Manifesto HARAPAN... babi pun boleh terbang




Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty kelihatan tekal dengan sikapnya dan tidak menunjukkan sebarang perubahan terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN).

Malah dia tetap tegar mempertahankan BN serta bekas pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak.

Menggunakan saluran Instagram, kali ini pelakon berkenaan menggabungkan kata-kata pedasnya dengan satu klip video menunjukkan seekor babi sedang berenang-renang sebagai mengecam HARAPAN.

Menurut Ellie, HARAPAN tidak dapat menunaikan janji yang digembar-gemburkan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu.

"Sebelum, semasa PRU ke-14 kempen janji-janji 100 hari Manifesto HARAPAN oleh calon-calon HARAPAN, dia punya berkobar-kobar menjanjikan sebuah mitos sampai babi pun boleh terbang!" katanya.

Ellie juga merujuk kepada penjelasan mengenai pelaksanaan janji manifesto HARAPAN oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang parlimen 19 Julai lalu.

"Sekarang sudah jadi kerajaan HARAPAN, jawapan kepada mitos manifesto HARAPAN yang tak dapat di tunaikan adalah... Manifesto janji 100 hari HARAPAN bukan ada dalam bible, bukan ada dalam kitab suci. Manifesto janji 100 hari HARAPAN cuma garis panduan saja. Hmmh! Garis panduan apa tu?

"Mesti jawabnya: Saya tak tahu'... Kini babi tak boleh terbang lagi... Babi berenang-renang pula dalam sungai yang nyaman! Oh ya, ternakan babi akan dinaik taraf juga! Tahniah kerajaan HARAPAN," katanya.

Ellie merujuk kepada sidang parlimen itu, ketika Dr Mahathir ditanya Anggota Parlimen Rembau Khair Jamaluddin Abu Bakar berhubung manifesto pada pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata terdapat beberapa rintangan perlu diatasi sebelum janji-janji manifesto HARAPAN dapat ditunaikan termasuk aspek-aspek perundangan.

Bagaimanapun, dalam kiriman di Instagram itu, Ellie yang juga pelakon filem Jangan Tegur dikecam salah seorang pengikutnya sebagai meroyan.

Ellie mempertahankan kiriman dan kenyataan yang dibuatnya dan menyorot bahawa dia bebas untuk berbuat demikian.

"Apa benda budak ni? Mental ke dik? Ini Instagram saya le. Apa yang teruknya? Apa yang meroyannya?" katanya.

Ellie malah mempersoalkan netizen terbabit sama ada dia faham situasi berlaku dalam negara ataupun tidak.

"Kamu suka agama Islam ditindas? Kamu suka bangsa Melayu makin dipinggir? Kamu faham tak apa yang sedang berlaku sekarang ini?
"Ke kamu marah kalau saya tak sokong hak sama rata yang telah melanggar kontrak sosial di dalam Perlembagaan Persekutuan?

"Dan kamu marah kalau saya bantah pengiktirafan UEC? Dan kamu marah saya bantah kempen Comango? Ke kamu tak faham apa-apa sebenarnya? Apa yang teruk sangat ni perempuan?" soalnya.

Sumber : Malaysiakini 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to Manifesto HARAPAN... babi pun boleh terbang

  1. sekarang dah tak kedengaran tanah2 yang banyak tergadai kepada negara china,hoi...sebelum PRU 14 bukan main lagi Tun M kunun nya kita telah di takloki oleh china. Yang aneh nya sahri dua ni pi hantak si Daim (CEP) councul of eminent person ,kunun untok berbincang fasal projek beratus billion dengan china, muka tak malu ka, bukan tu sja yang si boss no satu ni pi hantak Daim sorang je ni tak marah ka si anwar ibrahim dan lim kit siang, patut ikut sama. Kalau sorang tu macam2 boleh berlaku,,,nak tumpang sekaki pun payah.

    BalasPadam
  2. almaklumlah rakyat marhaem ni semua bodoh 'uneducated'kunun, dia sorang je yang cerdik, dulu tak apalah tak ada fb/wassap/twit/youtube untuk kita pamerkan salhlaku seseorang itu,dah banyak perkara yang boss umur 93 thn buat yang melukakan hati anwar, semenjak awal lagi dia dah tunjuk belang kuasa mahadewata nya dgn memilih menteri kanan di kalangan PPBM je.Boss tak dengar apa orang orang PKR dok bergelegak panas hati, tunggu meletup aje.

    BalasPadam
  3. 1Mahadey - Rakyat Dikencingkan, Pencapaian Diputarbelitkan.
    Menjahanam Manipesato


    MARI PUTAR BELIT.. MELAYU BODOH MEMANG SANGAT PELUPA!


    MANIPESTO KENCING PAKATON MAHAKUTTY! JANJI DICAPATI PENCAPAIAN DI PUTARBELITKAN..

    Dalam Masa Lebih kurang 60 Hari pentadbiran KERAjaan, Rakyat Tomato Telah Dikencing Sebanyak 37 Kali: setiap dua hari dikencingkan sekali.

    1.0% GST? Tak, diganti 10% SST, naik 4% banding GST - kena Kencing

    2.Harga Barang Turun ? Barang Naik Pulak kecuali tomato - Kena Kencing lagi

    3.Roti canai turun harga? Naik pulak sampai RM3.50 pasal tukang masak kena pakai orang Malaysia – Kena Kencing lagi

    4.Petrol RM1.50? Tunggu lama lamalah - Kena kencing lagi

    5.Tarrif Elektrik turun ? Naik Pulak - Kena Kencinglah

    6.Gas masak turun ? Haha, naiklah - Kena Kencing lagi

    7.Harga Beras Turun? Naik Bang pasal sudsidi pesawah dah kurang – Kena Kencing lagi

    8.Cukai Pintu turun? Naik mendedak 100% - Kena Kencing lagi

    9.Dividen KWSP naik ? KWSP rugi pulak - Kena Kencing lagi

    10.Inflasi akan turun ? Naik Naik Naik – Kena Kencing lagi

    11.Ringgit akan naik bila PH memerintah? Pergi Kencanglah – sekarang RM4.05!

    12.BRIM dikekalkan ? Ya, Kekal tapi duit sudah kurang – Kena Kencing lagi

    13.Bebas Tol ? Habuk pun takda - Kena kencing lagi

    14.Tambah peluang pekerjaan ? Penjawat Awam pula dipecat – Kena Kencing lagi

    15.Duit raya Penjawat Awam ada? Ada, tapi kurang RM100 – Kena kencing lagi

    16.Tak perlu bayar PTPTN < RM4K ? Masih belum dilaksanakan - Kena Kencing lagi

    17.Harga kereta turun? Lepas September, naik 10% ! – Kena kencing lagi

    18.Hutang negara turun ? Tak, LGE lawak naik sampai 1 Trillion - Kena Kencing lagi

    19.Pasaran Saham naik bila PH memerintah? Sebaliknya yang berlaku - Kena Kencing lagi

    20.Ekonomi negara bertambah baik ? Nahh, Agensi Kredit antarabangsa kasi turun 1% - Kena Kencing lagi

    21.Rizab Negara NaiK? Pergiiilah – Jatuh RM2.4 Billion – Kena Kencing Lagi

    22.Hartanah rumah naik ? Jatuh! Jatuh! Jatuh! - Kena Kencing lagi

    23.Rumah tidak terjual menurun? Naik 40% selepas PH – Kena Kencing lagi

    24.Tambah Pelabur Asing ? Semua sudah lari- Kena Kencing lagi

    25.Harga Minyak Sawit Naik ? Nahh! - Kena Kencing lagi

    26.Naik stop semua project mega? HSR ada lagi, ECRL ada lagi – Kena Kencing lagi

    27.PLKN dihapuskan ? Tak, diteruskan - Kena Kencing lagi

    28.SPAD dihapuskan ? Tak - Kena Kencing lagi

    29.Cakap 1MDB takda ? Eh ada pulak ya! – Kena Kencing lagi

    30.Grab car diharamkan ? Takda - Kena Kencing lagi

    31.Proton telah dijual kepada China? Tak Atok cakap ia milik Syed Mokhtar – Kena Kencing lagi

    32.Cakap lepas PH takda kroni? Ada pulak T7 – Kena Kencing lagi

    33.Bagi kebebasan bersuara ? netizen kena tangkap polis pasal komen si atok – Kena Kencing lagi

    34.Malaysia akan ada “RULE of LAW”? Nahh, orang yang belum dibukti bersalah, hartanya dirampas, dicaci di dengan orang awan akibat hasat dengki – Kena Kencing lagi

    35.Cakap mau pergi China siasat kes paip gas Sabah? Sudah jadi wayanglah – Kena Kencing lagi

    36. Harga ikan turun? Naiklah pasal subsidi nelayan ditarik balik - Kena Kencing lagi

    37. Harga ubat turun? Terbaru,harga ubat makan naik mendadak selepas PH - kena Kencing lagi


    Dan banyak lagi. Sila tambahkan senarai ini kalau ada yang ditinggalkan.

    Kencing Oh Kencing. Tak Apa, Minum Sahajalah Macai Tomato.

    ------------------------

    BABI SUDAH TERBANG..DI SANA SINI.. IDOP MACAI BABI PAKATAN!!!

    IDOP IDOP IDOP LAMBAI NIZAR BEROK kah..kah..kah..

    BalasPadam
  4. MODUS OPERANDI FITNAH ATAS NAJIB MENULAR KEPADA ZAHID - TAKTIK MUSUH-MUSUH ISLAM 'MENCANDUKAN' ORANG MELAYU DENGAN UNSUR YANG SAMA UNTUK MEMBENAMKAN REPUTASI PEMIMPIN YANG BAIK DAN MENGANGKAT PEMIMPIN SEJAHAT MEREKA!

    KUALA LUMPUR 23 Julai - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan pembabitannya dalam syarikat Bestinet Sdn Bhd yang dilaporkan melakukan penipuan pengambilan pekerja dari Nepal, serta bersedia disiasat.


    Dr. Ahmad Zahid Hamidi
    
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata syarikat tersebut bukan miliknya atau anggota keluarganya dan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat berkenaan.

    "Sila kemukakan bukti jika saya terlibat atau ada salah menggunakan kuasa atau mana-mana anggota keluarga saya yang terlibat.... saya sedia berdepan (siasatan)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Parlimen di sini.

    Presiden UMNO itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita yang mendakwa Bestinet dimiliki oleh adik iparnya iaitu Amin Abdul Nor yang terlibat dalam sindiket..

    (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zahid-sedia-disiasat-kes-penipuan-pekerja-nepal-1.714561)

    BalasPadam
  5. melayu sama melayu dok berdu domba tuduh sana tuduh sini tapi apabila kita lapor kat sprm suruh siasat darimana kekayaqan mirzan,mokhzani mereka buat diam aje, cuba siasat kekayaan daim pula darimana kekayaan beliau diperolehi sampai duit beratus billion miliki bank bank berederet di afrika, darimana datang nya duit,selama 22 tahun dia buat duit tak ada sorang pun yang berani kadepan buat laporan. berapa banyak duit petronas hangus untuk menutup hutang2 syarikat mirzan dan mokhzani. Habis kontrak besar2 petronas di sapu nya kerana kuasa seorang ayah. semua bukti sudah ada didepan mata tapi kenapa siasatan tak dibuat. Kes forex hilang 32billion RCI senyap begitu aje.

    BalasPadam
  6. Ellie.. terus berjuang, anak muda sekarang ni dah kena kencing atuk93 dan geng geng nya pun masih tak sedar, sedarkah kamu anak muda melayu, apa nama tanah kamu di lahir kan ini, ini tanah melayu,dari gugusan tanah melayu, dari Andaman sampai ke Utara Australia, kamu anak2 muda masih belum sedar putar belit OT93 dan geng geng nya yang akan menghancurkan negara, kamu tahu apa itu trillion, kamu tahu apa itu forex,perwaja,salah guna duit petronas,terowong,anak billionaire,masa depn kamu anak muda ialah kerajaan yang membela ugama bangsa dan negara,tak hairan kalau anak muda sekarang makin biadap sombong berpelesiran, negara di hidangkan perkara perkara macam itu, lbgt,maksiat,sikap biadap,etc etc,

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .