KUALA LUMPUR 7 Mei – Seorang anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mencadangkan agar kerajaan mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mempertikaikan Titah Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Parlimen minggu lalu.
Razali Ibrahim (BN-Muar), yang menyambung perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong berkata, tindakan Karpal mempersoalkan siapa yang menulis Titah Diraja itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(8) iaitu jika ingin membicarakan soal perlakuan Yang di-Pertuan Agong dan ini termasuk titah, Yang Berhormat Bukit Gelugor kena buat usul. Tetapi beliau tidak berbuat demikian dan ini sendiri telah melanggar peraturan.
“Pada masa yang sama saya juga sedar di bawah 26(1p), saya dah terlepas kerana peraturan itu mensyaratkan supaya usul dibuat semasa ia berlaku, iaitu minggu lepas.
“Oleh sebab itu saya cadangkan pihak kerajaan membuat satu usul berkenaan Yang Berhormat Bukit Gelugor, supaya dapat kita bahas dan buat keputusan. Kalau boleh bawa Yang Berhormat Bukit Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,” katanya. - Bernama
sumber: UtusanUlasan: Kerajaan PATUT mengambil tindakan keatas Karpal Singh kerana dia merupakan Pembangkang no 1 dalam Malaysia yang biadap. Lim Kit Siang juga patut diambil tindakan keatasnya kerana mempertikaikan status Sultan diPerak. Sebagai profesional, Karpal Singh tidak wajar berkata sedemikian kerana dia berada di Malaysia, yang mendaulatkan Raja Melayu sebagai pemerintah tertinggi di Malaysia.
P/s: Kalau tak suka raja Melayu, baik keluar saja dari Malaysia. Balik negeri, jadi YB kat sana..