Tun Mahathir keluar UMNO

image from flickr: Kamalsell

ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.

Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.

Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

Ulasan: bagi pendapat penulis, tindakan Dr.M keluar dari parti tidak patut dilakukan ketika masa kini UMNO sangat sangat memerlukan seorang pemimpin yang boleh menarik balik semua kekuatan parti UMNO. Jangan lah tambah kesedihan yang menyelubungi parti yang sedang perlu. tindakan dr.M itu menghancurleburkan keadaan sekarang dengan ketidakstabilan politik Melayu. Orang luar yang mahu Malaysia hancur lebur dan berpecah sudah bertepuk tangan bergembira dengan situasi Malaysia sekarang. Pembangkang sudah gembira dengan apa yang terjdi.

Ahli-ahli UMNO diminta bertenang

KUALA LUMPUR 19 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli-ahli UMNO bertenang di atas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti serta-merta.

``Tindakan Dr. Mahathir keluar UMNO merupakan satu kehilangan besar kepada parti kerana sumbangan beliau kepada UMNO sangat besar.

``Pada masa yang sama, kita sebagai ahli-ahli UMNO perlu mempertahankan parti kerana matlamat kita memasuki UMNO adalah untuk memperjuangkan nasib orang-orang Melayu,’’ katanya. - Utusan


UMNO Perlis rayu Tun Mahathir timbang semula

KUALA LUMPUR 19 Mei – Badan Perhubungan UMNO Perlis merayu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menimbangkan semula keputusannya untuk keluar daripada parti.

Ketua Penerangannya, Datuk Hashim Suboh berkata, Dr. Mahathir ialah orang yang telah membina UMNO menjadi parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

``Jika ada kelemahan, kesilapan dan kesalahan maka ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya salah atau dosa UMNO.

``Rakyat dan akar umbi telah memberi mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan. Gerakan untuk memperbetulkan parti dan kerajaan telah bermula dan makin berkembang di dalam UMNO,’’ katanya. – Utusan.





Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .