Sejarah Dalam UPSR

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk memasukkan subjek Sejarah sebagai salah satu kertas dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjelang 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail (gambar) berkata, langkah berkenaan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya subjek itu diajar di sekolah rendah dan transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang akan bermula 2010.

''Kementerian sememangnya mengambil kira cadangan Perdana Menteri. Justeru mata pelajaran sejarah dicadangkan supaya diajar secara khusus kepada murid-murid Tahun 3 dan seterusnya pada tiap-tiap tahun sehingga Tingkatan Lima.

''Sukatan pelajarannya akan ditentukan setelah perbincangan mendalam dilaksanakan melibatkan semua pihak yang berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jelas Razali, bagi murid-murid Tahun Satu dan Dua, unsur-unsur sejarah akan diterapkan melalui bidang kemanusiaan dan bahasa.

''Buat masa ini tidak ada mata pelajaran Sejarah secara khusus untuk murid sekolah rendah. Mereka hanya diajar serba sedikit elemen sejarah dalam subjek Kajian Tempatan.
''Unsur-unsur sejarah yang diberikan pendedahan ialah sejarah budaya dan sosial masyarakat Malaysia iaitu belajar hidup bersama dan bermuafakat," katanya.

Razali menambah, pihaknya tidak mahu murid-murid menghafal apa yang berlaku pada tarikh-tarikh tertentu tetapi mengambil iktibar daripadanya.

''Maka dalam hal ini kementerian juga akan mengkaji semula pendekatan pengajaran guru bagi subjek Sejarah.

''Bagaimana guru harus mengajar dengan sebaiknya supaya ia dapat memberikan kesan kepada pemikiran dan jiwa murid-murid," jelas beliau.

Tambah Razali, kementerian mahu murid-murid seronok ketika mengikuti subjek Sejarah.
''Penggunaan audio visual, alat bantu mengajar atau teater berkemungkinan menjadi kaedah pengajaran yang berkesan," katanya.

PewarisMelayu kata:
Memang patut subjek sejarah diajar diperingkat sekolah rendah lagi supaya anak-anak kecil dapat mengetahui sejarah negara. Banyak golongan remaja sekarang tidak menghayati sejarah dan secara langsung akan menyebabkan pelbagai masalah antara kaum dan juga menghina negara. contohnya pelajar Malaysia ke Korea, Namewee.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Sejarah Dalam UPSR

  1. Samekom,

    Masa aku sekolah dulu dah buat dah.. Sejarah awai awai lagi kami kenai aaaiiihhh..

    tah mai kutu sekoq mana tah pi tukaq.

    naya hangpa kena diskriminate no....

    matapelajaran tatabahasa masa hangpa ada? sivik la kata setengah orang. takdak kot ni.

    tu laa banyak orang la nie tak tau menegang budi tu.

    tak tau hurmat orang tua - tua, perempuan dan perempuan menagndung, tak kra bangsa dan agama tu.

    dulu kami ada subjek ali, tong seng dan ramasamy. la nie takdak kot.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Sumandak suka benar kalo subjek sejarah dalam UPSR sebab budak-budak sekarang suka nak mencuba tapi sejarah asal usul bangsa sendiri tak tahu....

    BalasPadam
  3. DNL - Dulu dah ada dah..
    cuma sekarang ja dah takdak..
    so, kena adakan semula la..
    sejarah sebagai basic kepada budak2 skolah la ni. bagi depa tak lupa diri, tak besaq diri nanti..

    Sumandak -
    bagus bro.. minta2 jadi kenyataan!

    BalasPadam
  4. Aku sokong tu. malah, kena bagi wajib luluslah. Aku suka o sejarah.

    Nilah padahnya kalau puak-puak muda ni tak tau sejarah. Hak bangsa sendiri nak digadai kat orang.

    BalasPadam
  5. Bukan setakat sekolah rendah aje. Pelajaran ini patut diwajibkan sehingga IPTA dan IPTS, kebanyakan mereka yang tak sedar diri ini berada di IPTS.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .