Tiada Siapa Boleh Hentikan Kempen Memburuk-burukkan Calon - Ong

 artikel asal disini..

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Tiada sesiapa pun atau parti politik boleh menggubal undang-undang terhadap kempen memburuk-burukkan seseorang memandangkan ia telah menjadi satu kelaziman dalam suasana politik negara ini, kata naib presiden dan calon presiden MCA Datuk Ong Tee Keat.

"Tiada satu formula atau paten boleh mengubahnya (memburuk-burukkan dan dakwaan tidak berasas) melalui perundangan. Saya lebih suka menggunakan cara yang betul kepada ahli.

"Kita mesti membina budaya politik yang betul jadi kita boleh menghapuskan penyakit politik ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Terdahulu, Ong yang juga Menteri Pengangkutan, menyerahkan pencalonannya untuk jawatan presiden MCA di ibu pejabat parti itu.

Ong akan ditentang bekas Menteri Kesihatan dan bekas naib presiden Datuk Chua Jui Meng. Jawatan tertinggi parti itu kosong selepas penyandang Datuk Seri Ong Ka Ting memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Sejak dua minggu lepas, Ong membuat kenyataan bahawa terdapat kempen memburuk-burukkan dilancar terhadap beliau, termasuk dakwaan beliau mengumpulkan berjuta ringgit dan menghantar mendiang ibunya ke rumah orang tua. Beliau telah menafikan semua dakwaan itu.

Ditanya jika beliau merujuk kepada Chua, Ong berkata beliau membuat kenyataan umum tetapi dakwaan itu dibuat oleh "mereka yang bertanding jawatan" pada pemilihan parti yang dijadual 18 Okt.

Kepada soalan sama ada beliau akan mencari jalan untuk mengentikan dakwaan seumpama itu jika menang jawatan presiden, Ong berkata memandangkan budaya itu telah berleluasa, ia terlalu sukar untuk dihentikan kecuali terdapat perubahan minda di kalangan pemimpin.

Pemilihan parti kali ini paling sengit dengan menyaksikan pertandingan semua jawatan. Jawatan timbalan presiden melibatkan empat penjuru manakala lapan calon bertanding untuk mengisi empat jawatan naib presiden.

Seramai 63 calon bertanding untuk mengisi 25 kerusi jawatankuasa pusat MCA.

-- BERNAMA

PewarisMelayu kata:
Alah.. bukan setakat MCA saja, orang UMNO pun dah diperburuk-burukkan.. Jenis "tikam orang dari belakang" bersepah dalam UMNO.. Kita kena cari orang tu dan buang dari UMNO.. Baru UMNO dapat bersih dan stabil. Bukan sekadar UMNO saja perlu berbuat demikian, MCA,MIC,GERAKAN dan parti komponen BN yang lain perlu juga dibersihkan, supaya pihak pembangkang habis modal nak timbulkan isu.

Apa yang penulis sedih pelbagai fitnah dilontarkan kepada PM in Waiting kita, Dato' Najib. Pihak pembangkang sudah semestinya "lempaq taik kot belakang" nak pastikan Dato' Najib sama seperti Pak Lah. Adakah nasib Dato' Najib akan sama macam Pak Lah?

P/s: Gempar juga ikut persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi. Baru penulis nampak ketua pembangkang "buat kerja sikit".. Gamaknya, misi 16sept masih "on track".. Masih tak mahu mengalah ke? Ehem.. pandai pula nak tumpukan pada isu kesejahteraan rakyat.. Al-maklumlah kan, 16sept dah gagal.. Tarikh baru pun tak tentu jadi atau tidak... 

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

4 Responses to Tiada Siapa Boleh Hentikan Kempen Memburuk-burukkan Calon - Ong

  1. Ketua Pembangkang memang kena bijak kalo tak penggal aan datang tak kena calon lagi oleh ahli pembangkang... Periuk nasidia lah Bro....

    Nak ahli perhatian bila tarikh nak ambik kerajaan pandai berubah-ubah pelakon handalan dalam Dewan lah katakan.... HEBAT tu Bro

    BalasPadam
  2. sumandak,
    dulu, kalau awak buka balik rakaman video ceramah anwar, cek balik, ada tak dia cakap pemimpin negara flip flop?

    ada kan? tapi, sekarang sapa yang flip flop?

    allah bayar CASH kat dunia bro..
    tak mati lagi allah dah tunjuk...

    esok lusa kita tak tau lagi macam mana..
    ikut qada dan qadar-nya lah..

    BalasPadam
  3. Itu lah bro cakap yang terlalu riak memakan diri sendiri.....

    Lagi pun hukum Allah memang tak pernah guna kad kredit skang guna CASH kat dunia lagi tu bro.. nanti di akhirat hanya dia je yang tahu hukuman ape seterusnya......

    BalasPadam
  4. Ha, dia kata 8 Disember. Raya korban. Dia nak cari lagi idea encik.

    Eh apa pasai ha Bandar Baru Kulim punya kerusi parlimen, orang BN tak mau buat tuntutan? Boleh terimakah alasan yang depa bagi? Ai, lain macam ni.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .