KUALA LUMPUR 16 Julai - Ahli-ahli Dewan Rakyat bertindak keluar dewan selepas membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof
Difahamkan, bantahan tersebut kerana notis pemberitahuan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat didakwa tidak mengikut prosedur.
Notis tersebut dimaklumkan sepatutnya diserahkan tidak kurang daripada 14 hari sebelum Parlimen mula bersidang. - UTUSAN ONLINE
Hari pertama sudah menipu - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR 16 Julai - Komen ringkas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan situasi kecoh di Parlimen pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat menjadi viral.
Komen pendek beliau, hari pertama sudah menipu, menarik perhatian netizen.
Hari ini ahli-ahli Dewan Rakyat bertindak keluar dewan selepas membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof