PM : Skandal 1MDB jadi keutamaan



KUALA LUMPUR 27 Mei - Kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan untuk memberi keutamaan bagi menyelesaikan skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum menangani ba­nyak lagi kes-kes kesalahan tadbir urus lain dalam beberapa kementerian hasil peninggalan pentadbiran terdahulu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana rakyat menaruh harapan tinggi supaya wang dan aset 1MDB diperoleh semula termasuk untuk menangkap individu yang dikaitkan dengan penyelewengan dalam syarikat itu.

Katanya, beliau percaya, sebahagian daripada wang dan dana 1MDB boleh diperoleh semula sekiranya kerajaan berjaya mendapatkan beberapa individu terutama ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Jho Low mungkin tahu di mana wang itu berada dan mungkin saya rasa Rosmah juga tahu di mana wang tersebut. Kita perlu mengenal pasti mereka yang menyembunyikan wang ini dan seterusnya mendapatkan semula duit yang hilang," katanya dalam klip video temu bual bersama The Edge Markets yang turut dimuat naik dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan telah mengenal pasti wang milik 1MDB kini berada di Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland namun mengakui usaha mendapatkan semua aset-aset syarikat akan memakan masa yang panjang kerana perlu melalui pelbagai proses perundangan yang rumit.

Tambahnya, terdapat sangkaan bahawa projek-projek mega yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu bertujuan untuk membayar hutang-hutang 1MDB, tetapi apa yang pasti kata Dr. Mahathir, kerajaan berdepan masalah untuk melangsaikan hutang-hutang syarikat pelaburan tersebut.

"Apa yang mereka buat adalah dengan menjual semula tanah-tanah yang dibeli daripada kerajaan pada harga murah. Kaedah lain dengan membuat pinjaman baharu untuk membayar hutang dan ini menyebabkan tanggu­ngan hutang semakin meningkat," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri juga berkata, kerajaan akan mengadakan rundingan semula bersama pihak terlibat dalam projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kerana mendapati beberapa kandungan perjanjian pelaksanaan sistem pengangkutan tersebut boleh merosakkan ekonomi negara.

Beliau berkata, perkara sama juga akan dilakukan terhadap projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), namun lebih tertumpu kepada usaha untuk mengurangkan pampasan yang perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia sekiranya tidak mahu meneruskan pemba­ngunan tersebut.

Pewaris Melayu : Bagi penulis, penulis berharap akan kerajaan PH terus bekerja untuk menyelesaikan dan memenuhi janji 100 hari ketika berkempen terlebih dahulu. Rakyat lebih dahagakan penurunan harga barang, kos sara hidup, harga minyak dan lain - lain lagi berbanding isu 1MDB ni. 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .