"Sebagai contoh, ada pemimpin Pas dalam sesi ceramah ketika pilihan raya lalu berjanji kepada rakyat akan menutup kilang arak termasuk membuat janji lain dalam sesuatu perkara yang kononnya tidak diberi perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Bagaimanapun, janji itu dibuat sebelum menang pilihan raya. Tetapi apabila Pas sudah menang, hendak laksanakan pengharaman arak di kawasan majoriti orang Islam pun mereka tidak mampu kerana suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR.

"Malah, Pas juga dilihat terlalu lemah dan takut untuk menyuarakan pandangan mereka kerana bimbang akan dibantah oleh DAP walaupun tindakan itu jelas bertentangan dengan dasar mereka yang mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.BACA LAGI

PEWARISMELAYU KATA:

Ni la akibatnya kalau terlalu berjanji itu dan ini, mereka janji bukan - bukan benda yang tak dapat diterima akal. Ingat senang kah nak hapuskan maksiat, arak, judi dan rasuah dalam masa yang singkat?

Kita hidup di Malaysia, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kalau PAS nak hapuskan arak di Selangor, dapatkah mereka melaksanakannya?

RAKYAT SELANGOR sekarang dah puas hati dengan segala janji - janji manis PAS? Cakap tak serupa bikin!

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to

  1. Salam PEWARIS,

    Thannks, kerana singgah ke blog tuah.

    Kawan memang heran dengan PAS ni hanya pandainya bercakap besar dan terjerit-jerit tapi satu pun tak terlaksanakan.

    BalasPadam
  2. pas dilah dilahirkan untuk bunuh umno. pas rela cium buntut dap untuk laksana islam.

    tapi dalam pas ramai yg telah sokong umno... tunggulah

    itulah hikmah allah swt

    BalasPadam
  3. Pelik TV3 - suku menyiarkan gambar Mat Isa Sabu, dalam beritanya boleh tuuu. ..bukan wajah Mat Sabu

    BalasPadam
  4. Boleh saman TV 3 suku, macam Mie Juga peragainya

    BalasPadam
  5. Encik, depa kata Arif shah nak menyeberang betoikah? Ha, pi siasat sat bolehkah encik?

    BalasPadam
  6. PAS gagal laksanakan agenda Islam di Selangor”, demikianlah tajuk laporan berita muka 5 Utusan Malaysia hari ini. Ia memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Rahman Palil yang juga ADUN Sementa (yang memenangi kerusi tersebut secara percuma dalam PR lalu).

    Kata beliau walaupun PAS kini berkuasa di negeri Selangor melalui kerajaan Pakatan Rakyat namun seakan tidak berupaya melaksanakan agenda pembangunan Islam kerana rakan-rakan dalam PR seperti PKR dan DAP seolah-olah menidakkan peranan mereka.

    Syabaslah Rahman Palil kerana mampu juga bersuara walaupun kini duduk dikerusi pembangkang. Selama ini Umno Selangor hanya bersuara melalui Khir Toyo dan sedikit-sebanyak dari Muhammad Taib selaku Ketua Perhubungan, yang lain termasuklah Rahman seakan sepi mendiamkan diri. Memang bukan mudah merubah diri dari duduk dibangku kerajaan ke kerusi pembangkang kini.

    Apakah benar bahawa PAS selama ini gagal laksanakan agenda Islam? Apakah Umno sebelum ini berjaya?





    Kita akui bahawa PAS dengan hanya 8 kerusi DUN Selangor, merupakan rakan kongsi terkecil dalam kerajaan Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP (walaupun ada mengatakan sebenarnya yang paling kecil adalah PSM dengan 1 kerusi di Kota Damansara). Walaubagaimanapun Rahman lupa dan mungkin tidak tahu bahawa rakan-rakan dalam PR akur dan tidak pernah memperkecilkan peranan PAS kerana sedikitnya bilangan kerusi mereka lantaran kerajaan PR Selangor hakikatnya tidak akan terbentuk tanpa kehadiran PAS.

    Kerana itu untuk mengatakan yang PAS tidak berupaya lantaran kecilnya saham kuasanya dalam kerajaan Selangor adalah tidak tepat. Sejurus terbentuk kerajaaan PR selepas pilihan raya lalu, Pesuruhjaya PAS, Dato Dr Hasan Ali yang juga ADUN Gombak Setia telah diangkat sebagai EXCO bertanggungjawab dalam hal ehwal agama dan adat sitiadat Melayu. Ini merupakan pengiktirafan pertama kerajaan negeri terhadap PAS.

    Lalu apakah PAS gagal dalam agenda Islamnya selama 8 bulan kebelakangan ini? Rahman mungkin perlu berkata begitu kerana beliau Ketua Penerangan dari parti pembangkang, takkanlah beliau mahu katakana yang Dr Hasan lebih efektif sebagai EXCO Agama berbanding beliau dahulu.

    Sesungguhnya dimana-mana sahaja PAS berada, samada dalam kerajaan yang ia dominasi, seperti Kelantan ataupun punya pengaruh seperti Kedah atau sekecil Perak dan Selangor, agenda Islam yang diperjuangkan parti itu akan terus ditonjolkan. Bukan hanya MB, EXCO dan ADUN PAS bertanggungjawab menjulangnya, malah apabila ada kerajaan, ahli-ahli PBT, ketua-ketua kampong, JKKK dan lain-lain semuanya perlu pikul tanggungjawab ini. Berlainan dengan Umno, walaupun kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara, tetapi bila berkuasa, yang menjadi tumpuannya adalah projek, projek dan projek.

    Rahman mengambil contoh kes pengharaman arak di Selangor yang dijadikan isu baru-baru ini.Kalau Rahman jujur sebenarnya apabila beliau memainkan isu ini keadaannya bagaikan meludah dilangit, jatuh terpalit ke muka beliau sendiri. Jangan putar-belitkan isu. Kenyataan MB selepas mesyuarat EXCO baru-baru ini menyebut bahawa penguatkuasaan terhadap peraturan yang sedia ada akan dilaksanakan mulai Januari 2009. Ini bermakna PAS telah berjaya menuntut kerajaan Pakatan Rakyat yang baru 8 bulan usianya itu agar menguatkuasakan pengharaman penjualan arak ke atas umat Islam di Selangor sebagaimana yang terkandung dalam enakmen pentadbiran Islam negeri, peruntukkan yang ada sejak zaman BN lagi tetapi langsung tidak diusaha atau dipedulikan oleh Rahman ketiak beliau EXCO Agama!

    Bagaimana dengan pentadbiran masjid dan surau yang dibelenggu dizaman Rahman dan Umno sehingga masjid dan surau gagal memainkan peranannya sebagai pembentuk akhlak dan pemikiran masyarakat. Dizaman Rahman Almarhum Dato Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor), Dato Dr Harun Din, Ustaz Dato’ Ismail Kamus semuanya walaupun tinggi dan diiktiraf ilmunya tetapi dilarang mengajar di masjid dan surau-surau seluruh Selangor! Jawatankuasa masjid dan surau-surau tiada lagi dipilih oleh ahli-ahli kariah tetapi ditentukan oleh kerajaan dengan bantuan kuat Umno peringkat cawangan dan bahagian dizaman Rahman. Kini kuasa ahli kariah mahu dikembalikan semula oleh kerajaan, mana lebih baik?

    Kerajaan negeri Selangor kini melalui suara wakil-wakil PAS mengawal aktiviti hiburan berunsur maksiat, sejak 8 bulan kebelakangan ini banyak telah diharamkan, dikawal dan seumpamanya, tidak seperti dulu. Malah aktiviti hiburan melampau seperti konsert dan “funfair” turut tidak diluluskan oleh PBT di kawasan majoriti penduduk Islam. Zaman Rahman dulu bagaimana?

    Begitu juga dengan pengagihan bantuan zakat, kini semakin meluas dan tidak lagi terhad kepada mereka yang sebulu dengan parti pemerintah semata-mata seperti dizaman Rahman dulu. Anak-anak yang layak dihatar untuk melanjutkan pengajian ke pusat-pusat pengajian di Timur Tengah dalam bilangan yang berganda lebihnya berbanding dizaman Rahman. Maahad-maahad Tahfiz yang dulunya hjampir tutup kedai kini dibantu oleh kerajaan melalui EXCO Agama.

    Di PBT-PBT seluruh Selangor kini ahli-ahli majlis PAS memain peranan untuk melahirkan masyarakat yang bermaruah, bersih, telus dan bermoral. Lesen-lesen pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut yang merupakan sarang maksiat di zaman Rahman kini dikawal dan banyak yang telah ditutup dan tidak diluluskan lesennya.

    Banyak lagi program yang sedang disusun oleh pimpinan PAS negeri khususnya berhubung Islam dan nasib serta masa-depan orang-orang Melayu disamping seluruh masyarakat berbilang kaum. Kami baru lapan bulan berkuasa sedangkan kita boleh bertanyakan soalan yang sama kepada Rahman, apakah yang telah beliau dan Umno lakukan untuk Islam selama hampir 50 tahun mereka berkuasa?!

    Kata Rahman PAS sudah menjadi parti hipokrit, sedangkan beliau dan Umno yang hipokrit selama ini sehingga ditolak rakyat tidak beliau sedari.

    Saya yakin PAS akan terus komited dalam memperjuangakn agenda Islamnya, kerana itulah tuntutan ahli-ahli dan mereka yang telah memberikan mandat kepada PAS. Selagi mana PAS adalah parti Islam maka selagi itulah ia tidak boleh memisahkan dirinya dari berjuang dan melaksanakan Islam. Rahman boleh terus kritik dan tabur fitnah, tetapi ingat kita semua bertanggungjawab di hadapan Allah swt apabila bertemu Nya kelak dimana semua bukan hanya PAS termasuklah Umno dan lain-lain akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan apabila diberi kuasa di atas bumi yang sementara ini.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .