Shahidan kongsi formula Dr M kekal berkuasa tanpa PKR, DAP


Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim berpandangan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan dapat mengekalkan kuasa sekiranya DAP dan PKR keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Bekas menteri besar itu berkata, Dr Mahathir boleh terus memerintah dengan sokongan parti Melayu dan bumiputera.

“Kalau DAP dan PKR keluar (PH) maka perdana menteri boleh memerintah dengan sokongan parti Melayu dan bumiputera.


“129 kerusi dan sekiranya 20 kerusi PKR keluar maka PM tetap akan dpt 149 atau dua pertiga majoriti. (Jadi) Perdana menteri dah cukup kuat,” tulisnya di Facebook.

Jumlah 129 yang diberikan Shahidan itu adalah berdasarkan 221 kerusi parlimen (tanpa mengira Cameron Highland) yang ditolak dengan 50 kerusi PKR dan 42 kerusi DAP.

Sejak pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu, seramai 16 orang MP telah keluar Umno dan 12 yang menjadi wakil rakyat bebas menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan (PH) kini berbaki 29 lagi kerusi untuk meraih majoriti dua pertiga di parlimen.

Setakat ini, parti komponen PH yang terdiri daripada Bersatu, Amanah, PKR dan DAP menguasai 119 daripada 222 kerusi parlimen, sementara 9 dipegang Warisan yang merupakan rakan sekutu mereka.

Manakala kedudukan Umno dan PAS pula masing-masing 38 dan 18.

Justeru, Anggota Parlimen Arau itu berkata, Dr Mahathir juga boleh menggabungkan semua parti tanpa adanya pembangkang.

“Kehebatan perdana terletak pada usaha satukan Melayu bumiputera, (orang) bukan Melayu akan hormat pada kesatuan Melayu bumiputera yang kuat.

“Bukan Melayu sudah bersatu dengan majoriti yang berada dalam DAP,” katanya lagi.


Bekas Pengerusi Umno Perlis itu turut mengakhiri tulisan itu dengan berkata: “Siapa perdana menteri selepas Dr Mahathir akan dibentang nanti,” katanya


*************************

Salam..

(SIMPAN UNTUK RUJUKAN..WAJAR BACA)

Kedudukan parti2 politik sekarang
Pkr.............50
Dap............42
Umno.........38
Pas....... ....18
Ppbm.........16
Pbb............13
Bebas........12(umno)
Amanah.....11
Warisan......09
Prs..............03
Pdp.............02
Mic.............01
Star.............01
Upko...........01
Supp...........01
Pbrs............01
Pbs.............01
Mca............01
Jumlah ....221..
CH tidak termasuk

Scene1

PH memerentah atas sokongan pkr,dap,ppbm,amanah dan warisan.PM datang dari parti yg lemah Ppbm.Kekuatan Kerajaan berada pada parti pkr dan dap.Inilah kali pertama PM dicabar oih komponen parti yg kuat iaitu dap dan pkr.Pm akan ikut kehendak dap tetapi dap juga takut hilang kuasa kalau keluar ph.Apa yg berlaku setakat ugutan sahaja.PM bolih bertahan walau pun partinya lemah.ADA PERJANJIAN TENTANG PM SELEPAS TM.

Scene2

Kalau dap dan pkr keluar maka Pm bolih memerentah dgn sokongan parti Melayu dan Bumiputera...129 kerusi dan kiranya 20 kerusi pkr keluar maka pm akan dpt 149@2/3 majority.,PM akan jadi cukup kuat.

Scene 3

Pkr bersama dap warisan dan sarawak mereka akan dapat 119 tetapi tidak kuat PM dtg dari parti bukan bumi.

Maka scene 2 terbaik..aman damai.Pm bolih juga gabung semua parti tanpa PEMBANGKANG.KEHEBATAN PM TERLETAK KEPADA USAHA SATUKAN MELAYU@BUMIPUTERA.BUKAN MELAYU AKAN HORMAT KEPADA KESATUAN MELAYU@BUMIPUTERA YG KUAT.BUKAN MELAYU SUDAH BERSATU DENGAN MAJORITI BERADA DALAM DAP.....

Siapa PM selepas TM akan dibentang nanti.
pegawai2 Kerajaan baca dan ulas

*************************



Pewaris Melayu : Menarik tapi kena ingat yang jangan biarkan Melayu tanpa kuasa apa akan jadi dengan masa depan anak cucu kita?

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Shahidan kongsi formula Dr M kekal berkuasa tanpa PKR, DAP

  1. boleh buat macam tu tapi mintak mamak madey keling letak jawatan
    serah kuasa pada Najib semula, gabung dengan PAS
    perintah Malaysia

    Ada boleh?
    lepastu Shahidan jgn bagi jawatan apa2 sebab dia ni pelesit

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .