Pandangan penulis tentang bekas Perdana Menteri, @NajibRazak



Sabtu lepas kita saksikan hebatnya aura bekas Perdana Menteri kita DS Najib Razak di majlis bertemu rakan maya. Dari 9 tahun yang lepas sehingga ke hari ini Najib dicemuh oleh orang ramai semenjak beliau menjadi Timabalan Perdana Menteri sampailah jatuh dari kerusi Perdana Menteri selepas kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14 yang lepas.

Umum kita tahu Najib adalah seorang ahli politik yang baik, mewarisi ketokohan dan kempimpinan dari arwah Tun Razak, tapi imej beliau tercemar teruk 3-4 tahun ni dek serangan peribadi terutamanya daripada bekas boss beliau Tun Mahathir sejak tahun 2014 lagi.

Semua orang tahu apa cemuhan dan kritikan yang diterima oleh Najib setiap hari. Bukannya diri beliau je yang dicemuh tetapi isteri dan anak beranak pun sama dikritik saban hari. Takapalah, nak buat macam mana kalau dah adat bergelumang dalam politik ni. Satu keluarga kena terpalit. Adat politik Malaysia.

Kagum

Apa yang penulis kagum dengan semangat Najib adalah beliau tetap bersemangat untuk memperjuangkan hak rakyat dan konsisten dalam perjuangannya. Walaupun kena kritik sebagai pemimpin kejam, pemimpin zalim, korap dan pencuri, nada beliau tetap sama dan tak pernah berubah. Dalam majlis bersama rakan online beliau kata walaupun kena rendam kepala dalam air dia tetap dengan UMNO dan BN.

Kata-kata Najib yang terus setia dengan UMNO dapat reaksi daripada beberapa orang pemimpin UMNO yang tak "sefahaman" dengan Najib. Penulis tau, UMNO di ramai sangat pemimpin yang bermuka-muka, nak jadi hero dan pangkat bila ada jawatan je. Tapi bila UMNO dan BN dah tewas pada PRU14 haritu adakah mereka mengambil keputusan untuk bertanggungjawab akan kekalahan UMNO? Tidak!

Kenapa perlu menikus dengan kenyataan Najib atas kesetiannya kepada parti? Kenapa UMNO tak mahu menyahut semangat Najib dengan terus menerus mengeluarkan kenyataan menghentam kerajaan PH yang terang – terang flip flop dan menindas rakyat? Kenapa taka da pun satu kenyataan pedas daripada kepimpinan UMNO terhadap dasar-dasar kerajaan?

Ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO

DS Hishammuddin adalah seorang pemimpin yang penulis sangat kagumi dan hormati kerana tak mempertahankan jawatan dalam Pemilihan UMNO 2018 kerana beliau bertanggungjawab akan kekalahan UMNO pada PRU yang lepas. Adakah pemimpin yang lantang mengkritik Najib mengambil langkah yang sama? Ada yang tak malu siap nak bertanding sebagai Presiden UMNO lagi tapi kalah dan melaungkan pelbagai perkataan , akar umbi terus dapat gambaran jelas yang beliau memang layak menjadi Presiden UMNO.

Sudahlah salahkan Najib, ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO sebagai kekalahan sepasukan dan bukannya terus menerus salahkan Najib. Najib hanyalah nahkoda kapal UMNO yang dibarisi oleh awak-awak dan anak kapal UMNO yang bekerja mengikut arahan ketua kapal.

Pemimpin UMNO harus move on daripada terus menerus menyalahkan Najib. Tolonglah jangan gunakan Najib untuk modal naikkan kepercayaan rakyat kepada UMNO. UMNO takkan boleh berubah jika terus bersikap sebegini terhadap Najib.

Najib adalah bekas Presiden kita yang jatuh dek tohmahan dan fitnah pihak disebelah sana. Bantulah Najib, tolonglah Najib dikala beliau didalam kesempitan pertolongan daripada ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia. Majlis bersama rakan media tempoh hari memang dilihat menjadi salah satu bukti sokongan kuat rakyat terhadap Najib.

Pewaris Melayu 05-11-2018

 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .