Najib mahu jadi pembangkang yang konstruktif


KUALA LUMPUR 16 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak yang buat pertama kali hadir ke Parlimen sebagai wakil rakyat pembangkang hari ini, berjanji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif di Dewan Rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terima keadaan tersebut kerana apa yang diutamakan ialah khidmat untuk rakyat.

"Saya terima, kerana saya saya nak berkhidmat kepada rakyat dan saya mahu jadi seorang ahli pembangkang yang konstruktif, yang membina," katanya.

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perasaannya hadir buat pertama kali ke Dewan Rakyat sebagai ahli parlimen pembangkang.

"Saya nak memainkan peranan supaya amalan demokrasi dalam negara kita berjalan dalam keadaan baik yang dapat memberi makna kepada prinsip dan amalan demokrasi yang sihat," katanya. - UTUSAN ONLINE




Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .