'Melayu bukan pendatang'

Artifak di 100 tapak tamadun bukti Melayu penduduk asal
 
KUALA LUMPUR: Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar.

Katanya, artifak terbabit ditemui di kawasan ekskavasi di Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang, dan Muar di Johor; Kota Melaka di Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan, serta beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

“Perkara ini turut dibuktikan dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya, Barbara pada 1958.

“Penemuan itu dan kajian yang dijalankan ahli arkeologi UKM menolak teori migrasi oleh Heine-Geldern dan penyelidik dari Vienna School of Thought yang dikemukakan pada 1930-an,” katanya.
Beliau mengemukakan teori itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di UKM’ di Seminar Penanda Arasan Arkeologi di UKM, kelmarin.

Nik Hassan yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) berkata, teori itu menyatakan penemuan kapak batu di Malaysia dikatakan mempunyai ciri sama dengan kapak batu dari sebelah utara yang menunjukkan bahawa orang Melayu berpindah dari tanah besar utara.

Bagaimanapun, katanya, penemuan kapak itu tidak bermakna orang Melayu
berhijrah dari sebelah utara kerana ia membuktikan orang Melayu juga pan-
dai membuat alatan berkenaan.

“Kajian arkeologi UKM turut berjaya menemui data baru mengenai asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua di kawasan ekskavasi di Sungai Mas, Kedah,” katanya.

Beliau turut menyatakan proses Indianisasi adalah isu penting dalam zaman kerajaan awal kerana proses itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India.

“Kebudayaan India di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan, tetapi dipanggil oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to 'Melayu bukan pendatang'

  1. Yang mulakan melayu sebagai pendatang ialah Marina Mahathir. Gara-gara penentangan keluarga mereka terhadap pemerintahan Tun Abdullah. Pembangkang telah mengambil isu ini sebagai modal kempen politik untuk menanam kebencian kepada orang Melayu.

    UMNO perlu bekerja keras untuk mengembalikan fakta yang di songsangkan oleh orang Melayu sendiri.

    agbr47: Bukan salah ibu mengandung.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .