40 Ahli Parlimen UMNO lompat parti adalah mustahil - Ahmad Zahid



BUTTERWORTH 4 Nov. - UMNO menyifatkan adalah mustahil seramai 40 Ahli Parlimen parti itu akan keluar parti dan melompat menyertai Pakatan Harapan (PH) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan itu hanya bertujuan mewujudkan persepsi buruk terhadap parti itu dalam kalangan rakyat seterusnya melemahkan parti berkenaan.

Tegasnya, beliau berkeyakinan tinggi semua Ahli Parlimen UMNO yang ada ketika ini bersedia untuk terus bersama-sama parti itu serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kumpulan yang kuat.

"Memang benar kita menerima tekanan, banyak ugutan diberikan, siasatan juga dibuat, ada yang diheret (ke mahkamah) termasuk saya sendiri.

 "Tetapi saya mahu tegaskan, ugutlah, heretlah, saya tidak akan pernah takut dengan ugutan itu," katanya ketika berucap dalam perjumpaan bersama-sama ahli UMNO negeri ini di sini pagi tadi.

Dalam pada itu,  Ahmad Zahid turut mengingatkan supaya ahli UMNO tidak gentar dengan ugutan dan bertahan dengan serangan persepsi yang cuba menunjukkan kononnya riwayat UMNO akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang sudah wujud sejak 72 tahun lalu, putaran krisis dalam UMNO bukan perkara baharu dan meskipun pertama kali menjadi pembangkang, namun parti itu akan tetap bertahan dalam membela orang Melayu dan Islam.

Apatah lagi, kata beliau, rakyat kini sudah mula merasai keperitan selepas enam bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dab kembali mengharapkan UMNO membela nasib mereka seterusnya menjadi kerajaan semula. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .