Archive for Julai 2010

Hidung Nik Aziz yang "Mancung"

4 Comments
Jom komen di Facebook!

Perpaduan Melayu: Tiada maaf bagimu..

Awas kalau nak bercakap mengenai perpaduan Melayu.Nampaknya terkini macam tidak ada benda lain yang lagi lebih jijik dikacamata Parti Islam Semalaysia selain bab itu.

Seikhlas manapun ia pasti akan berbalik kepada bottomline nya yakni survival politik PAS yang tidak mahu ada pihak ketiga yang merobek cinta dan kasih sayangnya pada PKR dan DAP.

Tan Sri Harussani Zakaria harus sedar Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah ulamak dalam kelasnya yang tersendiri yang tidak memerlukan pandangan sesiapa.

Baginya sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah berangan-angan nak lihat parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO bersiap sedia kena cop bagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tiada siapa yang boleh buat Tok Guru ini mudah lupa dan terus membebel bagaimana PAS dan UMNO bercerai 32 tahun lampau dan mendakwa kini UMNO nak berkawan denganya semata-mata kerana menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mungkin tidak ramai generasi muda hari ini tahu mengenai sejarah yang Nik Aziz kata PAS kena tendang keluar waktu itu setelah empat tahun bersama BN mulai tahun 1974.

Generasi muda hari ini juga mungkin tidak ingat bagaimana semasa di zaman puncak kuasanya berada dalam UMNO dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pandang parti itu dan hanya berpeluk mesra selepas kes liwatnya yang pertama.

Tak pasti siapa yang kuat dan siapa yang lemah ketika mereka berdakap.

Jangan kata Nik Aziz kerana Lim Kit Siang sendiri macam tak ingat bagaimana Anwar mengata sakan pada DAP masa jadi orang besar UMNO.

Dunia sudah berubah dan begitu juga pentas politik negara.Masing-masing berpeluk mesra kerana dibuai keyakinan merasa Putrajaya sudah tidak jauh.

Makanya tidak hairannya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mungkin bimbang PKR dan DAP curiga pada cinta sejatinya tidak sabar-sabar mendesak Harrussani memohon maaf kerana tetap mendakwa Mufti Perak itu membuat kenyataan yang mengelirukan mengenai pertemuan dengan Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Baginya Mufti Perak itu telah membuat satu pembohongan yang memalukan.

Kalau mengikut cakap Ahli Parlimen Pokok Sena itu Harussani adalah alat dan pecacai UMNO.

Rasanya tiada siapa perlu melawan cakap para pembesar PAS yang kini sedang diawang-awangan itu.

Anwar dan Kit Siang mungkin tersenyum riang melihat sumpah setia baik Nik Aziz,Mahfuz dan sebilangan tokoh PAS yang senada.

Soal perpaduan Melayu boleh tolak sebelah.Janji cekup Putrajaya dulu.

Apa jadi selepas itu belakang kira walaupun ramai yang terus dihantui kesangsian bagaimana PKR-PAS dan DAP boleh lagi duduk semeja jika ditakdirkan berkuasa satu Malaysia.

Panjang umur…ramai orang yang nak tengok kehebatan PAS yang mendakwa dirinya lebih Islam dari orang lain nak berentap menjayakan cita-cita memartabatkan Negara Islam yang dijualnya sebagai modal politik masa kini.

Nik Aziz dan Mahfuz tahu baik Anwar maupun Kit Siang tidak akan tunduk kepada hajatnya.Cita-cita PAS itu adalah malapetaka politik yang tidak mungkin mereka mahu telan.

Ada juga yang mendakwa gambaran ini tidak lebih untuk menganggu gugat ikatan pakatan pembangkang.

Senang cakap cuba tanya Anwar dan Kit Siang sebelum ‘kena langkah mayat‘ hero Jelutong, Karpal Singh.

Tolak campur bahagi…dilihat dari sudut mana sekalipun cukup senang untuk dibayangkan dan tidak perlu siapa jolok fear factor ini.

Kecualilah siapa tahu waktu itu Nik Aziz dan Mahfuz terlupa mereka pernah gendangkan tetap nak tubuh Negara Islam jika berkuasa pada ahli PAS diserata ceruk.

Dalam politik…jangan terkejut kalau waktu itu nanti tiba-tiba berdesing kita dengar Mahfuz menjerit pembohong besar dan pecacai UMNO siapa yang kata PAS pernah cakap nak tubuh Negara Islam di Malaysia. – 25/7/2010


AGENDADAILY 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Najib bayar RM50k untuk liputan akhbar? Ingat dia macam Anwar ke?

Hakhakhak tuihh kepada penulis Malaysiakini! Tak mau la nak baca apa yang dimerepekkan di sini tak heran apa yang Najib buat dan lakukan, dia PM Malaysia tapi yang dok takut dek perbicaraan liwat tu, Anwar Ibrahim sapa dia? Dia orang hebat ke sampaikan CNN temu ramah dia? WTFish!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Guan Eng Pembelit : Lidah Biawak dan Jahat


Ni ke khalifah umar Abdul Aziz pas? Amal makruf nahi mungkar! Hak tuih... Kote taktau la sunat ke tak lagi

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Lagi bayi dibuang di tepi jalan!


Ok, bila dah jadi macam ni nak salahkan siapa? Kerajaan yang silap ye? Kalau penyokong pembangkang yang haprak kata ni mesti kes rasuah BN, ataupun sebab barang naik sebab tu la diorang buang bayi merata - rata, tak sanggup nak bela la katakan.

P/s: Mintak Tok Guru Terompah tilikkan sapa ibu kepada bayi yang dibuang tu

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nak termuntah dengan ajakan masuk PAS untuk ISLAM

Wek! tak ada gunanya nak panggil orang UMNO masuk Pas yang tak ada identiti serta kuat menggelabah tu. Tak habis - habis nak puju parti sendiri mempertahankan Islam la apa la padahal habuk pon tak ada.
Nak termuntah sangat ni, tolong sesiapa bagikan pada penulis plastik ataupun tong nak muntah.

Rujukan : Malaysiakini

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Pakatan Rakyat cuba nak gula - gula dan memperbodohkan rakyat!

PAKATAN CUBA NAK PANCING! Hello rakyat, ingatla air percuma di selangor dan pulau pinang. Nak jadi macam tu lagi ke?

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Amaran jual RON 95 kepada kenderaan asing

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik lesen pengusaha stesen minyak yang didapati menjual petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan asing mulai 1 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di stesen-stesen minyak bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

"Kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak bagi memaklumkan peraturan dan tindakan yang bakal diambil ke atas mereka jika melanggarnya.

"Kempen juga akan dijalankan dengan mempamerkan notis atau poster di setiap stesen minyak bagi memaklumkan perkara ini kepada pemilik kenderaan asing.

"Malah maklumat itu akan dihasilkan dalam pelbagai bahasa agar mereka memahaminya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'Melayu bukan pendatang'

Artifak di 100 tapak tamadun bukti Melayu penduduk asal
 
KUALA LUMPUR: Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar.

Katanya, artifak terbabit ditemui di kawasan ekskavasi di Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang, dan Muar di Johor; Kota Melaka di Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan, serta beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

“Perkara ini turut dibuktikan dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya, Barbara pada 1958.

“Penemuan itu dan kajian yang dijalankan ahli arkeologi UKM menolak teori migrasi oleh Heine-Geldern dan penyelidik dari Vienna School of Thought yang dikemukakan pada 1930-an,” katanya.
Beliau mengemukakan teori itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di UKM’ di Seminar Penanda Arasan Arkeologi di UKM, kelmarin.

Nik Hassan yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) berkata, teori itu menyatakan penemuan kapak batu di Malaysia dikatakan mempunyai ciri sama dengan kapak batu dari sebelah utara yang menunjukkan bahawa orang Melayu berpindah dari tanah besar utara.

Bagaimanapun, katanya, penemuan kapak itu tidak bermakna orang Melayu
berhijrah dari sebelah utara kerana ia membuktikan orang Melayu juga pan-
dai membuat alatan berkenaan.

“Kajian arkeologi UKM turut berjaya menemui data baru mengenai asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua di kawasan ekskavasi di Sungai Mas, Kedah,” katanya.

Beliau turut menyatakan proses Indianisasi adalah isu penting dalam zaman kerajaan awal kerana proses itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India.

“Kebudayaan India di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan, tetapi dipanggil oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Program kenang jasa Tun Razak 28 Julai

KUALA LUMPUR 14 Julai - Jika membicarakan tentang individu yang bergelar Bapa Pembangunan negara, Tun Abdul Razak Hussein, pasti imej yang sinonim dengan Allahyarham ialah kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Namun, sayang jika hanya itu yang diingati sedangkan jasa beliau sebenarnya tidak terkira sehingga membolehkan negara mencapai keamanan dan kejayaan sehingga kini.

Bagi memperingati jasa serta perjuangan Allahyarham, satu program yang bertajuk 'Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan-Suatu Pengkisahan' akan diadakan pada 28 Julai ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil berkata, program sehari itu diharap mampu menarik minat masyarakat,'' katanya selepas merasmikan prapelancaran program tersebut di sini hari ini.

Tun Abdul Razak dikenang berikutan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 bertujuan mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman di negara ini.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nik Aziz nak jumpa Muhyiddin Bincang Pasal Kerjasama UMNO - PAS?


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata UMNO sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. - BERNAMA

Komen Pewaris Melayu :


Nicky Aziz dah serabut kepala dek Anwar Ibrahim, harapan kat AI dah kabur dengan bermacam - macam berita buruk yang kita dengar hari - hari. Sebab tu la Nicky Aziz nak berdamai dengan UMNO. Biasalah, orang terdesak! Pas pon terdesak!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .