Kepada YB Ariff Shah, penulis amat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB kerana ini merupakan kenyataan yang amat pedih sekali yang dikeluarkan dari mulut pemimpin Melayu yang berkarisma seperti YB.
YB, Kenapa YB bersikap sedemikian? Ingatlah YB, apakah yang ingin diperjuangkan oleh YB selama ini? adakah YB tidak ikhlas dalam perjuangan YB selama ini? YB hendaklah menjadi pejuang bangsa , agama dan negara. Bukanlah perjuangan untuk diri sendiri. Penulis amat kecewa dengan kenyataan YB.
YB, ingatlah perjuangan PM kita, Abdullah Badawi pada tahun 1987/88. Dia tetap sabar walaupun dia dipecat daripada kabinet ketika menjadi Menteri Luar dan dituduh menjadi ahli Team B yang diketuai oleh Ku Li.
Kesabaran Pak Lah patut dicontohi dan KEIKHLASANnya untuk membela RAKYAT , BANGSA , dan AGAMA. Jangan cepat gelap mata dengan tawaran yang diberikan oleh orang lain. Tawaran itu tidak seberapa dan tidak setanding dengan perjuangan untuk memartabatkan BANGSA, dan AGAMA.
Disaat BANGSA kita dipertikai dan diperlekeh oleh bangsa asing, adakah patut YB berundur daripada perjuangan mempertahankan HAK dan KEISTIMEWAAN kita di tanah air sendiri.
INGAT YB, kami merupakan rakyat yang mengundi YB pada pilihanraya Umum yang lalu dan kami memilih YB disebabkan YB mahu memperjuangan hak - hak kami dan parti kami.
Jangan kerana sedikit tekanan, anda mahu mengalah dan mahu berundur dari parti yang memartabat bangsa kita. YB, janganlah jadi pengkhianat parti dengan menyertai pakatan pembangkang!
YB, sudah terang dan bersuluh, pakatan pembangkang yang ada bukanlah mahu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa kita di Tanah Melayu sendiri, YB lihatlah barisan 'pengkhianat parti' yang berada didalamnya? Adakah YB mahu rekod bersih dan nama baik YB dicemari dengan menyertai pakatan pembangkang tersebut? Buat baik berpada - pada, buat jahat jangan sekali.
YB, kami, orang - orang Melayu amat memerlukan wakil rakyat seperti YB dan anggaplah segala dugaan ini sebagai satu hikmah, mungkin ada sebabnya ia berlaku. YB, pangkat dan darjat tidak kekal lama, perjuangan kita masih belum selesai. Jangan mudah mengalah YB!
Diakhir sekali, penulis mahu YB memikir kembali dan menarik balik kenyataan yang sudah YB keluarkan. Kepada semua pemimpin UMNO dan BN, ingatlah! Bersatu lah kita semua. Susah senang kita tetap akan bersama. Kalau sayangkan Tanah Melayu, sayangkan Bangsa dan Agama kita, bersatulah! Pangkat dan darjat tidak akan membawa kita kemana mana.
Anak Permatang Pauh, Pewaris Melayu
2 Desember 2008
ya dengan itu saya juga mengharapkan agar YB jangan tinggalkan Umno. YB juga saya tahu selalu membantu SBM sebuah organisasi cacat cawangan Negeri Pulau Pinang. Mahukah YB menjadi pengkhianat bangsa yang sanggup menjual maruah bangsa demi kerana politik? Lihatlah apa dah jadi di Pulau pinang di bawah pemerintahan pengkhianat ini?
BalasPadamRumours...dah clear dah!
BalasPadamya betoi, dah sah tak betoi. Barulah lega sikit.
BalasPadamEh, jomlah ajak dia masuk BPN encik.
Desperado
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
SURAT TERBUKA KEPADA YB ARIFF SHAH":
Rumours...dah clear dah!
itu la ..tindakan arif shah ini seperti cepat melatah dan tidak fikir panjang.
BalasPadamsy selaku ahli pemuda UMNO prmtg pauh yg bermati-matian dan berjaga malam semasa tempoh berkempen PRK PP dulu ,bila dtg isu dalaman parti ,mudah sgt Arif shah lupa diri dan tidak kenang jasa orang2 UMNO yg pulun bekerja support dia masa piliharaya dulu.
apapun Pak lah telah tangani benda ini dgn bijak dan Arif shah kekal bersama BN dan UMNO
yalah, lega rasanya bila mendengar penjelasan Pak Lah semalam.
BalasPadamEncik, ajaklah Arif masuk BPN.
Pejuang Bangsa
telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "
SURAT TERBUKA KEPADA YB ARIFF SHAH":
itu la ..tindakan arif shah ini seperti cepat melatah dan tidak fikir panjang.
sy selaku ahli pemuda UMNO prmtg pauh yg bermati-matian dan berjaga malam semasa tempoh berkempen PRK PP dulu ,bila dtg isu dalaman parti ,mudah sgt Arif
shah lupa diri dan tidak kenang jasa orang2 UMNO yg pulun bekerja support dia masa piliharaya dulu.
apapun Pak lah telah tangani benda ini dgn bijak dan Arif shah kekal bersama BN dan UMNO