ini.

"Saya ingin mengumumkan malam ini bukan malam pertama dan terakhir Perhimpunan Perpaduan Ummah, bahkan ini malam pertama Datuk Seri Tajuddin telah diberikan mandat untuk mengadakan perhimpunan yang sama di setiap negeri.

"Dengan semangat ukhuwah yang ada pada kita.. kita datang dengan semangat perjuangan Islam, Melayu dan tanah air kita," katanya.

Dalam pada yang sama, Ahmad Zahid memberi komitmen UMNO akan bersama-sama dengan Pas yang akan mengadakan perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur pada 8 Disember nanti.

Jelasnya lagi, kerajaan Malaysia sejak merdeka tidak pernah menindas mana-mana kaum, budaya serta agama lain dan janganlah ada pihak yang cuba meminggirkan hak-hak orang Melayu dan Islam sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Hari ini, tapak permulaan untuk kita bercantum biarpun atas nama ICERD, kita menolak ratifikasi ICERD, kita tahu ia diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menolak dasar perkauman di Afrika Selatan.

"Kerajaan Malaysia dari tahun 1957 tidak menindas mana-mana kaum, agama, budaya. Jangan silap kononnya atas nama kesamarataan mereka mahu meminggirkan Islam. Mereka mahu meminggirkan Melayu, Raja-Raja Melayu dan kita bangun tidak mahu ICERD ini diratifikasikan," tegasnya.

Menurut Ahmad Zahid juga, jika kerajaan PH tetap berpendirian tiada sebarang pengisytiharan mengenai ICERD, tidak mustahil orang Melayu mengamuk.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berharap agar UMNO dan Pas bercantum serta ketepikan perbezaan demi Islam, Melayu dan Bumiputera serta rakyat secara keseluruhannya dengan membina kekuatan yang baharu untuk negara ini.

Sebelum acara kemuncak dengan ucapan dari Ahmad Zahid dan Haji Hadi, turut dimulakan dengan ucapan pemimpin-pemimpin negeri dan tempatan dari kedua-dua parti serta solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Sumber : UMNO Online

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Deklarasi Setapak : Perjuangan Malaysia untuk Rakyat Malaysia dan ICERD




DAP harus sokong ICERD

Setahu kita, pengisytiharan "Deklarasi Setapak" yang dirumuskan oleh pelopor DAP pada tahun 1967, adalah satu bukti kepercayaan parti DAP bahawa prinsip kesaksamaan antara kaum mesti diterapkan dalam proses pembangunan negara, terutamanya apabila kita berada dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.

Dalam "Deklarasi Setapak", pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label "bumiputera" dan "bukan bumiputera".

Kalau kita melihatnya dalam konteks hari ini, ideologi DAP pada ketika itu adalah satu pendirian yang bersifat inklusif dan berpandangan jauh.

Namun begitu, lihat balik kepada dasar dan polisi yang kami kemukan pada hari ini, adakah DAP semakin beranjak ke hadapan? Atau sebaliknya kami tidak lagi melihat kepada ideologi yang diperjuangkan selama ini?

Perlu ingat, "Deklarasi Setapak" adalah satu deklarasi yang telah membentuk hala tuju perjuangan DAP bagi merealisasikan impian "Malaysia untuk rakyat Malaysia".

Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar "Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa".

Sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin parti kita, sudah tentu boleh menjadi sebuah rujukan bagaimana penolakan dasar diskriminasi kaum dilakukan.

Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.

Itulah sebabnya DAP masih tetap berdiri teguh di atas tanah air ini sehingga hari ini dan kini berjaya mendapat mandat rakyat bertukar dari parti pembangkang ke parti memerintah selepas PRU14 pada bulan Mei yang lalu.

Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.

Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.

Ini bukanlah erti "kesaksamaan untuk setiap rakyat" tetapi ia namanya ialah "asimilasi semua rakyat".

Kita mesti tahu, perbezaan warna kulit bukannya satu dosa atau alasan untuk menafikan hak seseorang.

Tetapi, politik yang berasaskan prinsip perkauman dan diskriminasi barulah penyumbang kemerosotan negara, dan sekali gus memusnahkan perpaduan negara kita yang tercinta ini.

Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah "parti untuk semua rakyat", caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.

Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))

Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.

Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.

Chow Yu Hui
ADUN TRAS

Chiong Yoke Kong
ADUN TANAH RATA

Kenyataan media bersama oleh Chow Yu Hui dan Chiong Yoke Kong di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 9 November 2018


Pewaris Melayu : Apa yang DS Najib cakapkan pada PAU2017 adalah benar. Jika UMNO kalah pada PRU14 maka habislah Melayu dan Bumiputera. Tengok kenyataan ADUN DAP yang terang-terang menunjukkan belang DAP yang sebenar. Tahniah kepada 25% orang Melayu yang mengundi PH pada PRU14 yang lepas. Tahniah kepada orang muda yang termakan hasutan dan fitnah PH untuk membenci Najib, UMNO dan Barisan Nasional sehingga jatuhnya pemerintahan Melayu-Islam. Kita saksikan apa yang bakal berlaku nanti. 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Annuar: ICERD umpama 'Malayan Union baru'



(Malaysiakini) Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menegaskan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa PBB Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) seperti menerima gagasan Malayan Union bentuk baru.

"Meratifikasi ICERD adalah umpama menerima gagasan Malayan Union bentuk baru.

"Apakah yang kita kerugian kiranya kita tidak menandatanganinya?" Soal beliau pada ciapan di Twitter malam ini.

Annuar juga membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang juga belum meratifikasikan pelbagai konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Amerika Syarikat sendiri adalah antara negara yang belum meratifikasi pelbagai konvensyen, kenapa pula Malaysia yang nak lebih lebih?" Tanya beliau lagi.

Ada peruntukan ICERD tak sesuai

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan keraguannya terhadap ICERD.

"Kita kena timbang sebab ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita," katanya kepada media ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan mengenai konvensyen itu.

Sebelum ini, pada 30 Oktober lalu, Mahathir berkata kerajaan hanya akan meratifikasi Konvensyen ICERD selepas berbincang dengan semua kaum.

"Perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana di Malaysia terdapat pelbagai kaum.

"Masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu," katanya.

Pada September lalu, ketika hadir Persidangan Agung PBB yang ke-73, perdana menteri berkata Malaysia akan meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa mengenai hak asasi manusia selepas mengkajinya secara mendalam.

"Dalam konteks ini kerajaan baru Malaysia berikrar akan meratifikasi semua instrumen PBB yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi manusia tetapi masih belum diperakui negara.

"Bagaimanapun, hal ini tidak mudah kerana Malaysia sebuah negara majmuk dengan pelbagai etnik, agama, budaya dan bahasa.

"Kami akan menyediakan ruang dan masa kepada semua pihak untuk mengkaji dan untuk memutuskan secara bebas berdasarkan demokrasi," katanya ketika berucap di New York.

Pada 23 Oktober lalu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph berkata Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan kedudukan istimewa bumiputera, tidak akan terjejas walaupun kerajaan menandatangani ICERD.

 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Jelas DAP Cuba Gunakan Tekanan Antarabangsa Untuk Laksanakan Agenda Malaysian Malaysia Melalui Retifikasi ICERD

Memahami Isu ICERD


Sebagai seorang pensyarah undang2 antarabangsa yang tiada apa2 kepentingan politik peribadi, Dr.Yazid terpanggil untuk jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah...


Baru2 ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan...

Apa Yang Di Katakan Treati (Konvensyen)

Pertama sekali, apakah yang di maksudkan treati atau konvensyen nie...

Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa...

Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh di paksa untuk mengikut telunjuk negara asing...

Kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati...

Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor...

Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua 'nasihat' dan arahan Barat...

Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura...

Pasal lebih 50 tahun dulu tandatangan dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen...

Kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa...

Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen...

Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak2 asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu...

Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union...

Sejak merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas...

Treati ni pada teorinya menolak 'diskriminasi  kaum' tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati2 ini...

Contohnya, Malaysia satu2nya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu di definasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu...

Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya...

Ini bercanggah dengan semangat ICERD...

Isu Ratifikasi

Ramai yang tidak faham isu ratifikasi...

Kita kena faham beberapa benda :

Pertama

Kita tak wajib sign atau terima apa2 treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur...

Maknanya kalau ada percanggahan antara undang2 kita dan undang2 antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang2 antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa...

Bahasa mudahnya, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan...

Sebelum undang2 antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu...

Apa Maksud Ratifikasi

Ianya satu proses di mana undang2 nie di bawa ke Parlimen untuk di bahas dan di gubal agar selari antara keduanya...

Kita kadang2 boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut...

Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara...

Sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan...

Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum...

Sikap terburu2 hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan...

Sepatutnya pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu dan kebenaran dan izin Majlis Raja2 di perlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam...

Turut tidak di ceritakan ialah reservation tidak semestinya di terima...

Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang di buat, reservation akan terbatal...

Reservation juga tidak boleh di buat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati...

Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat...

Satu2nya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka...

Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar...

Golongan minoriti mesti di dekati, masalah mereka mesti di kenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti di buat secara komprehensif tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara...

Saifuddin + Mujahid Vs Mantan Ketua Hakim Negara Dan Peguam Termasuk Peguam Mahathir


Saifuddin kata mereka yang menentang ICERD sebab tak faham perlembagaan dan Mujahid pulak kata jangan risau, isu ICERD nie saja jer pihak2 tertentu putar belit dan fitnah...

Kepada Saifuddin Abdullah dan Mujahid Yusof Rawa di letakkan senarai petikan dari tokoh dalam bidang perundangan dan pakar perlembagaan yang mungkin TAK FAHAM PERLEMBAGAAN :

Kalau mantan Ketua Hakim Negara dan pengamal undang2 pun di katakan Saifuddin dan Mujahid sebagai tak faham perlembagaan, tak tahu ler perlembagaan yang mana satu menteri2 kita maksudkan :

Tun Abdul Hamid (Mantan Ketua Hakim Negara)


Jelas, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid menafikan jaminan hak keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera tetap akan terpelihara selepas Malaysia menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD...

Antara petikan kata2 Tun Abdul Hamid :

"Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu"...

Tuan Hj Haniff Khatri (Peguam Kanan Kes Tun Dr. Mahathir)


Beliau secara amnya turut membangkitkan ketidaksetujuan beliau dalam isu ratifikasi ICERD atas hujah2 pencabulan Perlembagaan...

Rujuk rakaman video beliau di atas...

Tuan Lukman Sheriff (Peguam & Exco Malaysia Bar Council)


Lukman Sheriff jelaskan dengan menandatangani ratifikasi ICERD maka akan memberi ruang kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di mansuhkan...

Juga bertentangan dengan dakwaan dan jaminan yang di berikan oleh Saifuddin dan Mujahid...

Antara tulisan Lukman dalam laman Facebook beliau :

"Definisi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia"... 

"Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut"... 


"Maka sekiranya ICERD di ratifikasikan :
  • MARA hendaklah di tutup...
  • MRSM hendaklah di tutup...
  • UiTM di tutup...
  • Reserve Tanah Melayu hendaklah di hapuskan...
  • Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi...
  • Biasiswa untuk Bumiputera hendaklah di hapuskan...
  • Diskaun rumah Bumiputera hendaklah di hapuskan...
  • Syarat Bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendaklah di hapuskan..."


Tuan Yusfarizal bin Yusoff (Peguam dan bertanding untuk jawatan Exco Bar Council)


Yusfarizal keluarkan kenyataan yang hampir senada dengan Hj. Haniff Khatri...

Dengan menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD dan kononnya dengan reservasi2 tertentu maka Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa kerani menandatangani persetujuan tetapi tidak mempersetujui kandungan2 persetujuan yang di tandatangani...

Jadi di manakah asas jaminan yang di berikan oleh Saiduddin dan Mujahid bahawa Malaysia mampu mempertahankan hak2 orang Melayu dan Bumiputera setelah menandatangani ratifikasi ICERD!!!

Antara tulisan Yusfarizal dalam laman Facebook beliau :

"Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebat antarabangsa, sebagaimana Arab Saudi dan Yemen"...

"Ertinya jelas lagi bersuluh bahawa ICERD adalah hak asasi acuan barat yang tidak sesuai sama sekali dengan acuan Malaysia"...

"Mustahil untuk menerimanya tanpa merombak hampir keseluruhan asasnya"...

Datuk Salleh Buang [Mantan Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)]


Senada dengan Lukman Sheriff, Datuk Salleh Buang melahirkan kebimbangan beliau mengenai hak2 dan keistimewaan orang2 Melayu dan Bumiputera sekiranya kerajaan meneruskan hasrat menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD...

Seorang lagi pengamal undang2 berpengalaman  menafikan dakwaan dan jaminan dari Saifuddin dan Mujahid...

Antara tulisan Salleh yang di terbitkan oleh Utusan...

"Andainya konvensyen ini di laksanakan di negara ini, beberapa institusi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Rejimen Askar Melayu terpaksa di mansuhkan"... 

"Beberapa undang2 lain yang telah wujud ratusan tahun seperti Enakmen Tanah Rizab Melayu (yang menjadi asas perundangan tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung) juga terpaksa di mansuhkan"...

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar [Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)]


Datuk Zainul berpendapat ICERD berisiko untuk membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan termasuk Perkara 153...

Seorang lagi pakar undang2 menafikan jaminan dan dakwaan Saifuddin dan Mujahid...

Antara petikan kenyataan Zainul di Utusan :

"Ini kerana ia melibatkan pelbagai implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam."

Puan Ilyanie Khuszairy [Peguam Mahathir & Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)]


Jelas kenyataan Ilyanie bertentangan dengan jaminan dan dakwaan Saifuddin dan Mujahid...

Antara petikan tulisan beliau di laman Facebook beliau :

"Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi untuk menghapuskan kleptokrasi, korupsi para pemimpin terdahulu dengan menggadaikan maruah dan kedaulatan Raja berperlembagaan??"

Sekiranya bantahan dari NGO dan beberapa parti politik dari pembangkang di anggap fitnah dan usaha mempolitikkan isu ICERD oleh Saifuddin dan Mujahid, apakah ulasan dan pandangan yang menentang persetujuan kerajaan Malaysia menandatangani retifikasi ICERD juga di anggap tidak cukup kredit dan tiada merit untuk kerajaan membatalkan hasrat menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD...

Apakah Saiduddin dan Mujahid merasakan mereka lebih memahami perlembagaan berbanding dengan tokoh2 perundangan negara!!!

Atau adakah pendirian di beri tekanan oleh pihak2 tertentu dan Saifuddin serta Mujahid 'WAJIB' akur dengan arahan 'DEWA' mereka!!!

Jelas pada kita, desakan menandatangani ratifikasi ICERD yang tak pernah di persetujui oleh kerajaan Malaysia sejak merdeka adalah usaha menggunakan tekanan dan pengaruh antarabangsa dalam melaksanakan agenda Malaysian Malaysia DAP!!!

Memetik amaran dari Haniff Khatri, walau pun Malaysia bercadang untuk tandatangani ratifikasi ICERDdengan reservasi2 tertentu namun sekiranya 2/3 pihak yang sudah menandatangani retifikasi tersesebut TIDAK BERSETUJU dengan reservasi2 tersebut maka dengan sendirinya reservasi2 tersebut AKAN TERBATAL!!!

Mereka sedar, tanpa tekanan dan pengaruh antarabangsa adalah mustahil agenda Malaysian Malaysia dapat di laksanakan sepenuhnya kerana peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai ugama Islam dan hak keistimewaan orang2 Melayu dan Bumiputera TIDAK boleh di pinda atau di masuhkan TANPA mendapat restu Majlis Raja2 walau pun mendapat persetujuan 2/3 dari ahli Dewan Rakyat...

Maka dengan bersetuju menandatangani ratifikasi ICERD maka akhirnya segala peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang MESTI mendapat pekenan Majlis Raja2 boleh di gubal atau di mansuhkan...

Bajet 2019 mereka telah dapat merealisasikan  'Bajet Samarata Malaysian Malaysia' dan kini mereka mula bergerak ke arah pindaan perlembagaan...

Apakah kita masih lagi mahu mengambil sikap tunggu dan lihat dan masih merasakan tiada asas untuk kita merasa bimbang terhadap generasi anak bangsa kita di masa hadapan!!!

Jom bantah dan tandatangan petisyen BANTAH RATIFIKASI ICERD!!!




Sumber :

Dr. Yazid Zul
Pensyarah Undang2 UIAM

Hazwan Mohamad
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC)  

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .