KUALA LUMPUR 3 Ogos - UMNO tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bagi memberi laluan kepada Pas sebagai tanda setiakawan antara kedua-dua parti itu.
Menurut sumber dari pejabat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, selain sebagai tanda setiakawan, keputusan itu juga menunjukkan kesepakatan antara kedua-dua parti itu untuk membongkar pembohongan Pakatan Rakyat (PH)
Melalui kesepakatan itu termasuk di pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis juga dapat memberi peluang kepada rakyat untuk menghantar mesej kepada kerajaan PH supaya menghentikan pembohongan sebaliknya menunaikan segala janji yang mereka luahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Bagaimanapun menurut sumber itu, kesepakatan tersebut tidak bermakna UMNO dan Pas akan mewujudkan satu pakatan, sebaliknya akan bekerja sama dari semasa ke semasa jika perlu berdasarkan kepentingan rakyat dan demokrasi.
Kerusi DUN Seri Setia kosong ekoran kematian Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus semalam.
Pada PRU14, Allahyarham Dr. Shaharudin yang mewakili PKR menang kerusi itu dengan majoriti 19,372 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yusoff M. Haniff; calon Pas, Mohd. Ghazali Daud dan calon bebas, S. Vigneswaran.
DUN Seri Setia mempunyai 52,650 pengundi berdaftar. - UTUSAN ONLINE
Pewaris Melayu : Penulis mengambil positif langkah UMNO tidak bertanding dan memberi peluang kepada Pas untuk 1 lawan 1 dengan PH. Semoga ini merupakan satu titik permulaan penyatuan dan penyepakatan dua parti Melayu terbesar di Malaysia ni.
Saya gembira lihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama . Ini satu titik permulaan yang baik .
BalasPadamBagus pendekatan tu? Sama2 berkolaberasi, berkerjasama, merancang strategi bagaimana untuk menang pilihanraya. Tak semestinya bubar mana2 parti atau parti itu masuk ini, ini masuk parti itu, just BERSEKUTU untuk menang pilihanraya dan membentuk kerajaan! Orang Melayu/Bumiputera mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, cuma kena ada sedikit pendekatan yg patriotik, ianya baik untuk membentuk jatidiri....
BalasPadamaku harap sgt PAS dan UMNO dapat berkerjasama buat selama lamanya...bukan setakat PRK jer....biar bertrusan selagi ada bulan dan matahari.....ini saja caranya untuk mengembalikan suara kaum majoriti...jgn lagi gaduh gaduh lepas ni...
BalasPadamSetuju..akidah sama..politik je berbeza..kena Cari titik pertemuan
BalasPadam