Pas dan UMNO harus bersatu untuk menentang AS

UALA LUMPUR 2 Julai - Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) merayu Pas dan UMNO bersatu untuk menghalang campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam urusan dalaman negara.

Ketua Umumnya, Osman Abu Bakar berkata, kedua-dua parti orang Melayu itu perlu segera berbuat demikian demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata, kegagalan kedua-dua parti itu untuk bersatu dalam keadaan sekarang akan membolehkan maka AS menjajah negara ini dengan pendekatan berbeza.

''Bila ini terjadi, kedaulatan kita sebagai warganegara Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi pasti terjejas seperti yang kita saksikan di Iraq dan Afghanistan sekarang.

''Jika bukan Pas dan UMNO siapa lagi, campur tangan AS harus dihalang demi survival politik, ekonomi dan agama orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Osman mengulas kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang menentang sebarang siasatan atau pendakwaan bermotifkan politik ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Negara kuasa besar itu mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, satu tuduhan yang dinafikan oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Justeru kata Osman, Pas juga perlu meninggalkan PKR kerana parti itu secara jelas tidak memperjuangkan komponen-komponen utama dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedaulatan Islam dan ketuanan Melayu.

Beliau berkata, PKR sehingga kini tidak membantah campur tangan AS dalam urusan negara kerana ia penting dalam sebarang isu membabitkan Anwar.

Beliau menambah, negara juga perlu bebas daripada sebarang bentuk tekanan AS selaras dengan imejnya sebagai bekas Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Dalam pada itu, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Casey itu.

Presiden Penaja IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, kenyataan yang menekan kepimpinan negara itu adalah satu bentuk konspirasi yang tidak boleh dimaafkan.

''Kenyataan Casey itu juga menggugat keamanan masyarakat majmuk dan kedaulatan negara ini,'' ujarnya.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Pas dan UMNO harus bersatu untuk menentang AS

  1. tak yah nak buang karen citer pasal bersatu ngan PAS.pengalaman kena terajang dari BN masa tahun 70an angkara sapa...UMNO macam peel anjing tersepit...wa nak citer panjang letih ler...rujuk ler kat otai UMNO ngan PAS yg hidup lagi kes tu...cermin muka sendiri kalau nak ajak PAS bersatu...

    BalasPadam
  2. buang karen...nak bersatu perghhh...PAS pernah kena terajang dari BN masa tahun 70an..tanya otai2 PAS ngan UMNO (kalau ada yg idup)pasal kes PAS kena terajang tu....UMNO pe-el macam anjing tersepit...
    ketuanan melayu UMNO/BN yg banyak pupuskan melalui penggubalan UNDANG2 ngan AKTA2 negara...cek ler woi...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .