Pembelian Eurocopter EC725 ikut peraturan

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa proses perolehan helikopter Eurocopter EC725 dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
Ketua Setiausahanya, Datuk Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan memilih model berkenaan dibuat berdasarkan tawaran lengkap oleh Eurocopter dan setelah mendapat markah keseluruhan tertinggi yang meliputi penilaian teknikal serta ofset harga yang munasabah.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sememangnya mempunyai data lengkap dan pengetahuan mengenai helikopter yang berada di pasaran pada masa kini.

“Oleh itu, penilaian fizikal berhubung ciri-ciri pengendalian helikopter tidak perlu dilaksanakan di kawasan kemudahan (fasilitas) yang ditetapkan penender dalam masa tarikh tutup tender (12 Februari 2008) sehingga dibawa kepada pertimbangan Mesyuarat Lembaga Tender A (pada 22 Julai 2008).

“Ini adalah bagi menjamin ketelusan proses dan integriti Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada enam pegawai tidak dipertikaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

PewarisMelayu kata:
So, sekarang nak tuduh apa lagi? DS Najib.. Lawan tetap lawan! Kita patahkan setiap serangan musuh. Negara kita sekarang ni dah kaya dengan fitnah.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

4 Responses to Pembelian Eurocopter EC725 ikut peraturan

  1. Tulah, orang punya salah, depa nampak. Depa punya salah, terang-terang, depa tak nampak.

    BalasPadam
  2. Pakatan Rapuh ( PR ) ini tak dapat menerima hakikat yang BN telah semakin kuat dan sukar untuk ditumbangkan.

    BalasPadam
  3. Saya fikir DSN tak perlu layan permintaan dari LKS melainkan ada bukti2 sahih. Seperti biasa pembangkang cuba cucuk jarum kalau-kalau terkena.
    Sebelum ini banyak tuduhan tanpa bukti dibuat.
    Jangan ikut rentak mereka.
    Saya pasti kalau PR yang memerintah, mereka pun akan lakukan benda yang sama, yakni melakukan apa yang k'jaan sekarang buat, cuma ianya lebih teruk lagi!

    BalasPadam
  4. SALAH TETAP SALAH..BETUL TETAP BETUL..JANGANLAH KITA BUTA HATI APABILA MENYUKAI SESEORANG DENGAN MENGAKUI SETIAP PERBUATANNYA ADALAH BETUL YAKNI MAKSUM.


    kenapa perlu bayar mahal jika harganya rendah?
    Tidak adakah penilaian harga yang sesuai?
    Ini adalah bertitik tolak kepada kelemahan kepimpinan tertinggi secara umumnya dan PakLah secara tepatnya.
    Saya juga tidak mahu memihak kepada sesiapa, TETAPI didalam kita menepati Firman Allah S.W.T supaya menyiapkan kelengkapan didalam memperahankan diri janganlah kita mengabaikan firman-Nya yang lain didalam PEMBAZIRAN.
    Sesungguhnya pembaziran itu adalah amalan syaitan.
    Sekalipun kita menyokong kepimpinan sekarang JANGANLAH kita menjadi dangkal ilmu dengan mebuta-tuli menyokong sesuatu yang ternyata salah..
    Dan tulisan saya ini hanyalah bersandarkan kepada beria daripada malaysiakini "http://www.malaysiakini.com/news/91603" bersandarkan kepada angka yang dinyatakan.

    MANUSIA YANG DANGKAL DAN BODOH PUN MASIH BOLEH MENILAI PERBEZAAN ANTARA 4BILION DAN 2BILION DENGAN 12BUAH DAN 50 BUAH..ADAKAH KITA TERGOLONG DIDALAM GOLONGAN YANG CERDIK / DANGKAL @ BODOH ATAUPUN TERLALAU BODOH? fikirkanlah...

    http://kazerto.blogspot.com

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .