S'wak jalan baru ke Putrajaya

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."
PEWARIS KATA : Mungkin dia nak cover balik malu yang dulu kot.. kes 16 September dah memburukkan nama Anwar, sekarang ni dia nak realisasikan impian dia nak jadi PM. PM (pakar menipu) dah jadi, lani dah usha nak jadi PM (Prime Minister) pulak.

Anwar berusha nampaknya nak menarik MP Sarawak menyertai Pakatan Rakyat setelah Sabah dah memalukannya, sampaikan ada rombongan cari katak - katak ke Taiwan. Aduhai, kesiannya kepada Bro Anwar bin Ibrahim.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.
PEWARIS KATA : Kenapa dia tak dedahkan nama - nama katak yang nak melompat tu? Adakah isu basi ni nak dihangatkan semula oleh Anwar? Benarkah ada katak yang mahu melompat?

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar. baca lagi
PEWARIS KATA : Allah tidak menyukai hambanya berperngai hasad dengki dan takabbur. Kita tunggu dan lihat, impian kerajaan pintu belakang Anwar berhasil atau tidak.


SUMBER : MALAYSIAKINI

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to S'wak jalan baru ke Putrajaya

  1. bro, bANG NUAR KITA ni badut...

    http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/11/30/pkr-congress-clown-of-the-year-has-a-new-jambu/

    BalasPadam
  2. Politik Malaysia tak ada beza dengan politik di negara-negara lain. Susah untuk kita mendapat kesahihan apa-apa bukti pun. Parti mana yang "bersih"? Parti mana yang "baik"? Wallahualam. Semakin lama semakin bosan dengan politik di Malaysia.

    Parti itu kata parti ni, Parti ni kata parti tu. Siapa yang benar? Siapa pula yang salah?

    Macam Muhyiden Yassin cakap di ucapan beliau di USM bulan lepas: "Kita ada ramai orang yang mahu menjadi Dr Mahathir dengan menyatakan pendapat mereka. Berapa jumlah penduduk? Semuanya nak jadi Mahathir". Pedih tapi benar. Semua orang akan berasa apa yang mereka rasa itu benar. Apa yang mereka tuturkan itu tepat.

    Saya ambil langkah mengundur diri dari terlibat dengan politik. Cousin saya juga merupakan YB di Permatang Damar Laut satu ketika dulu :) Tidak terlintas sedetik pun di hati untuk terlibat. Ada hikmah mungkin.

    Salam.

    BalasPadam
  3. Faisal Admar, zaman sekarang nak jadi ahli politik kena besar kantung dan berpengaruh. ini lah sindrom yan perlu dikikis oleh pemimpin dan rakyat.

    Berbalik kepada usaha nuar sondol nak pergi ke sarawak tu bukan apa sebenarnya nak mengaburi mata rakyat padahal nak pergi beli "gambir sarawak" untuk di sapu pada "anu"nya kerana sekarang nuar sondol ni dah kena penyakit kelamin.

    BalasPadam
  4. Negeri Sabah dan Sarawak sepatutnya berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi peluang 'berubah' yang drastik. Bukan senang untuk mendapat royalti minyak 20% dalam keadaan seperti sekarang begitu juga kemudahan dan kelebihan lain yang ditawarkan. Jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah sampai bila pun kelebihan yang Pakatan Rakyat (PR) tawarkan tidak akan diperolehi. Seorang Pensyarah UUM yang berasal dari Sabah juga berpendapat iaitu 'kita mesti bawa perubahan'. Sabah dan Sarawak tidak boleh terus diperkudakan oleh kerajaan BN untuk memerintah negara. Namun antara banyak perbincangan/diskusi, beberapa persoalan mengenai undi rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN, menarik perhatian oleh seorang pelajar yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu untuk mengulas keadaan pengundi di benua Borneo itu sendiri. Adakah suatu kebodohan atau kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak mengundi BN pada PRU 12 yang lalu?. Jika ia suatu kebodohan atau kebijaksanaan, mengapa begitu? Kalau hendak dibandingkan kemajuan Sabah dan Sarawak dari Semenanjung, memang jauh berbeza. Walaupun bentuk geografinya menjadi faktor kemajuan namun ianya bukan suatu halangan untuk pemerintah membuat kemajuan sewajarnya terutama pambangunan di ceruk pendalaman. Royalti minyak juga merupakan hak negeri mereka yang patut difikirkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.
    Teman yakin dan percaya Barisan exco dan pimpinan PKR dibawah DSAI sedang mengatur strategi untok mengambil aleh kerajaan sekarang. Jangan kita pandang perkara ini remeh. Ini adalah perkara yang sangat kompleks bagi DSAI untok memikirkan langkah langkah yang perlu diambil bagi menyakinkan rakyat yang PR adalah alternatif yang lebih baik dari BN. Dibawah BN, hanya sebahagian rakyat sahaja yang mendapat keuntungan dan rakyat di Sabah dan Serawak telah sekian lama diabaikan. Strategi PKR untok mengeggarkan Malaysia Timur; Sabah dan Serawak adalah langkah permulaan yang sangat memberangsangkan.

    Dengan 5 State dibawah Pakatan Rakyat, DSAI hanya perlukan sokongan Sabah dan Serawak untok menukar kerajaan.

    Apa yang kita sudah ada diPerak, P.Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor adalah titik tolak bagi perjalanan dan missi yang lebih jauh. Kesemua 5 kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat perlukan membuktikan kepada rakyat jelata bahawa ia adalah lebih baik dari BN. Ini yang rakyat analisakan. Mereka perlukan kemudahan; taraf hidup yang lebih baik, biasiswa untok belajar, peluang pekerjaan, ekonomi yang baik, jenayah berkurangan, sistem immigration yang lebih teratur, penting sekali kemudahan kesihatan kepada semua. Rakyat perlukan ’security’ untok masa depan mereka. Jika rakyat melihat kita tidak dapat memimpin dan menyelesaikan masaalah yang ada, mereka tidak akan mengundi untok parti itu. Jika mereka melihat negeri penoh dengan masalah, kehidupan rakyat masih tertekan dan taraf hidup masih ditakuk lama..they may not like what they see.

    Jika Pakatan Rakyat yang ada dapat ‘menggembirakan’ hati rakyat dan dapat menyakinkan orang ramai yang pertukaran (change) yang berlaku semasa tsunami politik lepas lebih menguntungkan mereka dan tidak merugikan, then l think PR will no doubt will have an easier ride.

    Rakyat semua perlukan kualiti hidup yang lebih baik dari yang ada, they need progress; mereka perlukan wang yang mencukupi untok menanggung beban hidup. Jika kemiskinan hidup dapat diatasi dan rakyat tidak menderita, peluang DSAI menjadi Perdana Menteri adalah baik.

    BalasPadam
  5. macam maner ekonomi & pelabor luar nak dtg ke malaysia.pemimpin yg ateh sekali kuat tido . yg ekor2 nya bapak rasuah pulak

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .