Label Umno: Asyik-asyik bayar. Tiada perkataan lain ke?

Bayar, bayar, bayar! Itulah perkataan yang sering dilabel kepada UMNO oleh pembangkang. Mereka selalu mengeluarkan kata kata tersebut kepada sesiapa sahaja yang dianggap mereka Pro-Bn/ Pro-UMNO. Pelik atau tidak? Kenapa ia sering dikaitkan dengan UMNO? Sudah semestinya anda tahu.

Kroupsi, Politik wang, Duit Kopi dan istilah lain membawa maksud yang sama iaitu RASUAH iaitu penggelapan wang ataupun bayaran yang dikenakan untuk lari dari undang0-undang. Banyak label dikaitkan kepada UMNO/BN sekarang. Apabila menyebutkan kecenderungan kepada kerajaan, penyokong pembangkang sering menuduh "disuap" oleh kerajaan/UMNO supaya melakukan sesuatu perkara. Apa ini? Matangkah pemikiran pada seseorang manusia yang waras?

Cuba fikir sejenak. Jika bloggers Pro-Pembangkang membuat blog anti kerajaan, adakah mereka ditanya soalah sebegini: "berapa banyak duit yang diorang bagi kat kau suruh buat blog macamni?". Sudah semestinya tidak! Tetapi, jika Pro-kerajaan membuat blog ataupun sesuatu perkara yang lebih kepada kerajaan, pastinya Berapa banyakkah wang yang diberi oleh mereka untuk berbuat sebegini?. Yang pasti itulah perkataan yang seriing dikaitkan dengan kerajaan.

Teruk sangatkah kerajaan kita ini? Adakah anda kelaparan atau kebuluran dalam tempoh 50tahun pemerintahan kerajaan sekarang? Adakah anda tidak dapat sebarang pendidikan seperti jiran kita, Indonesia yang tidak memberikan pendidikan percuma kepada rakyat-rakyatnya? Hanya orang yang buta perut sahaja berperangai sedemikian.

Ingat wahai orang Melayu! Jangan lupa, pendidikan anda dari sekolah pada pemerintahan siapa? Dari manakah anda mendapat biasiswa anda? Jangan lupa diri dan jangan cepat bangga diri. Belajar tinggi-tinggi, dapat bantuan biasiswa dari kerajaan (BN), sudah grad, jadi pembangkang, yang membangkang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan! Halalkah ilmu, dan pengajian anda?

Posted in , , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Label Umno: Asyik-asyik bayar. Tiada perkataan lain ke?

  1. Korupsi. Memang itulah sifat makanan orang umno yang dilatih selama ini. Saya menyampah dengan orang umno yang tak sedar diri ni. Balik-balik nak mengungkit tak tentu pasal. Dah diberi mandat memerintah oleh rakyat, benda lain pulak yang dia buat. Padan muka kalah PRU12, rasakan nikmatnya. Cukup-cukuplah tu... bersiap sedialah yang mana umno tak sedar diri lagi nak bermimpi lagi, tak lama dah engkau orang nak bungkus. BODOH PUNYA MELAYU!!!

    BalasPadam
  2. Untuk pengetahuan anda, duit biasiswa, pinjaman, bantuan daripada KERAJAAN bukanlah duit BN. Diulang suara BUKAN DUIT DARI BN. Itu adalah duit kerajaan.

    Maksudnya kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan tahun ini (IsyaAllah) duit yg sama jugalah akan digunakan untuk membantu rakyat. Duit itu datang dari TAX yg dibayar oleh RAKYAT MALAYSIA. Jadi tolonglah jgn mainkan rakaman suara 'rakyat tak berterima kasih pada BN' byk2 kali. Sebab duit tu bukan duit BN punn... Korang sebagai 'penjaga' jer..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .