Dr Mahathir ingatkan manifesto bukan Bible tapi hanya "Panduan"



KUALA LUMPUR 16 Julai - Manifesto Pakatan Harapan bukan seperti kitab Bible, sebaliknya ia hanya panduan kepada kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu, ada beberapa perkara yang tidak boleh dilaksanakan seperti yang digariskan dalam manifesto tersebut.

"Sebab tertentu kita tidak boleh mematuhi manifesto sebenar, tolong ingat manifesto itu bukanlah sebuah Bible.

"Ia adalah panduan, kadang kala kita melakukan sesuatu dan kadang-kadang kita tidak boleh, jadi kita baharu berfikiran praktikal," katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang sepatutnya dalam kalangan ahli Parlimen selaras dengan manifesto Pakatan Harapan. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .